Thursday, September 8, 2011

Aku teringat kamu

8 september, hari khamis berlalu esok jumaat 9 september.
Menoleh ke  belakang 2 september, kita berkumpul, saling bersms, yg tak sempat nak berjumpa masih berhubung saling mengucapkan selamat hari raya.

Itu aktiviti seminggu yg lalu.
Hari ini, semuanya terasa sepii.Aku teringat kamu.Yahh kamu yg.membuat aku terasa sunyi.Ada rindu di hati ku.
Hanya doa bisa ku panjatkan semoga kamu selamat walau apa aktiviti yg di laksanakan, semoga semuanya di landasan yg lurus.

Projek menyiapkan pagar rumah dan bangunan utk.tandas di teruskan.
Akan banyak debu simin berkumpul, dan aku akan kembali penat membersihkannya.Inilah hidup
Bunga cempaka yg som kirim, keseluruhan tubuh badannya dah menghitam.menjadi ranting kayu yg.tak bernyawa.Entahlah..Rm 72.00 kos bunga dan pengiriman..berlalu begitu saja..tak ada sisa ingatan.Terima kasih buat Som di ipoh yg.telah bersusah payah membantuku membeli dan mengirimkan bunga Cempaka ikatan sejarah masa silamku.Esok kalau Som datang sabah, call aku k.
Sedikit gambar untuk Miming tatap bersama.
 percubaan melepaskan anak ikan dalam kolam yg masih tak sempurna.baru 3 ekor.seekor rm7.00,seekor dah mati.sekarang tinggal 2 ekor.Filter kolam belum ada, sebab tu dia mati..hehehe namanya juga percubaan.Tunggu miming pasangkan..Ming belajar ilmu tentang kolam hiasan pulak ye..kolam tunggu kamu.
 Lukisan bunga ros ni, aku lukis..entah apa-apa tak menjadi folk art tu..ini saja hasilnye..peliknye,bila aku buat lagi..lain lagi bentuknya.Tugas mira ajar aku nanti..dia cikgu..so kena banyak mengajar .
 Tak dapat lukis ros..aku ada ros di taman dari Yuni dan  ros di dinding ini..memadailah untuk aku menyalurkan emosi suka dan duka yg berbaur.
Percaya atau tidak, ini perlu anda ketahui, ada 8  emosi manusia.Dari pada lapan itu hanya 2 emosi positif, dan yg 6 lagi negetif.Justru itu adalah perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk mengurus 6 emosi yg.negetif itu.Salah satu suburkan emosi minat anda terhadap perkara baik yg anda suka. nanti kita cerita hal mengurus 6 emosi negetif ini.
Semoga jumpa lagi.Mira aku tulis cerita tentang kamu.
Irnie Aida minta aku buat sajak untuknya, tentang kemerdekaan, dia  nak masuk pertandingan deklamasi sajak.Dah tergesa2 aku karang,,simple tapi sesuailah dgn peringkat dirinya.
'sorakan merdeka'

Satu kuasa
Satu cerita
Negara ini pernah di jajah
Anak watan terkapar, lapar
Anak watan sengsara, merana.
   
Hari ini 31 ogos hadir lagi
Bergemalah okestra kemerdekaan
Ada sorakan merdeka
Dari segenap lapisan bangsa
Yang memahami makna merdeka.

Setiap patah ' merdeka'
Menghamparkan seribu tanya
Di hatiku yang masih hijau muda
Apakah hari esok
31 ogos kekal 'gah'
Dengan sorakan yang sama
'merdeka'
'merdeka'
'merdeka'
                                   Hasil pena: Puteri Purnama.
                                   8 ogos yg.tergesa-gesa.
Dengan doa semoga Aida berjaya.

1 comment:

Irfa1810 said...

wah~ comelnya tu ikan.. hahaha... ok2.. suma la aku blajar nanti.. termasuk cara2 menyuruh remaja + kanak2 mengemas rumah.. khas utk adik2 aku.. hahahahahahah....