Tuesday, August 28, 2012

bunga mata hari dan kenangan itu .

Hari ini 27 ogos, isnin yg cerah.
Bila direnung kembali suasana hari raya pertama tahun ini, ada indah dihatiku.
Saat sebelum menjelang ramadhan, segala persediaan telah ku atur, menyediakan bekalan sayur tanam sendiri, termasuk bunga-bunga utk.memeriahkan lagi suasana hari raya saat anak2 berkumpul.

Alhamdulillah, segala yg diatur tercapai semuanya dengan cemerlang.Bunga mata hari yg ku susun jadual perkembangannya, juga telah mekar sepenuhnya saat  satu syawal menjelma.

Jom kongsi cerita melalui gambar.


ros kuning  juga berkembang menghadiakan kuntum yg banyak.



Lepas menunaikan sholat hari raya, cuaca agak panas namun sempatlah beratur utk.bergambar dalam rimbunan bunga mata hari yg.ceria menanti kehadiran putera dan puteri ku.

meski warna gambar tak memuaskan, namun kenangan yg tercatat, amat berharga untuk diabadikan dalam lingkaran kehidupan ini.



ahh sempatlah petik buah yg separuh ranum ni..alhamdulillah, betik sekaki ini turut memeriahkan suasana dipagi syawal 2012. orang banglore ni..tergelak besar masa nak petik buah betik ni.sempatlah tiga beradik ni, gilir2 memetiknya.kebetulan ada 3 biji yg dah matang.




bergegas masuk ke dalam rumah..dapatlah bergambar untuk catatan sebuah kenangan.

raut wajah saat usia diketika ini...


ok lah, sekadar sebuah koleksi kenangan dalam lingkaran ini.
Salam ceria selalu.Assalammualaikum.

Thursday, August 23, 2012

entry 11 julai 2012.

Hari ini 23 ogos, hari khamis yg.ceria, esok jumaat 24 ogos, kawan ir junior dan keluarganya akan datang bertandang, kunjungan hari raya.
Puas fikir nak hidangkan apa yg sesuai, rasanya esok nak masak nasi ayam.
Petang tadi dah periksa buah labu air, rasanya nak petik untuk hidangan esok, buah tu terpaksa di petik kerana sudah terlalu besar takut pula terlebih matang dan jadinya tak sedap.

Bila melihat pokok labu air yg begitu banyak buahnya, rasa pelik sebab pokok tu baru saja aku tanam..
bila semak catatan dalam lingkaran ini, tengok gambar dalam entry 11 julai dalam tajuk 'sempat ke?'..gambar labu ni masih kecil dan baru mengeluarkan sulur paut..benar benar ia sempat membekalkan sayaur utk keluargaku.
Alhamdulillah, macam tak percaya je.Tapi itulah hakikatnya.Pokok labu air ku sedang membekalkan hasil untuk ku sekeluarga.Alhamdulillah.

ok lah, ada seribu persoalan dalam hati ini. Kebesaran Allah.

Dah sesuai ke untuk dituai?


Inilah Hasilnya.


Assalammualaikum.

salam ceria selalu.Agak lama tak menulis catatan harian dihalaman 'dalam lingkaran ini'
Tentulah kesibukan menjadi halangannya, setiap saat ingin saja dihabiskan bersama keluarga yg kebetulan tahun ini dapat berkumpul, dan menambah cerianya suasana hari raya.

Hari ini hari raya ke 4,  namun saat ini dah jam 1.30 pagi dah masuk hari raya ke 5 ..ku ambil kesempatan menulis sedikit catatan dan kongsikan gambar perkembangan labu air @labu putih yg di tanam beberapa minggu yg lalu.

Sewaktu menanam aku berdoa dan mengharap, akan  dapat menikmati hasilnya bersama anak2 yg.berkumpul saat hari raya dan cuti sekolah.Yah..doa itu tetap juga Allah tunaikan.Alhamdulillah..menitis airmata bila merenungkan hal hal sebegini.

Jom layan gambar.

Labu air ini mengeluarkan banyak buah,Pendebungaan buat cara manual.
Kawan2 kalau nak tanam sayur dari jenis labu atau kundur, kena tanam berpasangan, maksudnya tanam dua pokok berdekatan, barulah tak ada masalah kekurangan bunga jantan atau bunga betina.
Pokok labu ni, aku tanam dua pokok, nampaknya pengeluaran bunga jantan dan betina seimbang. seolah2 dua pokok ini saling mengerti, pokok yg satu keluarkan bunga betina, pokok yg satu lagi keluarkan bunga jantan, ini lah yg .terjadi dan hasilnya, :-)






Ini hasil sawi  jenis daun panjang, benih dari blog ' tanam sendiri'. masih dalam proses pembesaran.

Ini sawi yg disemai dalam pasu panjang hari tu, selepas dialih kan diatas batas , ia hidup subur dan dah boleh dituai hasilnya.


Ini sawi benih dari yg.diproses sendiri yg pernah dikongsikan dalam entry yg lepas.dah tumbuh dan dapat hasilnya.



Ini sawi yg bakal menyusul, tanam banyak agar sepanjang berkumpul sekeluarga, sayur tak putus, puaslah makan, kalau sekadar nak goreng mee..ahh sawi dah menunggu.Tanam berperingkat2 selang seminggu untuk satu2 kawasan, beginilah hasilnya.


Ini yg.paling junior. ini main tabur je..rasanya tak payah alih.

tomato ni, menghasilkan banyak buah..banyak kali dah menikmati hasilnya.

pucuk kesom, dah berkali2 petik buat laksa.Alhamdulillah.Semua bahan kalau sekadar serai, daun limau purut, kesom, pudina, kemangi...semua tu..ada dalam kawasan pagar ni, tapi kena rajin menjaga kesihatan mereka.

Musim hari raya..tapak lingkaran ini, menjadi tumpuan keluarga menikmati warna bunga.




ok lah semoga bersama lagi, masih dalam mod cuti sekolah.
25 ogos nak bermalam di kaki kinabalu, insyallah..nak menikmati udara rimba.
Ceria selalu.

Saturday, August 18, 2012

' Selamat Hari Raya Ku Mohon Kemaafan Darimu '


Assalammualaikum,

buat semua sahabat yg.berkunjung dan menjadi rakan blog 'dalam lingkaran ini'.
Maaf segala salah dan silap saya. Selamat menyambut bulan syawal dan ceria menikmati suasana hari raya bersama kaum keluarga. kepada yang jauh dari sisi keluarga tabahkan hati dan gembirakanlah hati meski dengan cara sendiri.Ada sayang dihatiku..seindah mawar itu, wangi dan berseni.

Tak dapat membuat catatan panjang, banyak kerja.Masih menanti kepulangan 'Restu'..

salam mesra dan ceria selalu utk semua.kak Roy, kak Mimi, kak Ratnah,kak Ani, Norly, Noor, Som di Ipoh
sahabat2 MGHS. aku rindu. 'Miss Lim and Pouline'..jom datang rumah.

Friday, August 3, 2012

cepatnya masa berlalu.


Assalammualaikum,

hari ini dah 14 hari kita berada di dalam bulan ramadhan...dah 14 hari kita menunaikan ibadat puasa.
17 ogos nanti sekolah terakhir, 19 atau 20 ogos nanti mungkin hari raya.Hanya ada beberapa hari sahaja lagi.Banyak perkara yg tak siap.jam 3 pagi  masak sahur, jam 4 petang. masak berbuka puasa, jam 6.30 pagi kat sekolah sampai jam 1 petang..

nak kemas rumah, nak alihkan semaian benih sawi yg dah semakin tinggi, aduhh..rasa tak sempat semuanya.

Balik dari sekolah sempatlah meninjau bunga2 mata hari yg berkembang dari baka op. mungkin sedang elok hari raya bunga mata hari itu akan habis berkembang dan tak sempat menyambut saudara mara yg bertandang ke rumah.

sempatlah bergambar dengan bunga2 pujaan hati ni.Inilah penyejuk rasaku.hilang stress menatap ayunya mereka.

Jom layan.
















limau purut yg berbuah lebat, tapi gugur sendiri tak terpeduli, kalau pun berguna hanya nak buat sental daki..ahh nasib si limau purut.


Ingat tak bunga mata hari yg besar menceca 10 inci tu..bila dah kering begini rupanya, nasib baik jumpa terselit dalam bonet kreta..mujur tak rosak.










Benih nak buat kuaci wangi ni, tapi masih mennggu resepi cara goreng kuaci guna  'pasir' dari tuan asal pokok kuaci ni.Saya harap dia tak lupa.






1 ogos 2012..diusia itu



'Satu' Ogos tetap hadir
Menghadiakan 1 angka
membuat nilai bertambah
pada usia tanpa warna..

Setiap tahun sepertinya
satu ogos tetap bermakna
untuk ku lafazkan cinta
dengan bahasa paling mudah
'ir' happy birthday...'

...........................................................

1 ogos tetiba, 'ir junior' balik membawa  birthday kek untuk  'ir' ..suasana puasa tidak mengizinkan aku menyiapkan masak masakan utk.menyambutnya, memadai aku hadiahkan abang 2 bentuk cincin. cincin delima permata merah diikat dgn suasa dan sebentuk cincin perak batu permata hijau.Kedua cincin itu menggantikan cincin abang yg dah tak muat dijari.Sampailah masanya utk diganti.

Meski sederhana, sebab terpaksa bergegas ke masjid. lepas berbuka puasa, dapatlah juga 'ir' potong keknya hadiah dari anakanda tersayang 'ir junior'.Sambutan dan acara potong kek 'ir' kali ini agak berbeza dengan tahun2 yg lepas.Dulu 'ir' potong kek seorang-seorang, tapi kali ini, Ir  berteman,tentunya kedua2 insan ini sangat bermakna dan berharga dalam hidup ku dan hidup mohd.Irfan@ ir junior.

Jom tengok gambar.
Gambar tak memuaskan, tapi hanya sekeping ini saja gambar yg ada, terpaksalah juga aku muatkan dalam album kenangan 'dalam lingkaran ini'..tak apalah, bukan nak tengok mukakan..tapi nak menyimpan nilai sejarah yg tak akan berulang.




hehehe akhirnya ir junior, bawakan calon hatinya sama birthday dengan ayahnya.Doakanlah semoga perhubungan ini akan berhasil dan semua akan bahagiah.Cantikkan dia.


ok..assalammualaikum.