Thursday, December 29, 2011

29 Disember 2011.hari khamis yg.tenang.

Saat ini..terasa biasa sahaja, namun ada rasa sepi di hati.
Hari sabtu 24 disember, sahabat Restu sekeluarga datang bercuti di daearhku..kota belud.
Seronok sebab dapat bercuti dan menghabiskan sisa cuti bersama2.

Kemarin mereka balik ke KL penerbangan jam 6.00 petang.Terbiasa bersama dan ramai..saat ini terasa sunyi pula bila mereka dah pulang.Ohh..ada tapak kaki yg.tertinggal disemua sudut ruang yg.kami jejak bersama.
Aku bersama 'ir' kongsikan masa bersama keluarga sahabat anak ku itu..seronok.Kami ke Kundasang dan pekan ranau..bermalam di kundasang.Awal pagi ke perkampungan 'Mesilou' untuk menikmati udara segar di dada kinabalu yg.gagah sambil menikmati pemandangan alam sekitar yg.hijau merimbun.
Ku kongsikan gambar yg.sempat di abadikan bersama utk.sebuah ingatan yg.panjang lagi jauh.


 Ladang ternakan lembu tenusu.

 Cuaca sejuk tak menghalang anak anak mereda hujan menyaksikan persekitaran alam kinabalu yg.masih asli.
 Cantik tempat ni..saat ini hujan semua dibagi payung, kebetulan merah..cantik


Saat penghujung disember 2011 diakhiri dengan suasana ceria dan gembira.Malamnya sampai rumah dan bakar2 udang dan ketam bersama anakanda zaharia sekeluarga.Semoga jumpa lagi.

Monday, December 19, 2011

Saat Hujan Turun.

19 Disember hari isnin yg.tenang.
Sepanjang malam tadi hujan tak henti2 mencurahkan air dari langit.Alhamdulillah.
Setiap kali hujung tahun, hujan mencurah dari langit..ada banjir dimana2.

Kenapa agaknya??..
Dalam senyap dalam diri ku mengikut logika akal fikirku, ini sedikit sebabnya...sebab lain ada beribu2 lagi.Hanya Allah yg.tahu.

Sebab satu, hujan turun mencurah di hujung tahun:-
1.Perarakan menyembah selain dari Allah berlangsung secara terang-terangan dan besar besaran..penyembelihan haiwan haram tentunya tidak terelak secara besar -besaran.  Tentunya saat ini bumi akan di simbahi darah kotor haiwan ini.Apa yg.lebih sesuai membersihkan bumi selepas dikotori oleh semua jenis najis di dunia ini selama peredaran bumi 12 bulan?..Jawapannya hanya air menjadi alat yg boleh membersihkan semua kotoran ini.Bayangkan kalau ada najis kucing di dalam rumah kita, kita akan gunakan air untuk membersihkannya..nah beginilah caranya..bagaimana air menjadi nikmat utk.manusia selain utk.kehidupan tetapi menjadi alat untuk membersihkan segala kotoran."lalu nikmat Tuhan yang manakah yg.kamu dustakan?, Kenapa kamu menyembah syaitan?"

2.Hujan turun mencurah di hujung tahun, saat ini cuti untuk pelajar sekolah dan untuk aku seorang guru.
Bila cuti tiba, apa aku buat?..sebahagiannya adalah berbudi pd.tanah.Hanya beberapa minggu aku menyemai benih-benih sayur daun..menjaga bunga2 mawarku..inilah hasilnya.Terhibur sungguh hatiku melihat usaha dan penat lelah anak2 yg.membantu aku mengemburkan tanah.

Ku abadikan potret kenangan ini.Benih sayur ini ku perolehi dari sahabat blogku dari blog"
Tanam Sendiri ...Grow Your Own."Banyak panduan diberinya, dan ku ikut..hasilnya menyeronokkan di samping indahnya bunga2 mawarku.INIlah gambar itu.


 Titisan air hujan membentuk manik2 bulat dikelopak mawar merah,menghasilkan gubahan alam semula jadi ciptaan yang Maha Perkasa..subahanallah.

                                        gambar atas dan dibawah ini hasil semaian bibit bunga ku, yang hidup subur saat hujan mula mencurah diawal november..terlebih daunnya dari bunga.Mawarku pula kehilangan banyak daun.
                                            Cantikan bunga butang ini..ia bunga yg.tahan lama..bila bertukar warna..menjadi coklat dan putih, boleh ditanam semula..bunga itu berkitar lagi.
                                          Bawah ini pokok bunga mata hari yg.ku tanam bersama2 dgn pokok bunga cempaka..ku harap ia akan berbunga..meski hujan Disember ini sentiasa mencabar pertumbuhan nya.
Salam untuk En.Iskandar yg.sudi mengirimkan aku benih bunga mata hari ini dan benih sayur itu.
Assalammualaikum.




Sunday, December 18, 2011

' Patuh kepada KETUA'...ciri2 azam aku 2012.Insyallah.



Hari ini saat ini dah jam 2.15 pagi..tak tidur sibuk siapkan jadual staf utk 2012.
Dah siap namun mata tak mau pejam. Oleh itu ku ambil kesempatan merayau memeriksa seribu satu cerita kisah bergambar di youtube, akhirnya aku jumpa slot ini.

Ah..Alhamdulillah..rasanya vedio ceramah ini sangat berguna dan mungkin boleh menguat dan memandu aku utk.mencapai azam ku di tahun 2012 ini nanti, insyallah.
Ku kongsikan vedio ini, mari dengar perkongsian ilmu ustaz ini.Tak rugi utk.memahaminya kerana ia benar.

'Patuh kepada ketua'....'Jiran'

Azam aku tak nak menjadi' kaki bantah'..dah penat.Jangan salah sangka ye..aku suka membantah pd.hal2 yg aku rasa banyak yg.tak betul dibuat oleh ketua.Tapi bila aku dengar ceramah di atas ada ilham baru yg.aku dapat dan faham, sangat menari..tak rugi aku dengar berulang kali ceramah ni.
Mari dengar..dengar sampai habis dan sungguh2, baru dapat makrifatnya.
Assalammualaikum.

Saturday, December 10, 2011

10 Disember, hari sabtu dan mawar merah ku yg.indah

Seawal pagi aku memetik kuntum2 mawar ku yg.giat berbunga.Terpaksa ku kurangkan bunga2nya demi menjaga kesuburan pokok yg semakin kurus lantaran daunnya banyak yg.gugur mungkin terlebih air lantaran hujan yg terlalu kerap.

Aku susun mawar2 ini menjadi jambangan bunga menghiasi meja makan ku.Ahh terlalu indah.
Ku kongsikan gambarnya di sini.




n
Pemandangan bulan dimalam ini seawal jam 7.00 malam dari anjung perkarangan rumahku sebelum gerhana yg.dijangka terjadi jam 10 malam sekejap lagi.

Wednesday, December 7, 2011

7 disember 2011.

Seawal pagi jam 6.15 ke pantai Rampayan Laut.
Lama tak mandi air laut.Hari ini pergi awal untuk mandi.Seronok juga tapi terasa ngeri tengok ombak besar dan deru angin yg agak kencang.  Sekejap aje di pantai, lepas makan kami balik rumah.Benar2 rasa tak ada mud.
 ada sedikit gambar pantai.Dah tak berapa cantik kerana di pantai ini terjadi aktiviti mencuri pasir.

Pantai di awal pagi.



Tuesday, December 6, 2011

6 Disember 2011 yang 0.

Saat ini ada celaru dalam benak.Entah..tak terungkap.
Aku dapat email gambar dari sahabat baik ku hajjah 'sarimah' tv 3.
Dia kongsikan aku gambar yg.mampu utk aku jadi kan motivasi emosiku.
Mari aku kongsikan.

 Rumput kalau disiram dan di jaga dengan sungguh2, walau dimana ia bertapak tetap akan tumbuh dengan cantik.Begitulah nasib ku.Aku wajib menjaga emosiku agar selalu subur dan melahirkan tingkahlaku yg,positif..kerana aku seorang insan.


                                              cantikkan.Hajah Sarimah terimakasih.