Tuesday, May 31, 2011

akhirnya ia berlalu...mei ini.

saat ini jam 9.00 malam, 31 mei hari selasa.
esok 1 jun.  28 mei hari sabtu hari itu orang IPDA balik Seawal jam 10 pagi dia sudah menunggu aku  dan ir menjemputnya di airport, kasihan dia menunggu, selalu nya orang yg..menjemput menunggu orang yang di jemput..namun kesibukan ini membuat kan aku yg.menjemput terpaksa ditunggu.Itulah kehidupan.Walau apa pun aku gembira dia berada bercuti bersama ahli keluarga.Banyak barang dia beli untuk ku..khasnya barang2 dari langkawi.Dia beli perencah tom yam lagi dan kain baju kurung dua pasang,selebihnya T-shirt seorang sehelai..semua orang dapat 'ir' dapat warna hitam.Terimakasih Ming.Semoga lulus dengan cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.

Hari ahad 29 mei, sibuk menghadiri kenduri  kahwin jiran dan saudara mara.Ada yg undangan nya tak dapat di penuhi.
namun jiran aku. kahwin hari ahad, aku dapat pergi dan dapat bergambar dengan pengantin perempuan, cantik orangnya dan masih muda belia.ku kongsikan gambar  sebagai kenangan.Pengantin perempuan ni anak aruah pakcik Lon.Asmah @ toh'





Wednesday, May 25, 2011

Hilangkan lelah ini.

Hari ini rabu 25 mei.minggu exam.Esok khamis hari terakhir exam.Jumaat 27 mei ada sambutan hari guru di sekolahku..
Bila ada acara dan aktiviti sekolah..mesti tak terelak rasa lelah yg.meletihkan.
Petang tadi aku hadiri taklimat penyelarasan kutipan data peperiksaan seluruh negeri.Hem meski cuti akan bermula 28 mei ini, namun semua guru tak dapat cuti kerana wajib serahkan markah peperiksaan penggal satu dan mesti dikomfailkan oleh sekolah dan emailkan pd.ppd daerah masing-masing selewat2nya pd.10 mei.Ahh..biasalah , orang kata jadi cikgu tak banyak kerja, tapi tak kenal tugas guru, maka pelbagai andaian boleh di bualkan.suka hati lah.
Selain nak menyiapkan tugas sekolah, aku dan ir tak habis2 bersiap sedia memenuhi order perkakas yg.tukang rumah aku tu minta..biasanya simen dan pasirlah yg.kerap di order.simen tak boleh beli banyak sekali gus takut keras bila terkena hujan atau terlantar lama sangat di kwasan yg.terdedah.Hemm macam2 kan.
 Sehingga petang ini, rumah tu dah kelihatan seperti ini.Ku kongsikan gambarnya utk dia yg.jauh di india sana.
Jaga kesihatan diri k.Semua keluarga mendoakan keselamatan dan kejayaan awak tau.

                                           citra dan perdana tu Acit...nampak.

                                         rumah dari arah belakang rumah nati
                                           atap biru ni tunggu irfan dan Rashid pulang, baru ada penghuni.
                                          Hitam BMW dan wira si hijau cerah.cantikkan cit.

                           Pagar belakang ni terpaksa di cabut semula, nak buat pagar tembok yg.kekal punya.
                                          perdana yg.kau tanya tu cit.

Terlanjur Mencintaimu

Kerana memori itu
aku jatuh hati pada mu
kerana wanginya haruman mu
sentiasa aku ingati zaman itu
sedikit pun  tak pernah
terpinggir kamu dari memori silamku..

Benar ada gantinya
mawar itu..
namun tampilnya mawar
memaksa aku membuat pilihan
lantaran pelbagai warna dan aroma
mudah di dapati dan di bajai
subur ia menghuni ruang cintaku

kamu?
aku tak pernah menghapus wanginya kuntum mu
putih kekuningan
melantunkan emosi rindu
tebal dan liatnya kelopak mu
meski halus tak selebar kelopak mawar
menjadi kan mu anggun
berbeza dari mawar milikku
kamu kekal di hatiku
terlanjur aku mencintai mu.

.......................................................................
Terlintas dibenakku untuk menuliskan puisi di atas, selepas aku hilang yakin utk memiliki cempaka itu.Apa tidaknya, dia yg.aku tunggu dah balik, tapi dia tak dapat bawakan bunga itu kerana tidak ketemu dan kalau pun ada memang terlalu sukar utk.membawanya pulang kerana terpaksa menaiki pesawat..dan kalau bunga itu di cantas peluangnya utk hidup, adalah tipis.huhuhu nak nangis..'terlanjur aku mencintai cempaka itu'.
Tak apa tunggu cempaka dari Banglore lah pula..kut-kut ada.

Tambah rasa hampa bila member blog, tanya aku macam mana nak hantar bunga tu..kalau dia bantu..
for sure, bunga tu terpaksa di cantas, jadikan saiznya sedikit kecil..tanah bahagian akarnya di kurangkan dan balut dgn.kertas alumenium, kertas bakar kek tu..sebelum tu lembabkan tanah tu..bungkus surat kabar,lembabkan surat kabar tu..masuk plastik ikat...masuk kotak.Pos..pos lajulah.
peluang hidup 50/50..selagi ada akar dan daunnya hidup, insyallah hidup..aku pernah buat sewaktu bawa bibit limau purut, bunga ros dan banyak lagi pokok2 yg.pernah aku seludup bawa naik kapal terbang tu..hehehe tapi ada masa terpaksa bertekak juga dgn pegawai bahagian bagasi tu..duit aku, pokok aku..aku tak kisah dia bising..nak marah, marah lah..aku tak luka pun ...
'terlanjur jatuh cinta kat pokok-pokok dari Malaya'.Hahaha..tawa hampa tu.

susah ke nak memiliki mu??








Monday, May 23, 2011

Pancuran yang tertinggal

Dalam kehidupan meski dirancang, pasti ada cabaran dan dugaan.Itu pasti benar dan tersangat 'benar'.
Nak dijadikan cerita, sekadar catatan kenangan.
14 mei petang, Ir ke kilang hardware tempah atap zink dan segala keperluan utk.atap dan pancuran air hujan.
18 mei, kilang tempat tempah tu,call aku kata semua tempahan tu dah siap, kos rm 8,889.50.Bayar.
Angkat sendiri.
21 mei, aku minta lori Rosmadi angkat barang2 tu di KK, upah lori rm 250.Bayar.
jam 1.00 petang ,atap tu sampai.Selepas atap tu di turunkan.ada dua barang tertinggal.
Pancuran atap berukuran 16 kaki, 3 batang, 8 kaki 2 batang, dan engal pancuran 3 batang.

Cina kilang tu call aku, lepas tu call ir, kata ada barang tinggal.
aaApa??..tinggal?..salah siapa..
driver aku tugas dia cuma tadah lori..perkerja kilang tu yg.muatkan barang2 tu..ikut bil..
manalah driver tu kenal. Apa yg ada, apa lagi yg.belum ada.Nak buat cammana?..
Oh..sakit hati + geram, sabar banyak2..
so hari ini 23..aku call lori Rosmadi, minta dia ambik barang yg.tertinggal tu..aku bagi dia rm200.00.Bayar. Hanya kerana kecuaian pekerja kilang tu..aku tanggung risikonya..kerana itu projek aku, rumah aku.

Hahh ini lah cabaran dan dugaan.Betulkan..
so...bila barang-barang tu datang..tukang aku En.Sikal terus pasang.
 Sekejap aje mereka naikkan atap dan bertungkus lumus menaikkan atap rumah tu..dah jadi macam dalam gambar ni.
Cepatkan mereka kerja..Syukur alhamdulillah..inilah berkat sabar dan bertenang saat menghadapi cabaran.
Aku gembira melihat bangunan ini 50% dah siap.

Ok utk yg.jauh diBanglore,tengoklah kampung halamanmu..semoga kau sentiasa rasa dekat denganku dan keluarga.Kami sayang kamu..belajar dengan tenang dan fokus ok.Jumpa lagi.
                                                    Segakkan 'ir' aku dgn.unifom krs nya
                                          hemm..hitam itu menawan.
                                          'kelahiran' adi putera...lawa lagu tu..sesuai utk pemandangan desa ini.
                                           atap merah rabung lima, ada duit semua segera..he hehe dengan izin Allah..jua ada nye.
                                           citra biru,wira hijau, perdana putih..BMW hitam..tunggu orang banglore..pula lah..apa warna pilihannya..bila waktu itu hadir..dan di izinkan'NYA'...insyallah.
 

Sentuh,Terharu. 23 mei.

Angin petang
di senja yang tenang
aku mengembara
mengemudi layar
jalur lebar yang karat
dari serpihan laluan maya..
tak bertepi.

        Ku lihat jendela kamarnya
terpasang kipas tua
berputar mengisar angin lembut
menyejukkan raga,
dirinya yang masih resah.

Maaf teman
andai aku terlupa
mengucap salam mesra
di hari yg.bermakna
saat usia bertambah.
Zie..
'Happy Birthday'
'sweet 18'
bila bertemu
ada hadiahku untukmu..
........................................................................................
Hemmm tiba2 aku buat sajak ringkas di atas selepas melawat blog bintang hati.
Ada sentuh di hati ku, kalau aku sayang dia..kenapa aku tak ucap apa2 pdnya?...tak adillahkan.
Justru itu anakanda azie, jangan merajuk..nanti balik kita jumpa..kita ketawa2 naik wira hijau ku...atau bawa abang ipan naik perdana putih kita makan2 di mana2 yg.azie nak makan k..I belanja.He hehe..nanti kakak ayu main gitar, azie nyanyi...aku baca sajak..macam..seronok tak idea ni?..balik dulu, nanti kita aturkan.Jangan sedih2 k.Hingga jumpa.

Sunday, May 22, 2011

Angela - José Feliciano ( Original version )


Lagu ni, dah lama aku cari...akhirnya jumpa juga.
Lagu ni mengingatkan aku masa di tingkatan 2.abang aku suka sangat lagu ni..aku ikut dengar.
Bila dengar lagu ini, mesti aku ingat abang mat..yg.baik dan penyayang.

22 mei, Semanis Ingatan

senja ini tertebar ingatanku
pada manisnya senyummu
saat kita saling menyapa.

Bagai kuntuman bougainvillea
warna serasi memancar seri
di dalamnya ada kamu
menjadi emosi rinduku.


                                           Ros di sekelilingku.
                                           Ia menguntum lagi
                                           menyeri hatiku
                                           saat mengingatimu.
                                           ada doa di hatiku
                                           untukmu 'wmr' yg.jauh.

Wednesday, May 18, 2011

Ucapan Alu-aluan

18 Mei, hari rabu yg.panas terik.
Wah agak panas hari ini, bekalan elektrik pulak terputus seawal jam 10.00 pagi dan sampai jam 1.30 baru ada balik.
Bila bekalan elektrik datang ada rasa seronok di hatiku..apa tidak nya, kipas tua itu berfungsi semula..laju kipasnya memusingkan udara panas di bilik guru yg.luasnya sekangkang kera cuma.namun ada rasa ria di hatiku, kehadiran arus elektrik yg.ku tunggu itu sampai juga akhirnya..aku sangat mengalu-alukan kehadiran bekalan elektrik ini .Syukur alhamdulillah, ku alu-alukan kehadirannya.

Oh satu perkara lagi ucapan alu-aluan ini ku tuju kan khusus utk.sahabat blog baru ku iaitu syima dan ieka.
.jemputlah masuk dan menyambung tangan untuk bersalaman dalam lingkaran ini.Di dalam nya ada aku dan kamu, wahh bestkan.Syima & ieka..bila ku baca catatan blog kalian..tentunya anda ini generasi muda yg.bakal2 menggantikan semua kekosongan jawatan barisan pemimpin di atas sana.Syabas dan tahniah,sayang-sayangku semua.Teruslah berusaha semoga segala usaha murni dan kehendak mulia di dalam hati yg.diusahakan akan Allah permudahkan jalan mencapainya..amin.
                                           mood hari guru masih berbahang disekolah meski hari ini dah 18 mei..tak putus2 lagi kek dan jamuan kelas, GB tak berdaya nak kata jangan berparti di dalam kelas.So sekali sekal ketua terpaksa akur dgn anak murid..he he he..best juga.
                                          kek ini, sekolah hadiahkan kat aku..on my birthdays, idea GB..kali.Terimakasih..cikgu Raman..
                                         Ros merah, tak putus berbunga, walau sekuntum..lambang ceria.
                                          sedap kek ni tau..
                                          karya sumbangan cikgu 'Lim'...bah...ok.kan. he hehe
welcome honey.Take care.

Sunday, May 15, 2011

15 mei,2011 ahad..akhirnya ia berjaya.

Assalammualaikum.
Dengan salam kasih sayang.Ahad ini 15 Mei 2011..berbungalah hati ku,sewangi ros-ros aku yg.tersenyum melihat hatiku yg.mekar  dengan rasa syukur alhamdulillah...akhirnya dia yang menjadi puisiku berjaya berlari dan sampai ke garisan penamat yg.sangat meletihkan.Hari ini dia balik.Aku akan menunggunya dengan sapaan mesra.Aku sangat menyayanginya.Dialah nyanyian dan puisi hatiku.Selamat pulang sayang Tahniah..seperti mana kau pergi di hari itu, begitu juga kau pulang..dengan jayanya.

Oh..bunga bunga rosku berbunga walau pun pertumbuhannya masih begitu awal, tapi peliknya dia seakan memaksa dirinya untuk memutikkan kuntuman bunga..Ada rasa pelik di hatiku..pokok ros ku ini, baru ku semai..tapi tiba-tiba..bertunas dan terus berbunga ..kasihan pokok ini..pokoknya macam tak berdaya menjunjung bunganya yg.wangi itu, aku harap ia tak terpaksa berbunga..hanya kerana menunaikan harapanku yg.terlalu mengharap ia hidup subur dan berbunga.Ku kongsikan gambar ros kecil ku itu di entry aku kali ini.
                                         pokok ros aku ni  tingginya hanya baru  5" dari tanah..terpaksa pula berbunga.
                                         macam tak panjang aje umurnya.kalau itu terjadi..alangkah sedihnya, sampai senja aku usahakan menyemai bunga-bunga ini.Tiap-tiap hari tak kira hujan atau panas, aku akan habiskan masa rehatku utk.menanam bunga2 ini.Setakat ini baru begini hasilnya.

                                         bunga warna peach ini, aku ambik benihnya masa melalui haigh way ke kota.marudu masa menghadiri taklimat di ppd di sana.Aku minta kat gerai jual jagung bakar di pertengahan jalan tu. dah berbunga..cantik.

                                        stakat hari ini, bangunan rumah aku yg.dalam proses penyiapan tu, dah 45% pembikinannya..macam dalam gambar nilah..selalu tertangguh lantaran hujan lebat sebelah petang.Tingkat bawah tengah pasang prim pintu bilik2 bawah.

                                         ketua tukang en.sikal, senyum sambil buat kerja dengan tekunnya, harap-harap rumah ini penuh dengan senyuman dan kegembiraan..kerana semua yg.terlibat buat rumah ni, nampak relex dan senang hati.Kepada yg.tersayang di banglore sana, banyakkan berdoa semoga segala usaha akan berhasil dengan jayanya, dan jangan sekali ada rasa putus asa di dalam hati...tengok pekerja bangunan ini..kerja mereka lagi susah, berat dan panas..kerja mereka ni guna tenaga tulang 4 kerat tu aja dua tangan dan dua kaki, angkat bata, angkat beruti..dan macam2 lagi sampailah jadi bangunan sebesar dan setinggi ini.
Semoga kehidupan kita bertambah2 keberkatan di dunia dan akhirat.Allah bersama kita semua.
Sampai di sini hingga jumpa lagi.

Saturday, May 7, 2011

Bukan Ikatan Persahabatan, kalau tak di timpa Ujian.Ini Benar.

Aku tersentuh dengan kisah remaja ku saat bersahabat selalu sangat di uji Allah.
Bayangkan saat usia remaja, dan saling bergantung dengan sahabat, yang kita kata itulah sahabat..tapi akhirnya 'dia' menyinggung perasaan kita..atau melukai perasaan kita..macam2..
Dulu masa di MGHS aku kena juga..masa di tingkatan 6, di MAP..aku kena juga..kisah tu manis sekali..
Aku ada sahabat kami bertiga..aku. Lin, dan Tim..hari hari kami sangat gembira dan dapat belajar bersama2.
Tapi saat menempuhi peperiksaan STPM, Tim buat grup baru berdua sahaja dengan geng aku dari sabah (pelajar lelaki)..tinggal aku berdua dengan Lin,..tiba-tiba aku rasa kehilangan ikatan persahabatan dengan Tim.
Lin pula sejak ayahnya meninggal dunia, dia menjadi murung dan mula menjauhi aku..
saat itu aku cuma ingin fokus dengan STPM yg.bakal menjelma.
Aku tak layan situasi itu, sebab aku masih ada sahabat yg lain, tentunya Pouline , Anne dan Arby..selebihnya, ada Razak, Kassim dan yg.lain..aku ada study grup aku sendiri..so. apa masalah dengan sahabat aku Tim dan Lin, kenapa pula aku kata mereka ni sahabat aku, sedangkan aku ada lagi rangkaian sahabat yg.lain?..

Nah itulah maknanya 'sahabat yg.tercipta dari ikatan sehaluan, kemesraan, kasih sayang dan kekitaan..'
meski aku ramai kawan dan sahabat, tetapi Lin dan Tim sangat istemewa di hati ku.Kami seperti adik beradik..kalau mereka balik kampung aku akan sunyi dan aku rindu mereka.

Tapi apa bila Tim..berdampingan dengan 'Dia', aku rasa ikatan persahabatan kami menjadi longgar..apa tidaknya, bila aku dan Lin ajak Tim jalan2..'evening walk', kata orang, dia akan jawab, abang tunggu dia..itulah alasannya selalu.
Akhirnya, aku biarkan situasi itu, dan aku bawa diri aku ke haluan sendiri2.

Saat aku sedih di kala itu aku sealu nyanyikan lagu2  rangkaian Camelia oleh Abiet G Ade dan lagu.ini,
aku tak tahu lagu siapa ni, tapi seni katanya begini " kerap kali ku lihat  kau berjalan, di samping dia yg.baru kau  puja,..." macam tulah liriknya. Aku nyanyikan dengan penuh perasaan..apa lagi one day, Tim nangis2 jumpa aku dan tanya aku kenapa aku buat dia macam tu?..aku tak tahu apa dia cakap..
aku tak buat apa apa pun pada dia..
Masa berlalu,exam semakin dekat, aku selesaikan masalah aku, Tim dan Lin..

Aku terus terang sahaja kata.."aku cemburu Tim lebihkan abang patner barunya..dari pada aku dan Lin",
aku nyanyikan lagu tu memang khusus untuknya.. so Tim nangis teruk..aku pujuk lah dia and last2 kami baik semula dan exam pun datang lah, lepas exam kami pun kemas barang dan tinggal kan asrama Tanah Putih itu dengan seribu kenangan yang tidak akan berulang.  Saat ini aku rindu situasi itu.
Dan vedio di atas khusus utk Restu puteri yang Ayu..

Tuesday, May 3, 2011

harapan dan penantianku

Walau dalam kesibukan..jauh disudut hati aku masih mengharap akan dapat memiliki bibit pokok bunga cempaka yg.sangat aku idam2kan itu.
Yahh tak sabar rasanya untuk memilikinya.Telah ada beberapa sahabat yg.sanggup membantu,  but  for sure, aku sangat mengharapkan anak sedara aku yg.study kat UM tu akan balik K.Belud hujung Mei ini, harap dia dapat belikan aku dan bawa balik bunga tu dengan selamt dan akan ku tanam sehingga ia subur dan dapat ku potretkan sendiri gambarnya utk.ku kongsikan dengan rakan blog yg.aku sempat lawat dan cuci mata melihat bunga cempak yg.mereka kongsikan.
Pagi ini aku sempat lagi lawat blog seorang teman namanya

ungumaroon, aku copy bunga cempaka yg.dia kongsikan dalam blognya sangat segar bunga ini dan cantik.Ada iri di hatiku..apakan daya...Dia juga ku add jadi teman, ku harap dia sudi jadi teman blogku.

Ini cempaka di taman blognya.

                                           Cantik dan segar bunga ini.  Tahniah kepada mereka yg.ada dan berjaya menanam bunga warisan ini...aduhh aku cemburu..suatu hari aku akan ada bunga ini.