Sunday, September 30, 2012

Saat terakhir bersama 'september'


Hari ini akhir september.
Berpisah dengan september, sempatlah, buat aktivit bersama Irfan junior, habib dan jack..panggang sayap ayam..hehehe seronok dan sedap pula tu..meski ahli keluarga tak ramai macam dulu2..
Masing2 kehaluan sendiri sendiri..

Sayur labu air dah memanjat pokok limau purut.Terpaksa pula dicantas takut pokok limau purut ku akan mati.  Masih banyak buah labu ni...sayang nak buang, tapi apakan daya.

Banyak kerja sedang menunggu.Peperiksaan penggal akhir akan bermula.
Sibuk menyediakan dan mengumpul soalan2 peperiksaan mengikut aras standard. yg menepati semua aras.
Ahh...aktiviti berkebun terpaksa ditangguhkan.Hanya mampu melihat2 sawi bunga dimakan rumput liar.  Masih berangan dalam mod nak baut sabun mand sendirii.  Dah beli e-book on line.

Masa saja yg belum ada.

Lepas menguruskan peperiksaan anak murid, akan sibuk pula buat jadual individu guru2, kelas dan jadual induk utk.sessi 2013.Akan ada majlis anugerah murid cemerlang di penghujung oktober nanti..  Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ini dan semuanya akan berjalan lancar.

Sedikit gambar untuk akhir september ini. Jom layan gambar.






Buah labuh air yg memanjat pokok limau purut ini, yg.duduk kat atas ada dalam 14 biji...yg duduk kat bawa, dah habis bagi jiran2 dan kawan2 disekolah.semua dapat rasa, yg kat atas ni..tak berani nak ambik tinggi...tunggu  'ir', biarlah dia yg petik..terpaksa guna tangga ni.





Ini labu kundur jenis baka panjang dan besar..tak tahu bagai mana rasa sayur ni, wangi ke tak..kena tunggu  juga ni.



ahh ini pokok terung entah apa jenis...dah tak ingat, benih dari blog tanam sendiri ni.Nak buat benih.

Hujan beberapa hari  menyebabkan anak2 pokok ulam raja tmbuh merimbun.Terlebih banyak ni.nak buang sayang.

Hujan lebat menyebabkan pokok ros yg dah tua ni, mengeluarkan bunga yg banyak.masa musim kemarau, pokok ni hampir kering..tapi sekarang banyak bunganya..cantik sekali dan wangi.

depan halaman rumah yg masih didipenuhi bunga mawar  nan indah berseri.

Yang ini comel dan cantik kan.

Dah banyak tua bunga ini..nak kirim ke bumi Fiji..harap ia gembira disana nanti.

Tak sangka bunga lavender yg ini, bertukar menjadi putih, gara2 tumbuh bersama bunga lain berwarna putih.

Sempatlah rama2 ni, bersiaran menikmati madu yg banyak dipagi ini.

Ahh mangga ini pemberian anakanda Fikri, sahabat ' Ir junior', tak tahu apa nama buah mangga ni..wangi dan sangat manis.Bila dihiris isinya penuh dua pinggan.biji nya sangat nipis.

Berat kan.Apa nama mangga ni ye?..sangat harum dan manis.  Terimakasih utk Fikri dan keluarganya.


Ok lah sampai disini dulu.Salam sayang dan ceria selalu.

15 comments:

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
lebatnya labu air tu berbuah. Dh blh buka gerai jual labu dan sayuran lain dah tu..
Mangga yg besar tu rasanya drp jenis sala. Mangga sala antara spesis mangga yg mempunyai buah besar. Berat buahnya 2 kg ke atas. Mangga sala ni rasanya lemak dan tak begitu masam ketika muda.

olive said...

minta labu air cikgu! a lot!!! haha...i tunggu nak tengok sabun ya

ummuaidan said...

Kehadapan kakanda yang jauh dimata (jiwang sepertimu juga, bolehkan)..terima kasih atas tanda ingatan bungaan itu ke fiji..aku amat terharu, isshhkkkk..tidak tertahan rasanya mau mengalir air mataku ini...
tentang labunya, waahh sungguh subur begitu, kalaulah aku dapat menatap labunya it pastinya akan tenanglah hati ini dikala senja tiba...

(sori byk ckp merepek cikgu yer, kan belajar ayat jiwang dr cikgu, jgn marah yer..nanti labu2 tu semua jatuh)

wani sc said...

meriahnya labu air kat pokok tu. gemok-gemok pulak lagi. walaupun tak pernah beli dan masak labu air sendiri, tapi pernah juga makan masakan air tangan mak. sedappp.
lavender putih? boleh pulak dia tukar-tukar warna ye, tengok jiran sebelah pulak. hehe

Puteri Purnama said...

Assalammualaikum Adry,
ohh mangga mangga 'sala' namanya.Tuan yg tanam mangga ni pun tak tahu nama mangga ni, mereka namakan mangga sekilo, meniru nama betik'sekaki'.Terimakasih kongsikan nama buah ni.

Puteri Purnama said...

Hai olive,
hehehe seronok tanam pokok labu air ni, banyak buah berbanding buah labu manis, buahnya susah menjadi.

Hemm mengenai sabun tu, saya dah beli peralatan, buku panduan pun dah beli, cuma masa dan bahan NaoH yg belum ada.sedang berusaha ni.

Kalau berhasil hehehe..bagai dunia ana yg punya.

Puteri Purnama said...

Walaikumsalam adinda yg jauh disana.
Hahaha..seronokkan bermain kata2.
Bahasa Melayu akan lenyap, kalau kita tak menuturkannya,tak menuliskannya, betulkan.

Utk ummi, nak kongsi cerita ni, hari tu seorg cikgu mengajar surat kiriman rasmi kpd.kelas thn 5.Ada seorang murid menyuarakan pendapat dgn berkata begini" cikgu tak payah lah belajar tulis surat, sekarang ni org pakai sms je.." semua murid2 dlm kelas tu setuju dan kelas jadi riuh..Apa pendapat Ummuaidan?..

Puteri Purnama said...

hehehe wani, memang rasa pelik juga.
Mengenai labu air tu, cuba wani tanam, best buahnya panjang2..seronok tunggu.Terimakasih sudi melawat.

suka suka said...

Salam..wp tuan kebun sibuk tanamannya cari haluan sendiri sesuai dgn keadaan alam..makin tinggi makin menjadi makin ditinggalkan makin menawan hati..seolah2 menggamit agar tuan kebun melawat dan mengulit diri..maaflah ketika diri ini berada di negeri dibawah bayu tidak sempat bertukar kabar..kesuntukan waktu..

ummuaidan said...

wahai cikugu yang budiman..
memanglah budak2 zaman sekrang mereka lebih sukakan bahasa yang santai atau bahasa pasar, bahasa baku atau formal mcm membosankan bagi mrk..apatah lagi tulis surat rasmi..btw cikgu ngajar BM ker?

Anonymous said...

bljr tulis surat rasmi. yg ni masih relevan.

-ayu

Anonymous said...

As salam cikgu,

cantik bunga-bungaan di taman cikgu. minta benih bunga2 annual cikgu bleh? heheh

Puteri Purnama said...

masih relevan, yah itu yg pasti, sebab tu masih dikekalkan dalam sukatan pelajaran kementerian.
Terimakasih sudi melawat..hehehe..

Puteri Purnama said...

Nak minta benih bunga?,

benih bunga apa?,yg.minta ni sapa?
hehehe boleh.

Anonymous said...

As salam cikgu...

Berminat ngan laman cikgu, cantik2 bunga berkembangan. Bleh tahu kat mana cikgu beli benih2 bunga di laman? Tq