Sunday, July 29, 2012

Alhamdulillah sampai juga saat itu.

Assalammualaikum,
hari ini ahad 29 julai. hari ke 9 dalam bulan ramaddhan.Dah 9 hari umat islam menunaikan puasa..termasuklah aku sekeluarga.Tak ponteng lagi.

Meski berpuasa dan melaksanakan tugas2 sekolah dan rumah, emosi utk berkebun, semakin menjadi2 apa bila yg diharap2kan selama ini menjadi kenyataan.Ia menjadi pembakar semangat utk.berusaha keras membersihkan kebun dan terus menerus menyemai benih  dan menyediakan tapak bertanaman.

Penat sangat diiringi cuaca yg tersangat panas.dah lama hujan tak turun.Apa pun ku kongsikan gambar utk.kenangan, dalam lingkaran ini.

Apa yg aku tunggu selama ni?..yg aku tunggu tu ialah ..hahaha..buah betik sekaki.

Dah ranum sebiji.



Buah pd.pokok yg  ini, besar2.


pokok labu air dah menjalar jauh memanjat pagar,belakang rumah.semoga berbuah banyak.

pokok tomato meski yg hidup cuma sepokok, tapi mengeluarkan banyak putik.

Rasanya tomato ni, tunggu matang sampai warna hijau tua, nak buat menu 'sambal hijau arjuna' resepi rakan blog  milik saudara DEDTEA 'blog tentang masakan'


Benih bunga mata hari, nampak besar, baka tak tahu dari jenis apa, aku dapat dari kedai menjual makanan hamster, dia jual kuaci..aku minta 5 butir dan bayar seringgit, tapi cina tu bagi 10 butir dan tak minta bayar, dia kata benih tu mentah hanya utk.burung atau hamster..

so aku kata kalau mentah mungkin boleh hidup, mintalah aku nak cuba tanam, dia bagi jugalah, free je..
Lepas 6 hari benih ni tumbuh.Semoga dari jenis2 yg.hebat2..manalah tau kan.





Benih sawi yg aku semai dalam bekas ni, terlalu rapat, tak tahu macam mana nak alih ni.
Demi benih yg dah tinggi ni..aku berkerja keras menyiapkan tapak tanaman ditengah panas terik, merumput dan mengembur tanah.Semoga usaha ku akan berhasil..semoga hasilnya sempat di tuai saat Rashid dari Banglore balik,Miming dari IPDA dan tentunya kekasih hati 'Restu'...hasilnya dapat disantap bersama anak2ku.


Ini tapak yg aku siapkan dari pagi kemarin sabtu hingga pagi tadi ahad..jam 11 pagi baru benar2 siap.


yang ini aku bersihkan hari sabtu minggu lepas..penat sangat merumput kawasan yg ini.Nak tanam labu kundur biar  labu tu bebas panjat pagar.

Tapak yg ini, dah 3 minggu lamanya disediakan dah bersedia utk digunakan sebagai tapak tanaman utk.sawi..aku akan tanam sawi ditapak ini, kalau tak muat baru lah tanam ditapak yg baru disiapkan hari ini.

Ok lah sampai disini.Assalammualaikum.Selamat menjalani ibadat puasa.Semoga Allah terima segala amal ibadat kita, berkat didunia dan akhirat.Amin.

Tuesday, July 24, 2012

menu berbuka puasa hari ke 4

Sejak jam 11 pagi tadi sentiasa berfikir, lauk apa nak masak petang ni.Akhirnya terfikir nak masak lemak labu manis bersama udang galah.Apa lagi cepat benar proses membuatnya sebab bahan dah sedia ada.
Jom tengok gambar.

Labu manis ni, saya tanam sendiri tau..benih bekalan dari 'blog Tanam Sendiri'.Saya belah labu ni utk gulai lemak bersama udang gala.
Labu ni besar.


Bila ditimbang..penimbang tu tak padan dgn berat labu..
Bertnya dalam...


panjang garis pusat dalam 8"


Bila belah dua ini hasilnya..tebal dan cukup matang.


biji benih sedia utk dikongsikan, dan yg lain nak simpan..nak tanam semula.


untuk dimasak suku aje digunakan, bila timbang 500 g juga banyaknya.




Sayur labu manis udang galah dah siap.Cukup garam dan perasa tak tahu.Tak rasa sebab puasa.Tapi kalau tengok rupa, dah cukup rasa ni.Entah2 terlebih garam..hehehe..tunggu rasanya nanti jam 6.45 petang ada 2 jam setengah lagi..Menu lain nak goreng ikan sambal pedas, sayur kubis tumis udang kering.Air tak pasti lagi ingat nak buat sirap biru..tengok lah kalau rajin.Takut sakit perut pula.



Di rumah ni..penghuni cuma 5 orang, semua jenis tak kuat makan.Dan tak suka makan berjenis2 lauk.
Kalau daging, daging lah, kalau ikan atau jenis dari  laut, laut lah.Tak boleh campur2.Miming di IPDA siap peringatkan hadis nabi tu.


ok lah nak sambung masak lagi.Assalammualaikum.'selamat berbuka puasa' utk.nanti jam berbuka.

Sunday, July 15, 2012

' Mengirik' benih sawi

15 julai hari ahad.
selepas sediakan sarapan pagi, dapatlah bersarapan bersama2 Ir..' ir junior', Fikri, Habib dan zak.
Aku sediakan mee goreng basah, keropok, sambal bilis baki sambal nasi lemak kemarin, biskut kacang ,teh o panas dan minuman sejuk utk anak2 bujang tu..orang bujang nak minuman sejuk berkarbonet.

Lepas sarapan seperti biasa periksa bunga bunga dan tapak semaian yg disiapkan kemarin.Niat utk tapak semaian sawi.Lepas tu hari ini aku potong ranting sawi yg sudah tua dan lama terbiar disimba panas mata hari dan hujan yg sangat deras. selepas ada tapak semaian baru terfikir mengenai pokok2 sawi yg dah lama menghasilkan beni tetapi lama terbiar.

Aku hampir menghubungi blog tanam sendiri'Tuan Iskandar' utk.bertanya cara utk mengeluarkan benih2 sawi yg halus terlekat di ranting2 pokok tu..tapi lepas fikir2, aku cuba cara memperoses benih padi zaman dulu  iaitu potong ranting2 tu simpan dalam kain dan pijak2 dalam istilah 'mengirik'.
Tujuannya utk memisahkan benih dari tangkai sekali gus mengupas dari kelongsong benih.

Ah seronok pula aktiviti mengirik benih ni.Jom tengok gambar.
Lambat tuai benih sawi ni banyak buah nya dah luruh.

Lepas di irik  masukkan dalam penapis ni dan ayak, biji beni bertaburan terpelanting dalam bekas yg disediakan.

Hasil ayakan tadah dalam niru dan tapi.Aku tak pandai menampi.Aku tiup2 saja sikit2 dan hasilnya...

Beginilah hasilnya.

Banyak juga hasilnya..hampir dua genggam orang dewasa.
Tapi belum pasti benih ini bermutu dan bernas atau tidak nantilah aku semai.


Ini tapak semaian disiapkan kemarin 14 julai hari sabtu.Ir dan Aida tolong aku.
Tapak ini akan dibiarkan..telah sedia dibaja dan di tabur racun siput dan semut. cuma perlu diselia sementara menunggu semaian benih tumbuh.


 Tanah hitam untuk tanaman berikutnya, dalam bekas semaian telah ditabur benih sawi bunga 008 dan sawi 402 Dwarf green bak choi.
                                     ini bunga baka besar
 Labu air, dah ku buatkan tali untuk sulur pautnya memanjat pagar belakang rumah.

                                            Labu manis bersama kundur dah dipetik utk.stok bulan puasa.Banyak benih yg terkumpul.Siapa nak, tinggalkan alamat kat ruang komen..percuma tentunya.Gambar
tak cantik..saat ni mata hari tepat atas kepala.



'Ir Junior' sejak kelmarin sibuk dengan injen kereta,Hemm jadi bengkel kereta depan rumah ni...nasib baik belum renobet.

Ok lah mungkin hari jumaat atau hari sabtu ni kita akan memulakan ibadat puasa untuk ramadan tahun ini..ok semoga panjang umur dan selamat menjalani ibadat puasa.Assalammualaikum.Ceria hendaknya selalu.

Wednesday, July 11, 2012

Sempat ke?


Hari ini 11 julai, hari rabu yg.redup.

Tak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan ramadan, kita akan bersama sama menunaikan ibadat puasa..tentunya kehadiran ramadan ini sangat2 ku tunggu, kerana kehadirannya membolehkan aku membawa anak2 gadisku ke masjid yg berdekatan dengan rumah untuk menunaikan sholat tarawih seperti tahun2 lepas, seronok sangat.lepas berbuka puasa dan sembahyang maghrib kami sekeluarga bergegas ke masjid, meredah suasana samar malam yg masih mudah..ahh ada indah dihatiku.Rasa tak sabar pula.

Dalam bulan puasa sudah tentu aktiviti berkebun akan terhenti..kecuali mungkin hari minggu, awal pagi mungkin ada sedikirt masa.

Dalam usaha menyediakan sayur2 utk bekalan bulan puasa, tak banyak yg dapat disediakan.
Hanya sedikit seperti dalam gambar2 terbaru ini.Jom tengok gambar.

Labu air baru keluar sulur paut, sempat ke dipetik hasilnya dalam bulan puasa nanti?
Bersama labu air ini ku tanam juga pokok terung jenis bulat dan kari.Sempat ke dapat hasilnya awal hari raya nanti?

doa dan harapan ku ia akan dapat dinikmati oleh ku sekeluarga, orang Banglore mungkin akan pulang, Restu dan miming juga akan pulang..tentu seronok kalau ahli keluarga ku dapat menikmati hasil tanaman usaha sendiri ini.






Ada pokok betik sekaki dan cili padi 2 pokok dan tomato.

Tomato ni dah menampakkan hasil, semoga tidak diserang penyakit.


Ini labu manis yg sengaja dibiarkan tua utk.mendapatkan benihnya.Dah cukup tua ke?..kalau tak cukup matang benih tak akan tumbuh.Ini boleh buat pengat utk.berbuka puasa.Benih asal dari blog 'Tanam Sendiri'..Terimakasih tuan Iskandar.Ni lah labu manis tu.Cantik kan.Dah boleh petik ke?


Ini pula labu manis kiriman yg.tersayang 'Ayu'..dah boleh diagihkan benih ni dgn keluarga dan kawan2 seperti kehendak dan harapan Ayu dalam surat dulu.Ok kan.


Ini pula dah lama tunggu tapi tak ada sebiji pun yg masak, ramai dah member boking benih.
Agaknya sempat tak makan hidangan berbuka puasa nanti?..Hanya Allah yg.tahu..alhamdulillah.Rendah pokok ni.

Ahh ini baka bunga mata hari jenis besar.Tapi bunganya, tak kembang besar mana, nampak kecut.dan rendah. apa pun alhamdulillah...



Ok lah..sampai jumpa lagi salam ceria selalu.Salam mesra selalu.Assalammualaikum.

Sunday, July 8, 2012

Bila tak boleh tidur, buka pc, tengok gambar bunga2 milik sendiri.


Saat ini jam 1 pagi, dah masuk 8 julai hari ahad.Mata tak mau pejam meski badan terlalu letih.Benar2 rasa tak selesa..entah kenapa.Siang tadi aktiviti berkebun ku mulakan lagi selepas hujan turun selama 3 hari..tanah menjadi gembur dan aktiviti merumput mudah dilakukan.

Malangnya bunga mata hari jenis baka giant, sedang elok mekar tetiba dilanda hujan lebat maka kelopaknya tak dapat mekar dengan sempurna, ia kelihatan kecut dan tak bermaya.
Jom tengok gambar.

ini bunga matahari jenis giant, tak sebesar mana bunganya bila dibanding dengan bunga matahari jenis 'mix colour'

                                                     baka giant, pokoknya rendah dan jarak daunnya renggang, bila dibanding dengan baka op dan mix colour.

                                         Ini kuntuman bunga mix colour yg tumbuh tinggi dan sangat besar hari tu.Saya tak pasti dah boleh petik ke atau belum utk dibuat benih.

                                         
                                  Bunga matahari mix colour yg indah  kini menjadi tua dan layu..kitaran hidup setiap yang bernyawa.
                                         
                             Ini bunga matahari dari baka op. harap2 dia akan mekar dimusim hari raya nanti.   
                                  
                                                
                                    bunga matahari baka op, daunnya rapat rapat dan sepohon bunga menghasilkan 2 atau tiga kuntum bunga, cuma bunga tak seragam besarnya..namun tetap cantik.
Ini bunga ros yg sentiasa berbunga,namun cuaca panas membuatkan kuntum bunganya seperti terbakar.
Lavender ini juga tak putus2 berbunga wangi dan cantik.

                                    Cantik bunga2 ros ini

 Ros warna pink besar dan cukup wangi.Aku suka.
                                             banyak kuntum baru nak mekar selepas disirami hujan
                                              Ini ros tanah tinggi,cantik bunga ros ini.
                                           Ini ros dari kota batu, kiriman  'yuni'
                                 Ini ros dari sungai buluh, selangor.hidup subur meski dicabar cuaca panas terik.
 cantikkan kombinasi merah dan biru lavendar.
Ok lah dah jam 2..terasa ngantuk pula.Assalammualaikum.

Friday, July 6, 2012

100 hari

6 julai hari jumaat yg.tenang.
Saat begini terkenang detik peristiwa 98 hari yg lalu.
Ada sepi dihatiku.Saat perpisahan itu terjadi..
Ada kesal dihatiku.

Hari ahad 8 julai nanti genaplah 100 hari  dia menjadi penghuni dialam itu.Alam yg berbeza dgn.alam ku.
Hati ini terlalu sunyi tanpa dirinya.

Selepas perpisahan ini barulah aku memahami erti sebenar sebuah ikatan.Makna sebenar sebuah pengorbanan dan kasih sayang.
Sebesar gunung kinabalu kekesalan bermukim dibenak rasaku.Kesal kerana aku tak menumpahkan segenap kasih sayangku membalas kasih sayangnya..

Hubungan kami baik di mataku, tapi aku  tak pernah bertanya 'adakah dia berpuas hati dgn layananku,dan perhatianku terhadap dirinya?'

Aku tak pernah bertanya akan kehendak hati nya terhadap diri ku, hanya dia yg menurut semua kehendak ku.

Aduhai..inilah aku..yg terhukum oleh kebodohan dan kesal sendirian.Tak guna lagi sebuah maaf.
Hanya doa yg berterusan untuk dirinya dan kekasihnya ..dariku yg.terpisah dari sisinya.


Lagu ini mengungkap kesal hati ku.

Tuesday, July 3, 2012

kuda jinak bertubuh kecil, kuda liar bersaiz besar?..cerita kuda Kota Belud.

3 Julai, hari selasa..ahh panas cuaca ini dah hapir 3 bulan berlangsung.Tak larat bercucuk tanam dalam bulan bulan ibadat begini, khamis 5 julai nanti, nispu shyaban,  rekod lama diangkat ke langit, dibentangkan buku rekod baru halaman baru..apa tunggu lagi, jomlah  berpuasa sunat bulan syaban..Insyallah hanya niat mencari keampunan dan reda Allah..amin.

Cerita cuti yg berlangsung pd.25 mei hingga 10 jun, yg.lepas..tak dapat kemana mana, sibuk macam2.Hanya sempat temankan Miming,Lia Aida dan Suhaila..menunggang kuda di kejiranan kampung.

Kuda kota Belud, saiz nya kecil je..tapi bagi masyarakat bajau kota belud yg.gemar menunggang kuda dan menjadikan penternakan kuda sebagai hobi dan mata pencarian, mereka menternak kuda bersaiz kecil baka tempatan, biasanya mereka guna kuda ini utk.menyertai kelab lumba kuda, yg.harga pertaruhannya bernilai jutaan ringgit.tapi penternak dan joki  kalau kuda menang hanya bebrapa RM saja mereka dapat, yg dapat semuanya..yg.bertaruh judi..terdiri dari pak menteri, golongan koprat dan golongan suku luar yg memang melihat dunia ini sebagai syurga.

Suatu ketika di Daerah Kota Belud, hampir semua keluarga memiliki kuda untuk tunggangan bagi menyelesaikan kerja2 penternakan lembu dan kerbau, juga sebagai pengangkutan, tetapi sejak adajalan raya dan semua keluarga mampu milik sebuah kenderaan, kuda tidak lagi diperlukan, cuma sebagai hiasan..atau simbol adat bajau masa perkahwinan 'kuda berhias'.

Kawasan rumah ku setiap malam didatangi haiwan  ini tanpa di undang..Kuda ini sudah tak ada tuan, dibiarkan berkeliaran..


Jom tengok gambar.





Besar kuda ni..tapi tak boleh dekat..garang.Dalam tahun 90an, pernah kereta kami berlanggar dengan kuda, retak cermin depan, kuda ni terperanjat lalu berlari kencang dan melompat atas bumbung kereta, namun kakinya tersangkut depan cermin, ir dan anak2 masa tu dalam perjalanan balik dari sekolah..mujur Ir cekap memandu dan tak terbabas kereta tu.



Seronok tengok Aida menunggang kuda..

 
                                                time kuda tak naik berang..bolehlah gelak2.
                                             miming pandai kendalikan kuda.
                                      kalau boleh kuda dijadikan kenderaan kan bagus Mira..tak payah beli petrol, boleh lah ulang alik dari rumah sewa ke kampus kuliah..riuh seluruh IPDA, kalau Mira menunggang kuda ke kuliah hehehe, identiti anak baju kota belud..mesti ada kemahiran kan ming.
                                                muka stress ni, hehehe suhaila, bimbang jatuh terpelanting ni.
                                      Nasib baik tuan nya ada, mengamuk kuda ni..penat layan karenah
                                      gadis2 pingitan ni.
                                      sempatlah pujuk2 kuda ni, dan ucapkan terimakasih pd.nya kerana telah berikerja sama menceriakan anak2 gadis mama.hahaha ..ceria selalu.
Sampai jumpa lagi.Orang di Banglore dan Restu di KL, salam rindu dan sayang selalu.