Sunday, December 30, 2012

Dikesempatan ini, ada kamu disisiku


29 Disember 2012, disenja hari sabtu yang terluang.
Masih sibuk menyediakan persiapan untuk kembali ke sekolah.
Meski sibuk, aku masih ada waktu  untuk menyediakan hidangan makan malam sempena menyambut 'Restu' pulang bercuti.  Ada gembira dihatiku.

'ir' junior menjemputnya diairport ditemani anakanda 'jack'.  Alhamdulillah, mereka sampai rumah saat warna senja terlukis indah didada langit.  Persiapan makan malam terlalu ringkas, hanya itu yg.termampu.

Sedikit gambar sebagai kenangan didisember ini.

sangat seronok melakukan aktiviti bakar2 chickenwing.



menikmati makan malam dihalaman rumah berlampukan cahaya bulan purnama yang menenangkan.


Ok lah.
ada rindu untuk orang yg jauh di Banglore dan diutara sana.
Dengan doa semoga semuanya dalam keadaan selamat dan ceria.

Friday, December 28, 2012

Halaman Yang di Tinggalkan, kusam dan sunyi sekali.

Kesibukan yang dilalui membuatkan blog dalam lingkaranini terbiar sunyi.
Ada rindu dihatiku.
26 disember, aku sekeluarga selamat sampai ke rumah, jam 5.00 petang.
Sesampai di rumah..aduh terlalu banyak kerosakan terjadi pd.bunga2 dihalaman yg ditinggalkan hampir 7 minggu.  Bunga2 dalam lingkaran ini banyak yg mati, pokok bunga hollyhock, entah hilang ke mana, sisa tunggulnya pun tak ada.bunga2 zinnia, habis luruh dan kusam.

Tak ada ceria dihatiku.  Hari ini dah 28 desimber, hari jumaat..aku mula rasa tak sihat.Rasanya sakit tekak dan batuk yg ku alami hari itu datang semula.Mungkin terlalu banyak makan durian.
Banyak kenangan dan gambar yg ingin dikongsikan, namun kesuntukan masa, semuanya masih tidak mengizinkan.
Blog yg ini juga terlalu sukar untuk dikemaskini.Mungkin masalah laluan internet  yg sangat lemah.
Apa pun tahun 2013 akan hadir hanya beberapa hari sahaja lagi..ku ucapkan kepada semua selamat menyusun azam untuk memperkasakan semangat baru demi kehidupan yg.lebih bermakna.
salam mesra selalu.

Friday, December 7, 2012

macam macam

Saat ini ada ruang utk online, 7 desimber jam 10.50 malam.
Masih rehat dirumah ibu mertua, siang malam kami asyik berkepit, pagi2 lepas sembahyang subuh seawal jam 7 pagi kami pergi ke kebun durian, kutip buah durian gugur.Banyakkk..

Ibu@'cik' rajin kopek isi durian buat lempuk atau tempoyak.  Kalau dia terbangun jam dua pagi, jam 2 pagi juga aku akan terbangun menemaninya,hemm..bila dia kopek durian tu isinya molek2, dia akan sogok dengan aku, suruh makan, aku akan mengelak.tapi berulangkali dia kata isi durian tu molek, utk.tidak menghampakan, aku bantailah durian tu walau pun tengah malam..ada tak orang makan durian jam 2 pagi? ke aku je?..tapi berbaloilah, ditempat aku, durian sangat mahal, sekilo mencecah rm 15 atau 20.maknanya 1biji hingga ke 3 biji harganya mencecah sekitar rm 60 atau 80 ringgit.

30 november 2012, sempatlah aku bersama 'ir', anakanda irfan dan irfa amirah, ke pamerah MAHA 2012.ya Allah, lautan kereta bersesak2, kami sampai ke tapak pesta sekitar jam 2.30 petang.Tak dapat masuk, parking kat luar, hanya aku dan irfan berjalan kaki meneruskan perjalanan meninjau apa yg.istemewanya tentang pesta pameran ini.Tersangatlah jauhnya  .Banyaklah aku teringin nak beli terutama bunga2 orkid yg murah2..sepasu besar yg dah berbunga lebat harganya cuma rm 15 ke rm 40.pokok buah-buahan jambu, mangga, laici,longan hanya 8 ringgit.Kalau beli macammana nak bawa balik naik kapal terbang?..takkan nak menipu lagi..hahaha..

Banyak gambar nak kongsikan dalam blog ini, tapi bila nak muatkan gambar, ada masalah lah pula, keluar ayat2 cinta ni...
 
" Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota."

Justru itu, mungkin sampailah masanya "dalam lingkaran ini," di putuskan menjadi satu garisan lurus.
Kalau tambah ruang dan bayar, memang boleh..tapi rasanya tak berbaloi.
Dalam lingkaran ini, benar2 mengandungi catatan kenangan..ada kenangan bersama ibu.
Wajar kah ia dihentikan?..ada sepi yg.tak terlukis.Tak ada ceria memikirkan situasi ini.

Ok lah dah tengah malam,bumi pahang ini sejuk saat ini. Selamat malam kamu yg.ada dalam ingatanku.
Assalammualaikum.

' Malware detected ' dalamlingkaranini.

Assalammualaikum
 hari ini, jumaat,sekian lama baru dapat rehat dihalaman 'dalam lingkaran ini', beberapa hari yg lepas ada juga usaha nak menjenguk, tapi teramatlah terkejutnya bila buka terpampang 'malware detected'..macam2 cara diikuti, semua gagal.

Sempatlah mengadu dgn adinda yg jauh dibumi Fiji, ummuaidan..hehehe dia pun rasa kalut menurut emailnya.
Mengadu lagi dgn Tuan Is, dia bagi dorongan dan panduan, last2 sir syahmi suruh deleted blog penyebab malware tu, bila periksa, blog dr.azwan.Dah setahun tak beroperasi blog dr.azwan tu..so deletelah.

Blog dr.azwan tu, banyak maklumat, sebab tu aku sayang.
Tapi tak apalah, banyak lagi yg lain.
Ok lah masih di tanah besar 'malaya'..banyak benar agenda nak diteruskan.Mencari2 benih sambil jalan2.Seronok tau.  Oklah salam ceria selalu.