Friday, December 28, 2012

Halaman Yang di Tinggalkan, kusam dan sunyi sekali.

Kesibukan yang dilalui membuatkan blog dalam lingkaranini terbiar sunyi.
Ada rindu dihatiku.
26 disember, aku sekeluarga selamat sampai ke rumah, jam 5.00 petang.
Sesampai di rumah..aduh terlalu banyak kerosakan terjadi pd.bunga2 dihalaman yg ditinggalkan hampir 7 minggu.  Bunga2 dalam lingkaran ini banyak yg mati, pokok bunga hollyhock, entah hilang ke mana, sisa tunggulnya pun tak ada.bunga2 zinnia, habis luruh dan kusam.

Tak ada ceria dihatiku.  Hari ini dah 28 desimber, hari jumaat..aku mula rasa tak sihat.Rasanya sakit tekak dan batuk yg ku alami hari itu datang semula.Mungkin terlalu banyak makan durian.
Banyak kenangan dan gambar yg ingin dikongsikan, namun kesuntukan masa, semuanya masih tidak mengizinkan.
Blog yg ini juga terlalu sukar untuk dikemaskini.Mungkin masalah laluan internet  yg sangat lemah.
Apa pun tahun 2013 akan hadir hanya beberapa hari sahaja lagi..ku ucapkan kepada semua selamat menyusun azam untuk memperkasakan semangat baru demi kehidupan yg.lebih bermakna.
salam mesra selalu.

2 comments:

Umm AA said...
This comment has been removed by the author.
Umm AA said...

Assalamualaikum kak...
alhamdulillah akak tlh kembali ya...buatlah slow2 kerja dilaman..jaa kesihatan juga...blog tu nanti ade ms updatelah ..tak sabar nak dengar cerita orng yg bercuti2 malaysia...take care