Sunday, September 30, 2012

Saat terakhir bersama 'september'


Hari ini akhir september.
Berpisah dengan september, sempatlah, buat aktivit bersama Irfan junior, habib dan jack..panggang sayap ayam..hehehe seronok dan sedap pula tu..meski ahli keluarga tak ramai macam dulu2..
Masing2 kehaluan sendiri sendiri..

Sayur labu air dah memanjat pokok limau purut.Terpaksa pula dicantas takut pokok limau purut ku akan mati.  Masih banyak buah labu ni...sayang nak buang, tapi apakan daya.

Banyak kerja sedang menunggu.Peperiksaan penggal akhir akan bermula.
Sibuk menyediakan dan mengumpul soalan2 peperiksaan mengikut aras standard. yg menepati semua aras.
Ahh...aktiviti berkebun terpaksa ditangguhkan.Hanya mampu melihat2 sawi bunga dimakan rumput liar.  Masih berangan dalam mod nak baut sabun mand sendirii.  Dah beli e-book on line.

Masa saja yg belum ada.

Lepas menguruskan peperiksaan anak murid, akan sibuk pula buat jadual individu guru2, kelas dan jadual induk utk.sessi 2013.Akan ada majlis anugerah murid cemerlang di penghujung oktober nanti..  Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ini dan semuanya akan berjalan lancar.

Sedikit gambar untuk akhir september ini. Jom layan gambar.






Buah labuh air yg memanjat pokok limau purut ini, yg.duduk kat atas ada dalam 14 biji...yg duduk kat bawa, dah habis bagi jiran2 dan kawan2 disekolah.semua dapat rasa, yg kat atas ni..tak berani nak ambik tinggi...tunggu  'ir', biarlah dia yg petik..terpaksa guna tangga ni.





Ini labu kundur jenis baka panjang dan besar..tak tahu bagai mana rasa sayur ni, wangi ke tak..kena tunggu  juga ni.



ahh ini pokok terung entah apa jenis...dah tak ingat, benih dari blog tanam sendiri ni.Nak buat benih.

Hujan beberapa hari  menyebabkan anak2 pokok ulam raja tmbuh merimbun.Terlebih banyak ni.nak buang sayang.

Hujan lebat menyebabkan pokok ros yg dah tua ni, mengeluarkan bunga yg banyak.masa musim kemarau, pokok ni hampir kering..tapi sekarang banyak bunganya..cantik sekali dan wangi.

depan halaman rumah yg masih didipenuhi bunga mawar  nan indah berseri.

Yang ini comel dan cantik kan.

Dah banyak tua bunga ini..nak kirim ke bumi Fiji..harap ia gembira disana nanti.

Tak sangka bunga lavender yg ini, bertukar menjadi putih, gara2 tumbuh bersama bunga lain berwarna putih.

Sempatlah rama2 ni, bersiaran menikmati madu yg banyak dipagi ini.

Ahh mangga ini pemberian anakanda Fikri, sahabat ' Ir junior', tak tahu apa nama buah mangga ni..wangi dan sangat manis.Bila dihiris isinya penuh dua pinggan.biji nya sangat nipis.

Berat kan.Apa nama mangga ni ye?..sangat harum dan manis.  Terimakasih utk Fikri dan keluarganya.


Ok lah sampai disini dulu.Salam sayang dan ceria selalu.

Sunday, September 23, 2012

Bila cuaca terlalu panas, ku mengharap hujan turun lebat.


Hujan lebat sepanjang malam terbawa ke pagi ini ahad 23 september, dah jam 8.00 pagi saat ini. 
Tak ada tanda tanda mata hari dapat mencela menampakkan wajahnya.Mata hari hanya mampu memancarkan cahaya suram lantaran kabus hujan terlalu tebal dilangit tinggi.  Awan hitam tebal, seperti akan turun hujan untuk berhari lagi.

Ada bimbang dihatiku.  Kalau hujan berterusan, air kolam hiasku akan penuh melimpah, saluran pengurangan air..belum pernah teruji, berfungsi atau tidak.Belum pernah hujan selebat ini.  Kalau air kolam melimpah,
ikan- ikan kap merah ku akan berpesta membebaskan diri mereka..aku akan berputih mata, menitiskan air mata, akan ada perpisahan anatara aku dan mereka.

Semaian sawi dan pokok2 sawi yang sedang berbunga rancak mungkin tidak akan menghasilkan benih, disebabkan gangguan air hujan terhadap debunga yg sangat penting untuk menghasilkan benih yang sihat dan bernas.

Apa pun hujan ini telah mengurung aku didepan pc, yang berkata kata tapi tak bersuara. Berkocak hati ini, ada rindu mendalam berbaur sepi.  Entahlah perasaan menyayangi ini membentuk aliran emosi yg lembut, membuatkan aku terasa amat sunyi dan rasa ingin menangis.  Apa pun aku sihat saja dan masih sibuk berangan nak buat sabun sendiri.

Bestkan lagu ini, jom dengar.






Thursday, September 20, 2012

Blog yang ini mungkin bisa membantu

Sejak bersemangat teringin membuat sabun sendiri, maka sepanjang siang 20 september hari ini hingga 11 malamnya, aku melawat banyak blog yg berkaitan membuat sabun mandi sendiri sebagai aktiviti dirumah.
Begitu lama pencarian, terjumpalah satu blog yg mungkin boleh membantu ku mengirimkan bahan2 membuat sabun yg sangat sukar utk ku dapati di daerah ku.

Blog yg ku maksud kan ini ialah: http://soapmakersdiary.wordpress.com

Kalau dia bisa membantu, maka ada senyum harapan dihatiku.Insyallah.Ummuaidan tolong doakan sekali ya..hehehe.

model iklan sabun 'lingkaran purnama' hehehe berangan sampai ke langit.

senyum dihati untuk kesekian kalinya. bersama Norly dimalam reunion itu.wajah akhir desimber 2011.

Wednesday, September 19, 2012

Yang terlintas dihati.

Buat Sabun sendiri: Mesti bestkan.



Hari ini 19 september, sekejap hujan sekejap panas.
Lihat keliling halaman rumah banyak bunga2 sedang berkembang, terutama bunga2 mawar@ros.Wanginya  memenuhi ruang perkarangan rumah.

Sepanjang minggu ini, aku asyik memikirkan nak' membuat sabun mandi sendiri'.
Bunga2 begitu banyak dan semuanya jenis yg wangi.Adalah aku buat eksperimen cara nak mengeluarkan pati bunga matahari, melalui penyulingan, memang berhasil..sangat wangi. Nak cuba pula dgn bunga mawar, tapi akhirnya tak sampai hati nak  tengok mawar itu dipetik banyak2, lalu melalui proses pemanasan yg.lama.

Aku buat rujukan sana sini cara nak buat sabun, mula dari  blog  'Tanam Sendiri',baca entry sampai habis, tapi tak juga dapat, baca lagi berulang kali..ikut step, mula kumpul bahan.Rasanya semua dah ok.Tapi bila pat nak dapat bahan kimia 'larutan lye .'sodium hydroxide'..sibuk tanya kat kedai bahan kimia, ada kata habis ada kata tak jual..last2..ada cuka dalam hati.

Tapi apa pun, suatu detik aku akan buat juga sabun jenama sendiri ini.Mesti cantikkan.  Sekarang ni kalau boleh semua benda kena buat sendiri betul tak..jahit baju sendiri, buat bedak sendiri, bedak sejuk lah...Ok lah doakan percubaan sabun buatan sendiri ku berjaya.
gambar  diatas dan yg.ini sumber dari google.

Saturday, September 15, 2012

Bermain air di tab mandi teringat Aidan di bumi Fiji

Sepanjang siang hari 15 september, ku habiskan masa membersihkan rerumput yg.tumbuh meliar dicela2 pokok sayur sawi dan bunga.Aktiviti nak menyangkul utk.mengemburkan tanah, terpaksa ditunda lantaran cuaca terlalu panas dan rasa sangat tidak selesa.

Selesai kerja merumput, terus tadah air ditab mandi, dan seperti biasa, air mandian direndamkan bersama bunga2 yg terdapat dengan mewahnya dipersekitaran halaman rumah.  Sebelum berendam, sempat lagi alihkan sayur2 stok lama saki baki sayur utk bulan puasa dan bulan syawal saat keluarga berkumpul.
Sempatlah ambik pembaris nak ukur panjang labu air, yg tak habis dibuat sayur.

Jom layan gambar.

Labu air, labu manis dan labu kundur wangi.



Teringin nak tahu berapa panjang buah labu air ni.Ingat nak buat peraduan ,minta ummuaidan teka.tapi masa tak mengizinkan. Nantilah ada peluang dan ruang waktu.

panjangnya cuma >< 44 cm.Bolehlahkan, utk.hasil tanam sendiri.


seronok berendam dan main air lama2.rendam muka dalam air, siap celekkan mata dalam air, nak hilangkan habuk tanah yg terpelanting masuk mata masa berkebun tadi...ahh lega.

kocak2 air dan bunga2 tu, sampai bertaburan atas lantai, saat ni teringat ummuaidan dan aidan dibumi fiji, ummuaidan kecoh, aidan main air bila ada peluang masuk bilik air..hehehe..benar2 seronok rendam badan lama2 dalam air.

Masa berendam sempat lagi dengar lagu2 koleksi dari mp3.dari radio kecik bulat merah tu..best sangat.

Bunga rendaman mandi,.ku petik sekali bunga2 matahari yg tak membesar dari baka op..sebenarnya..ia sangat wangi, wangi minyak bunga mata hari.  Alhamdulillah.


Ok lah, sampai jumpa lagi.Miming, lama tak update blog..apa pasal?
ada rindu utk kalian.Assalammualaikum.

Tak cukup masa

Hari ini 15 september, hari sabtu nampak redup.3 hari cuti ni nak penuhkan masa dgn.aktiviti mengemas rumah dan tapak2 semaian yg telah berminggu terbiar.Sebelum aktivit merumput pagi2 lagi sempat ambik gambar.

Jom layan gambar.

Pokok tomatelo, terbiar..buah yg ranum habis berguguran.



Betik sekaki, sentiasa membekalkan buah yg masak.Petik yg separuh masak dan peram.Puaslah makan dan bekalan tak pernah putus sejak ada 5 pokok betik ni, gilir2 buahnya ranum.




Bunga telang induk asal dari blog tanam sendiri, semai dalam polybag,letak bawa tangki niat nak semai..terus terbiar, dia pula panjat tu tangki..benihnya tersangatlah banyak.Mungkin ini juga terpaksa dicantas.


sampai saat ini, bunga ini masih terbiar dan tak sempat tanam terus ke tanah, sampai berbunga sendiri dan terbiar.
.
Bunga ini pokok asal beli dari nusry di kl..bila cantas dahannya dan buang tepi pagar, hidup pula tak sampai hati nak tebas.
kawasan ni lokasi bawah tingkap bilik2 tidur..dulu niat nak tanam rosmary(pokok penghalau nyamuk, tapi tak hidup, lalu ganti dgn.pokok2 bunga kertas..apa lagi jadi semaksamun, ini baru siap ku bersihkan.Mungkin nak tanam sawi  pula atau bayam dan terung.
                   

Ini pokok bunga teratai putih dan merah.Masih tak tanam lagi..pasu besar dah lama beli, tapi berkurangnya masa, semuanya masih terbiar.Hemm nak buat macam mana kan.Aku sayang pokok teratai ni.pemberian anak saudara sempena 16 mei yg lalu.

Sampai jumpa lagi, nak pegi merumput dan gembur tanah. salam mesra.Assalammualaikum.

Friday, September 14, 2012

Masa dan hobi berkebun

Lepas hari raya, banyak masa digunakan utk.mengemas perkakas dapur yg telah digunakan untuk majlis kenduri dan majlis hari raya.Kesibukan ini membuatkan tapak semaian terbiar, sayur2 yg sedia ada habis dimakan belalang dan bahang mentari.Apa pun terpaksa juga paksakan diri memberi sedikit masa utk.aktiviti  berkebun yg telah sebati dalam emosi diri.

Sawi ini.terbiar tak sempat nak makan atau sudah berlebihan, berkitar semula utk.menghasilkan benih...ia memang cantik.

sawi bujang dari benih proses sendiri
cepat tumbuh dan cepat pula berbunga lagi utk benih generasi ke2.

Sawi ini tak habis dimakan benih dari generasi pertama,main tabur je..banyak dah jadi bunga.

Ini sawi semaian yg paling junior, nampaknya kalau tak habis di sayur akan jadi bunga juga ni.

Selepas ditinggalkan oleh peminat2nya, ia terus berbunga menemaniku melewati sunyi sendiri2.Agaknya kalau bunga ini bisa berbicara, ia pun akan bertanya ke mana pergi putera puteri dalam rumah itu.


benih yg ku perolehi dari kedai pet shop.hidup tapi bunganya tak besar pun.mungkin masalah baja dan tanah.

 seorang rakan pernah bertanya ada kah bunga ini hollyhock, saya dah bandingkan gambar ini dgn gambar hollyhock dari images google. kalau ikut rupa..macam benar.

HOLLYHOCK


ini terbiar..tapi hidup subur.cantik kan.

bunga kertas berbunga lebat,disulami bunga2 butang.Bunga kertas warna ungu, pokok asalnya ku tanam sempena ulang tahun birthday  ir junior dan dr.rashid yg ke 8 tahun, masa tu mereka darjah dua.pokok asalnya dah berusia 15tahun, masih ada dan ku tanam dipenjuru pagar, sedang berbunga lebat.


bunga yg ini, pokok asalnya ku tanam sempena ulang tahun birthday 'ayu' yg ke 9 tahun masa tu dia darjah 3..pokok asalnya masih ada, tanam di penjuru pagar dah berusia 15 tahun. Menjadi kemestian bagiku, masa lalu, ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak, akan ku tanam pokok bunga kertas yg berbeza warna utk.mereka.  Masing2 akan ada pokok bunga kertas  atau pokok2 mawar@ros utk.mereka.


Ini pokok belalai gajah, yg khabarnya sangat mujarab utk ubat ubatan.Ini 'Ir' yg bagi aku tanam, benih pemberian seorang kawannya.

Ini ranting2 bunga ros yg sempat ku ambil, semasa lawatan ke kaki kinabalu..sedang nampak tunasnya, harap jadi pokok ros yg berbunga subur.
Ok lah banyak gambar entry kali ini.
Salam ceria dan mesra selalu.Assalammualaikum.





Thursday, September 13, 2012

'dalam lingkaran ini, sebagai album kenangan'

Cepatnya masa beredar.

Banyak peristiwa  dan perkara penting berlaku dalam hidup seharian kita.
Peristiwa manis biasanya kita abadikan dalam bentuk potret kenangan. Sebelum zaman internet, album gambar  berderet2 tersimpan dalam rak atau laci,  tersimpan diruang tamu atau didalam stor.

Bila keluarga berkumpul barulah album itu diselongkar dan ditatap bersama2...itu bagi yg rajin, yg tiada masa, kerap berpindah randa..gambar kenangan itu mungkin ada yg terpaksa melupuskannya dgn. dicampak dalam api yg menyala sebagai sampah..kesannya secara batiniah, semudah itu juga hubungan kekeluargan renggang, menipis menjadi asap berterbangan diudara.

Zaman sekarang banyak kemudahan boleh digunakan untuk kita menyimpan kenangan, melalui rakaman vedio,lalu kongsikan di youtube, atau gambar melalui kamera digital dan kongsikan dalam mana2 laman web yg.digemari contohnya facebook atau blogspot.


Beberapa orang pernah bertanya kepada saya,Soalan pertama:  Kenapa saya sangat berani memaparkan/publish gambar2 peribadi termasuk gambar2 keluarga dan sahabat2 rapat?...tak takut ke orang akan buat jahat/anyaya pada gambar2 itu?.

Jawapan: Dari mula saya berhasrat membina blog ini, saya sudah  menetapkan matlamat yg.jelas dari pemilihan nama iaitu 'dalam lingkaran ini' sehingga ke isikandungannya.
Dalam lingkaran ini, sebuah blog sekadar untuk saya menyimpan gambar2 kenangan yg.pernah saya abadikan bersama kawan2, keluarga dan anak2 tercinta.Setiap gambar yg saya simpankan dalam blog ini mempunyai nilai emosi yg.mendalam.

Soalan ke dua: Kalau bentuk peribadi, kenapa dikongsikan?..

Jawapannya:  Supaya saat saya seorang2 duduk kat rumah, kat pejabat atau saat bosan menghadiri apa2 mesyuarat atau taklimat, saya tidak sunyi..ada bahan yg saya baca semula iatu tentang hidup saya yg pernah saya lalui bersama kawan2, keluarga, suami dan anak.Saya akan membacanya berulang kali, dengan cara itu, rasa mesra dan kasih sayang kepada mereka yg saya miliki, temui dalam hidup ini..tidak akan berkurangan atau berganjak diusir waktu.

Alasan yg.lain: Bagi anak2, keluarga dan kawan2 pula yg menatap gambar dan membaca catatan aktiviti harian saya, mereka dapat mengetahui itulah perkembangan diri saya dan aktiviti hidup saya..saya dapat berkongsi emosi saya dgn anak dan keluarga juga kawan2 yg pernah bersama saya dalam kehidupan masa lalu dari bergelar, murid, pelajar dan akhirnya menjadi orang dewasa bergelar isteri, ibu dan cikgu.

Apa yg kita lalui dan miliki kelmarin, belum tentu sama dengan esok.Oleh itu utk.menyimpan kenangan kelmarin catatkan lah didalam blog masing2..selagi laman maya ini ujud, selagi itu ia boleh dicapai..bila2 masa..oleh semua.

Isi kandungan blog dalam lingkaran ini, kalau nak dijadikan rujukan atau untuk penambahan ilmu, memang tak layak dan tak ada kualiti, kerana ia bukan blog mengenai perkongsian ilmu, ia cuma sebuah blog 'catatan emosi dan sebagai album kenangan bahawa kita pernah bersama..andai suatu saat kita berpisah dan tak lagi bersama.album kenangan ini mudah dicapai dan generasi seterusnya akan memahami bahawa saya pernah ada dalam lingkaran kehidupan ini dengan gambar2 dan catatan hidup yg.tersendiri.


ok..hanya ini.12 september 2012.rindu pd, mereka yg tiada disisi.


jom layan lagu:    saya sangat sukakan filem mambo king, ia berkaitan perjuangan hidup, kasih sayang dan perpisahan..


Tuesday, September 4, 2012

catatan 25 0gos 2012

 Hari ini 4 september.beginilah hidup ini.sekejap bersama sekejap berpisah.Ada sunyi melingkari hatiku, namun hidup perlu diteruskan.Satu september  Ayu balik kl, Miming balik kedah.  Dua september Rashid balik Banglore,India..Ir junior balik kent.Saat bersama banyak aktiviti yg sempat diabadikan.

Kenangan tetaplah menjadi ingatan panjang selagi ada nyawa dibadan dan organ otak kekal normal.
25 ogos hari itu, kebetulan hari ulang tahun kelahiran Irna Suhaila, kebetulan juga cuti dan masih dalam mood hari raya, bertambahlah meriahnya apa bila ku bawa mereka bermalam di kaki Kinabalu.

cuaca pada malam hari terlalu sejuk..namun cuaca begitu mampu memberi pengalaman berbeza dari hari2 biasa.Tak ada bicara yg mampu menghuraikan manisnya kenangan itu, cuma rakaman gambar sedikit sebanyak dapat memberi gambaran titik mesra penuh keakraban melingkari ikatan keluarga.

gambar 1:Awal pagi bertolak menuju ke kaki kinabalu yg tersenyum manis melihat gelagat para tetamunya.





 seperti yg selalu dilukiskan para seniman, pemandangan bukit bukau yg berlapis2..dialam realiti..lukisan itu begini.


padanan konbinasi warna kuning dan merah, semulajadi ciptaan yang Maha Bijaksana.
Teringin nak pakai warna ni..kuning dan merah..cantik mungkin.

 Bunga ni juga sangat cantik.cantik untuk gambar background, notebook..tak percaya, cubalah.

 Rose merah dikaki kinabalu..masa ambik gambar ni teringat seorang sahabat ,'som.'
                                          ros ini juga sangat cantik.
                                              ini pun cantik.
                                                     cantik kan dia ni..
                                                     ini pun cantik..
                                                   yg ini menawan hati..
                                         sampai bila pun ada kesempatan tempat ini akan ku kunjungi lagi

                                           Beredar pulang saat kabus mula menutupi kemuncak kinabalu.
 Sampai jumpa lagi..ada sunyi dihatiku.