Tuesday, August 28, 2012

bunga mata hari dan kenangan itu .

Hari ini 27 ogos, isnin yg cerah.
Bila direnung kembali suasana hari raya pertama tahun ini, ada indah dihatiku.
Saat sebelum menjelang ramadhan, segala persediaan telah ku atur, menyediakan bekalan sayur tanam sendiri, termasuk bunga-bunga utk.memeriahkan lagi suasana hari raya saat anak2 berkumpul.

Alhamdulillah, segala yg diatur tercapai semuanya dengan cemerlang.Bunga mata hari yg ku susun jadual perkembangannya, juga telah mekar sepenuhnya saat  satu syawal menjelma.

Jom kongsi cerita melalui gambar.


ros kuning  juga berkembang menghadiakan kuntum yg banyak.



Lepas menunaikan sholat hari raya, cuaca agak panas namun sempatlah beratur utk.bergambar dalam rimbunan bunga mata hari yg.ceria menanti kehadiran putera dan puteri ku.

meski warna gambar tak memuaskan, namun kenangan yg tercatat, amat berharga untuk diabadikan dalam lingkaran kehidupan ini.



ahh sempatlah petik buah yg separuh ranum ni..alhamdulillah, betik sekaki ini turut memeriahkan suasana dipagi syawal 2012. orang banglore ni..tergelak besar masa nak petik buah betik ni.sempatlah tiga beradik ni, gilir2 memetiknya.kebetulan ada 3 biji yg dah matang.




bergegas masuk ke dalam rumah..dapatlah bergambar untuk catatan sebuah kenangan.

raut wajah saat usia diketika ini...


ok lah, sekadar sebuah koleksi kenangan dalam lingkaran ini.
Salam ceria selalu.Assalammualaikum.

9 comments:

ummuaidan said...

dan besar semua anak2 dara puan pernama nih...nak buat menantu nampaknya dah tak sempat dah..hehehe

wani sc said...

Alhamdulillah. sempat ikut perancangan ye pokok tu berkembang. seronok tengok gambar, meriah je suasananya dgn anak2 bergambar di sebalik kuntuman bunga. alangkah gembiranya saya kalau berada juga di situ

Adry@Daun said...

As salam cikgu puteri,
Bkn saja bungaan di taman/laman yg indah dan cantik tp 'bunga-bunga' dlm rumah pn cantik dan indah juga.

Puteri Purnama said...

salam ummuaidan,

dah sebaya besar meraka, meski umur berbeza2..rasanya baru je mereka sebesar aidan.

Puteri Purnama said...

salam wani sc.
alhamdulillah, terasa benar suasana kemesraan dan keakraban anak2 tu,ya,bunga2 tu benar2 membantu menceriakan suasana.

Puteri Purnama said...


Adry@Daun,
waalaikum salam.hehehe yg indah tetaplah indah, diluar rumah dan didalam rumah semua kena jaga dgn bersungguh2.betulkan.itulah hasilnya.
tq.

hernyhafiz ^_^ said...

meriah nya bunga2 kat taman tu :)

Puteri Purnama said...

hehehe alhamdulillah, macam tulah ada nya.

suka suka said...

suka, suka...bunga matahari dan semua bunga tu...beraya sakan dengan bunga2 tu..selamat hari raya...