Thursday, September 29, 2011

Hantu Bonceng: Zizan Hina Rasullullah

29 september hari khamis yg tenang.
Siang tadi aku bawa anak murid latihan bola tampar.Seronok bermain dengan mereka.Semasa rehat, aku terdengar perbualan mereka tentang filem 'hantu bonceng - ada unsur menghina Rasulullah'.
Aku senyap mendengar perbualan gadis2 awal remaja itu.

Lalu di malam jumaat ini saat ini aku ada kesempatan memeriksa slot filem tersebut.
Ini lah hasilnya.
kita sama-sama lah perhatikan manusia2 filem ini.

Murid2 tahun 4,5, dan 6 pun boleh menilai keburukan ucapan mereka, kenapa lelaki2 dewasa yg.terlibat berlakon dan yg mengarah filem ini termasuk barisan penapis filem ini tak nampak betapa buruk dan busuknya dialog yg mereka ucapkan ini????.
Berasap2 hati aku menahan geram dan marah saat ini ketika ini jam menunjukkan 10 malam waktu sabah.

Dah beratus kali hati ku terluka menyaksikan keaiban tingkahlaku orang kita, duri dalam daging.
Mira, Rashid,Azie..anak2 yg tersayang, sahabatku, yg melawat blog ini, kita doakan agar pelakun dan penulis skrip filem ini akan benar2Allah temukan mereka dengan HANTU SYAITAN yg dilaknat Allah itu..kerana pelakon dan pembuat filem ini mencari makan dengan cara menjual wajah 'Hantu" ini dan dengar cerita filem ini laris.

Sesuailah hantu tu datang benar2 menemui mereka untuk mendapatkan perkongsian glemer pelakon lelaki tu.Amin 44 x.

Kerap Mimpi

semenjak kepergian 16 september itu, emosiku masih sedikit tergugat.
Minggu2 terakhir ini, kerap benar aku bermimpi.Aku selalu bermimpi di mulai dengan Rashid di Banglore memanggilku, aku terdengar suaranya real sekali.Malam berikutnya aku mimpi lagi 'miming' memanggil ku..jelas benar suaranya..hingga aku terbangun dan duduk di birai katil..sambil melihat ke arah pintu, terfikir nak tengok jam, wah baru jam 1 malam.
2 malam yg.lepas aku terdengar Restu memanggil ku 'maak' jelas benar suaranya, dan aku menyahut dengan kuat, aku terbangun dan aku dengar suara aku sendiri..oh mimpi lagi. Malam tadi aku mimpi  'suhaila' memanggil ku'maakk' aku juga menjawap panggilan itu sekali gus meluru belari keluar menuju ke biliknya. ku pasang lampu bilik dia tidur lena di atas katil empuknya.Tak ada tanda2 dia mengigau pun.

Ohh..aku rupanya yg mengigau. Hemm entahlah..banyak resah yg.bersarang di hatiku.Semuanya terasa berserabut.
Ada bimbang yg meluap2.Entah apa yg aku bimbangkan.Yg jelas, dunia ini semakin singkat usianya.Penomina alam yg terjadi membuat aku lebih terasa saat benar dekatnya hari kemusnahan alam ini.
Hanya doa ku semoga Allah lindungi kita dari azab kebinasaan itu.
Kemusnahan itu termaktub dalam surah Al quran ini.
Bersama kita hayatinya.Assalammualaikum





Saturday, September 24, 2011

Gadis Bertudung Persenda Zikir

24 september, hari sabtu yg selesa.Pagi tadi walau aku tak berapa sihat, tapi aku sempat membersihkan pokok bunga aku yg banyak terbiar sejak hujan turun tak berhenti2 beberapa hari yg lalu.Hari ini cerah, jam 11 pagi menghadiri undangan majlis perkahwinan jiran.Best juga.

Jam 12.00 ke KK, semata2 nak mencari tasik bunga teratai yg menurut cerita, seorang kawan tempat tu, ada di tasik terbiar pantai Tanjung Aru.Kami sampai di tempat itu dah jam 2 petang.
Benarlah tempat tu terbiar, dan air tasik dah semakin kering.Dapatlah aku ambik anak bunga teratai tu, tapi tak tahu nasibnya, aku tak pasti nak tanam macam mana.

Saat ini aku rasa tenang dan berusaha mencuci mata kat youtube, mula2 cek dangdut akhir zaman, wahh macam2 aksi , lepas tu dangdut sahara, lagi bang aji..duit di tabur atas pinggul gelek si penari dang dut.

Last2 aku jumpa vedio ini.Aku kongsikanlah.

Tujuan aku membandingkan kisah penari dangdut, separuh bogel dan asyik menari dengan seni kata dan irama miliknya sendiri dan tak menyinggung perasaan orang lain..suka hati dialah.

TAPI vedio yg.ini pula tersangatlah menyakitkan hati aku kerana mereka gadis2 tak sedar diri ini, berkelakuan begini..terlanjur aku tengok seorang2 dan sakit hati meluap2, apa kata kita kongsi kannya agar menjadi penguat semangat untuk lebih tegas mengajar dan mendidik sesiapa di bawah tanggung jawab kita agar tidak menjadi seperti gadis2 ini.Itu motif perkongsian ini.Ok kan.
Ok


Wednesday, September 21, 2011

Tanda Kiamat Muncul di Inggris: Wanita Imami Sholat Jumat


Bergetar hati ku menyaksikan semua ini.
Andai benar ia benar, kepada anak2ku, sahabat2ku, saudara2ku muslimin dan muslimat,
mari kita bersama2 mendidik diri kita dan tanggungjawab kita agar sentiasa bersedia menghadapi segala perkara yg boleh merosakkan iman kita kepada Allah.Ilmu yang baik  kena tambah setiap hari, kerana segala kejahatan pun tetap bertambah setiap hari..kaedah mengatasi kena ada.Maksudnya kebaikan mesti melebihi kejahatan.Ok.Assalammualaikum.

Monday, September 19, 2011

19 september 2011 - Bersama sebak di hati

Isnin  siang tadi aku melaksanakan tugas di sekolah seperti biasa.Ada sebak di hati.
Aku sedikit emosi bila mengenangkan rakan setugasku pergi begitu saja menemui Allah yg menciptakan kita semua.Perginya meninggalkan kesan di hatiku dan terasa baru kemarin kami bersama.Hari ini aku lihat tempat duduknya kosong dan terasa sunyi, ada air mata yg tertumpah tanpa sendu.Aku terasakan hadir NYA dekat benar memerhatiku dan gerak hatiku,Dia lah Allah yg maha memerhati dan maha berkuasa.
Aku kongsikan artikal ini sebagai perkongsian ilmu.Tak payah di bahaskan, baca dan renungkan, kalau berguna, guna, kalau rasa tak kena...cari yg.lebih ilmiah.Tapi bagi aku ..ilmu santapan batin inilah yg lebih menyuburkan minda dan menguatkan iman.
Bacalah andai ada waktu.
Dialog Rasulullah Dengan Iblis

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia mendatangi Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahasianya; tentang hal – hal yang disukai maupun dibencinya. Maksudnyanya ialah untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.
Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap Rasullullah SAW. Hendaklah engkau buka segala rahasia engkau dan apa-apa yang ditanyakan oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan semua bagian anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras.” Demi mendengar kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah SAW. Maka sembah Iblis (laknatullah), “Ya Rasulullah! Mengapa tuan tidak menjawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah, “Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau mencoba menipu aku sebagaimana engkau menipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil disebabkan hasutanmu, Nabi Ayub kau tiup dengan asap racun pada saat ia sedang sujud hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Nabi dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salammu saja yan tidak aku jawab karena diharamkan Allah.

Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa maumu hingga menemui aku?” Sembah Iblis, “Ya Nabi Allah! Janganlah tuan marah. karena tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat mengenali hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanyakan akan hamba terangkan satu persatu dengan sebenarnya, tak satupun hamba berani menyembunyikannya.” Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, “Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun niscaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu.”

Setelah mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekalian umatku.

Pertanyaan Nabi (1) : “Hai Iblis! Siapakah musuh engkau yang paling besar dan bagaimana aku terhadap engkau?” Jawab Iblis: “Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini.” Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar karena ketakutan. Sambung Iblis, “Ya Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara punsama seperti aslinya, kecuali hanya diri tuan yang tidak dapat hamba tiru karena dicegah oleh Allah. Seandainya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabut itikad anak Adam supaya menjadi kafir karena tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekalian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba.”

Pertanyaan Nabi (2) : “Hai Iblis! Bagaimana perbuatanmu terhadap makhluk Allah?” Jawab Iblis: “Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang bukan pada tempatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, suka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda seperti emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika tamasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar- besar godaan supaya hilang rasa malu dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan tahan mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa ria, takabur, megah, sombong dan menyia – nyiakan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat.”

Pertanyaan Nabi (3) : “Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu ? Siapa yang memanjangkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?” Jawab Iblis: “Semua itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takabur menjadikan hamba menjadi sejahat – jahatnya. Tuan lebih tahu bahwa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada seluruh Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah menjadikan lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekalian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba danmuka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekalian bidadari. Hamba bertambah dengki dan dendam kepada mereka. Akhirnya hamba berhasil menipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahasia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat ( dari berita langit ), dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan kacau balau. Tetapi pada saat tuan lahir ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahasia, karena banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan.”

Pertanyaan Nabi (4) : “Hai Iblis! Apakah yang pertama kali engkau tipu pada manusia?” Jawab Iblis: “Pertama sekali hamba palingkan niatnya, imannya kepada kafir  dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama- kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemauan jalan hamba”

Pertanyaan Nabi (5) : “Hai Iblis! Jika umatku sembahyang karena Allah, apa yang terjadi pada dirimu?” Jawab Iblis: “Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gemetarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, senantiasa hendak cepat habis sholat, hilangkan khusyuknya – matanya senantiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya senantiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka seberat- beratnya.”

Pertanyaan Nabi (6) : “Jika umatku membaca Al-Quran karena Allah, apa yang terjadi pada dirimu?” Jawab Iblis: “Jika mereka membaca Al-Quran karena Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya.”

Pertanyaan Nabi (7) : “Jika umatku mengerjakan haji karena Allah, apa yang terjadi pada dirimu?” Jawab Iblis: “Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba karena mereka telah mencukupkan rukun Islamnya.


Pertanyaan Nabi (8) : “Jika umatku berpuasa karena Allah, apa yang terjadi pada dirimu?” Jawab Iblis: “Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekalian Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas- luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentara hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami.” “Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan dengan bulan biasa.”

Pertanyaan Nabi (9) : “Hai Iblis! Bagaimana sekalian sahabatku kepada engkau?” Jawab Iblis: “Sekalian sahabat tuan juga adalah seteru hamba yang paling besar. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. karena tuan sendiri telah berkata , “Sekalian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk.” Sayidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan, hamba tidak dapat hampir kepadanya, apalagi setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekalian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Apalagi dia telah menjadi mertua tuan karena tuan kawin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Sayidina Umar Al- Khattab pula tidaklah berani hamba pandang wajahnya karena dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gemetarlah segala tulang sendi hamba karena sangat takut. Ini karena imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, “JIKALAU ada Nabi sesudah aku maka Umar pasti menggantikan aku”, karena dia adalah orang harapan tuan serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’. Sayidina Usman Al- Affan lagi hamba tidak bisa mendekati, karena lidahnya senantiasa bergerak membaca Al- Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. karena taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya karena Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan, “Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan tinta merah, niscaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid.” Sayidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut karena hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka karena dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada semua berhala. Digelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu’ – dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan tuan sendiri berkata, “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya. ” Tambahan pula dia menjadi menantu tuan menjadikan hamba bertambah takut kepadanya.”

Pertanyaan Nabi (10) : “Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku? ” Jawab Iblis: “Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s, “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat.” Yang kedua umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba tarik ke mana saja mengikut kehendak hamba. Jadi dia senantiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba goda minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia senantiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta,berkelahi sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur.”

Pertanyaan Nabi (11) : “Siapa yang serupa denganmu?” Jawab Iblis: “Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam.”

Pertanyaan Nabi (12) : “Siapa yang mencahayakan mukamu?” Jawab Iblis:”Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji.”

Pertanyaan Nabi (13) : “Apakah rahasia engkau kepada umatku?” Jawab Iblis: “Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari.”
Pertanyaan Nabi (14) : “Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?” Jawab Iblis: “Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua karena kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang.”

Pertanyaan Nabi (15) : “Dengan jalan apa tipu dayamu bisa dilawan manusia?” Jawab Iblis: “Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya.”

Pertanyaan Nabi (16) : “Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?” Jawab Iblis: “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu. ”

Pertanyaan Nabi (17) : “Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?” Jawab Iblis: “Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya terjaga di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba jadikan dia terlena hingga terbit fajar. Demikian juga pada waktu lohor, ashar, maghrib dan isya, hamba beratkan hatinya untuk solat.”

Pertanyaan Nabi (18) : “Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?” Jawab Iblis: “Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al- Quran dan solat tengah malam.”

Pertanyaan Nabi (19) : “Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?” Jawab Iblis: “Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya”

Pertanyaan Nabi (20) : “Apa lagi yang memecahkan mata engkau?” Jawab Iblis: “Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakai mereka selama mereka hidup, karena tuan telah bersabda, “Syurga itu di bawah tapak kaki ibu ”  

sumber: berbagai media

Thursday, September 8, 2011

Aku teringat kamu

8 september, hari khamis berlalu esok jumaat 9 september.
Menoleh ke  belakang 2 september, kita berkumpul, saling bersms, yg tak sempat nak berjumpa masih berhubung saling mengucapkan selamat hari raya.

Itu aktiviti seminggu yg lalu.
Hari ini, semuanya terasa sepii.Aku teringat kamu.Yahh kamu yg.membuat aku terasa sunyi.Ada rindu di hati ku.
Hanya doa bisa ku panjatkan semoga kamu selamat walau apa aktiviti yg di laksanakan, semoga semuanya di landasan yg lurus.

Projek menyiapkan pagar rumah dan bangunan utk.tandas di teruskan.
Akan banyak debu simin berkumpul, dan aku akan kembali penat membersihkannya.Inilah hidup
Bunga cempaka yg som kirim, keseluruhan tubuh badannya dah menghitam.menjadi ranting kayu yg.tak bernyawa.Entahlah..Rm 72.00 kos bunga dan pengiriman..berlalu begitu saja..tak ada sisa ingatan.Terima kasih buat Som di ipoh yg.telah bersusah payah membantuku membeli dan mengirimkan bunga Cempaka ikatan sejarah masa silamku.Esok kalau Som datang sabah, call aku k.
Sedikit gambar untuk Miming tatap bersama.
 percubaan melepaskan anak ikan dalam kolam yg masih tak sempurna.baru 3 ekor.seekor rm7.00,seekor dah mati.sekarang tinggal 2 ekor.Filter kolam belum ada, sebab tu dia mati..hehehe namanya juga percubaan.Tunggu miming pasangkan..Ming belajar ilmu tentang kolam hiasan pulak ye..kolam tunggu kamu.
 Lukisan bunga ros ni, aku lukis..entah apa-apa tak menjadi folk art tu..ini saja hasilnye..peliknye,bila aku buat lagi..lain lagi bentuknya.Tugas mira ajar aku nanti..dia cikgu..so kena banyak mengajar .
 Tak dapat lukis ros..aku ada ros di taman dari Yuni dan  ros di dinding ini..memadailah untuk aku menyalurkan emosi suka dan duka yg berbaur.
Percaya atau tidak, ini perlu anda ketahui, ada 8  emosi manusia.Dari pada lapan itu hanya 2 emosi positif, dan yg 6 lagi negetif.Justru itu adalah perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk mengurus 6 emosi yg.negetif itu.Salah satu suburkan emosi minat anda terhadap perkara baik yg anda suka. nanti kita cerita hal mengurus 6 emosi negetif ini.
Semoga jumpa lagi.Mira aku tulis cerita tentang kamu.
Irnie Aida minta aku buat sajak untuknya, tentang kemerdekaan, dia  nak masuk pertandingan deklamasi sajak.Dah tergesa2 aku karang,,simple tapi sesuailah dgn peringkat dirinya.
'sorakan merdeka'

Satu kuasa
Satu cerita
Negara ini pernah di jajah
Anak watan terkapar, lapar
Anak watan sengsara, merana.
   
Hari ini 31 ogos hadir lagi
Bergemalah okestra kemerdekaan
Ada sorakan merdeka
Dari segenap lapisan bangsa
Yang memahami makna merdeka.

Setiap patah ' merdeka'
Menghamparkan seribu tanya
Di hatiku yang masih hijau muda
Apakah hari esok
31 ogos kekal 'gah'
Dengan sorakan yang sama
'merdeka'
'merdeka'
'merdeka'
                                   Hasil pena: Puteri Purnama.
                                   8 ogos yg.tergesa-gesa.
Dengan doa semoga Aida berjaya.

Tuesday, September 6, 2011

lagi folk art for rose

Mulakan dgn buat kelopak seperti di atas.


Mulakan seperti gambar di atas..Senangkan.Cuba buat sendiri.Minggg..oh Minggg..hari- hari aku cuba.Hari ni dah masuk hari ke 4.Tak lepas juga.Harap Miming buat kan aku eak.hiss bila lah aku boleh pandai ni.
Rasa macam senang bila buat tak menjadi.

Monday, September 5, 2011

folk Art-bunga ros dan aku.

5 september, hari isnin yg selesa.Meski hari ini hari pertama berkerja selepas seminggu cuti dan di penuhi dgn banyak aktiviti yg berfaedah, namun hari ini aku masih berusaha mencuba melayan keinginanku untuk belajar melukis ros dengan memperaktikkan teknik folk art.

Asal aku free, aku tak berhenti-henti mencalitkan warna di kertas A4, belajar nak gerakkan berus lukisan seadanya.
Hasilnya berpuluh2 keping kertas, aku dah guna tapi hasilnya masih kaku dan tak memenuhi teknik  yg sepatutnya.Balik2 aku buka blog member ni Alissa Lisa, wah kalau lah jarak aku dan dia dekat sah dah aku cari rumahnya dan melutut depannya, nak minta jadi anak muridnya.Tapi apakan daya jarak ini memisahkan kita.
Pada Alissa Lisa izinkan aku copy hasil lukisan folk art yg kau hasilkan setahun yg lalu sekadar penguat semangatku untuk tak putus asa meniru kerajinan mu.Dalam hati, aku rasa aku boleh, cuma aku belum ada  cikgu yg.ajar secara live.Ok salam aidil fitri untuk mu..aku seronok baca blog mu.Tahniah sis.
hasil kerja tangan Puan Alissa Lisa yg sangat membuat aku jatuh hati kat aktiviti yg.satu ini.Harap dia sudi mengajar aku dan bersahabat dgn aku.

Friday, September 2, 2011

Mari melukis belajar dari vedio ini. How to Paint Roses with an Angular Shader demo by Marjorie Harris Clark



                                           
                                                                                        

Aku dah lama nak belajar melukis bunga ros, tapi tak pernah tahu apa apa teknik yg betul untuk menghasilkan lukisan yg.cantik dan berseni, lantaran tangan ini sangat kaku dan tak pernah di asuh untuk memegang berus lukisan.


Masa di maktab dulu adalah cik nafisah ajar  ton warna dan cara mencampurkan warna, aku masih ingat aku lukis gambar daun, last2 daun itu aku karang kan sebuah sajak,,dan akhirnya daun itu bukan merupakan hasil lukisan tetapi menjadi sebuah sajak yg ringkas.Cik Nafisah hanya tersenyum.Namun saat hari raya berakhir aku ada kesempatan mencari -cari member blog yg banyak dan mahir melukis ros dengan teknik 'folk art'.Aku cari di youtiub, yg di atas itulah yg nampak mudah dan macam boleh dipelajari.


Harapan ku, aku akan boleh menghasilkan lukisan aku sendiri.Kepada miming yg.boleh melukis harapan ku, kau kuasai teknik ini, nanti boleh ajar aku juga, atau kita bertaruh siapa pandai dulu..dan berjaya menghasilkan lukisan ros yg cantik dengan menggunakan teknik 'folk art ' ini.Kalau kau berjaya, aku sanggup bayar lukisan itu rm 300.Peluang di buka juga untuk irma, suhaila, aida dan lia, Rashid dan ir junior juga di pelawa.
Ok, masa terluang kita isi dengan aktiviti melukis ya, mulakan dengan teknik mencalit warna cara di atas.
'ilmu ada di mana2' carilah walau sampai ke negeri cina.Jom melukis!