Sunday, July 8, 2012

Bila tak boleh tidur, buka pc, tengok gambar bunga2 milik sendiri.


Saat ini jam 1 pagi, dah masuk 8 julai hari ahad.Mata tak mau pejam meski badan terlalu letih.Benar2 rasa tak selesa..entah kenapa.Siang tadi aktiviti berkebun ku mulakan lagi selepas hujan turun selama 3 hari..tanah menjadi gembur dan aktiviti merumput mudah dilakukan.

Malangnya bunga mata hari jenis baka giant, sedang elok mekar tetiba dilanda hujan lebat maka kelopaknya tak dapat mekar dengan sempurna, ia kelihatan kecut dan tak bermaya.
Jom tengok gambar.

ini bunga matahari jenis giant, tak sebesar mana bunganya bila dibanding dengan bunga matahari jenis 'mix colour'

                                                     baka giant, pokoknya rendah dan jarak daunnya renggang, bila dibanding dengan baka op dan mix colour.

                                         Ini kuntuman bunga mix colour yg tumbuh tinggi dan sangat besar hari tu.Saya tak pasti dah boleh petik ke atau belum utk dibuat benih.

                                         
                                  Bunga matahari mix colour yg indah  kini menjadi tua dan layu..kitaran hidup setiap yang bernyawa.
                                         
                             Ini bunga matahari dari baka op. harap2 dia akan mekar dimusim hari raya nanti.   
                                  
                                                
                                    bunga matahari baka op, daunnya rapat rapat dan sepohon bunga menghasilkan 2 atau tiga kuntum bunga, cuma bunga tak seragam besarnya..namun tetap cantik.
Ini bunga ros yg sentiasa berbunga,namun cuaca panas membuatkan kuntum bunganya seperti terbakar.
Lavender ini juga tak putus2 berbunga wangi dan cantik.

                                    Cantik bunga2 ros ini

 Ros warna pink besar dan cukup wangi.Aku suka.
                                             banyak kuntum baru nak mekar selepas disirami hujan
                                              Ini ros tanah tinggi,cantik bunga ros ini.
                                           Ini ros dari kota batu, kiriman  'yuni'
                                 Ini ros dari sungai buluh, selangor.hidup subur meski dicabar cuaca panas terik.
 cantikkan kombinasi merah dan biru lavendar.
Ok lah dah jam 2..terasa ngantuk pula.Assalammualaikum.

21 comments:

wani sc said...

suburnya lavender! tanam dari bwnih atau beli anak pokok kak? best la taman berwarna warni dan harum je dengan bunga-bunga yang segar.

mat jon said...

alahai teringinnya nak tanam lavender, mesti harum semerbak je kan. mana dapat benih lavender, teringin nakcari tapi tak jumpa kat tempat saya, nak ke cameron highland pulak tak tercapai hajat lagi..

shafirul suffian said...

gambar yang last tu nampak mcm english garden... cantik

Puteri Purnama said...

assalammualaikum wani sc,

lavender tu, tanam dari keratan batang..mudah hidup, rasanya jenis yg saya tanam ni tak ada benih.Saya oder dari rakan blog SUPPLIER BIBIT MAWAR, saudari yuni.Berkunjung ke blog ini memberikan banyak informasi mengenai cara2 bertanam mawar dan jenis tanah dan penjagaannya.

Saya belajar banyak dari dia, sehingga saya memesan terus bunga2 mawar dari beliau.Alamat blog itu ada terpapar dalam list blog ini.

Puteri Purnama said...

hehehe mat jon, jomlah tanam lavender. kalau dekat saya dah cantas ranting2 tu, pas kat awak..mudah hidup pokok ni, lepas hujan teduh bunganya keluarkan bau harum, macam sabun lavendar.nice..

Puteri Purnama said...

shafirul suffian, assalammualaikum.
cantikkan, mawar dan lavender bunga wangi mencuit hati.terimakasih.

Yunims said...

Gardennya sangat indah!!!saya suka bunga dan banyak mengambil inspirasi dari sana.

Adry@Daun said...

As salam,
Rajinnya menanam bunga. Hobi dan minat yg sama dgn saya. Cantik bunga matahari tu. Lavender mmg cantik bunganya tp pokoknya agak kurang menarik bila tumbuh dgn banyak krn di tmpt asalnya ia merupakan tumbuhan liar.

Puteri Purnama said...

terimakasih yunimas sudi bertandang, dan komennya.

Puteri Purnama said...

Adry@Daun,
Wassalam.
Iya ke, hehehe..yg liar lagi menarik kan.Terimakasih sudi berkongsi informasi dan minat.

ummuaidan said...

salam dari fiji..
cantek bunga2 akak tu tuh nampaknya ...jom kongsi gambar bunga matahari...jugak2 blog orng jauh nie

Sufi Luqman said...

Akak..lavender tu..lama dah cari..ngan pokok ros lagi..Ya Allah..indahnya ciptaanMU..

Puteri Purnama said...

wassalam ummuaida..jauhnya kamu.Terimakasih sudi melawat kebun bunga saya, hehehe tak besar mana pun tapi cukup utk.senangkan hati dan rehatkan minda.

Puteri Purnama said...

Sufi,
hehehe masih masalah nak dapatkan mawar ya, mawar ni memang susah nak hidup..lavendar tu senang, tanam guna keratan ranting.Jangan putus asa kalau ada peluang mesti sufi akan ada pokok mawar dihalaman rumah.

wanithevan said...

Cantik bunga2 kat taman nie...geram btul tgk bunga ros yang cantik dan lebat tu...:)

Sufi Luqman said...

kak..kak tempah ngan kak yuni tu macamana?saya tak tahu la..cara bayarannya macamana?kak ada FB x?senang sikit nak contact ngan kak..

Sufi Luqman said...

kak..kak tempah ngan kak yuni tu macamana?saya tak tahu la..cara bayarannya macamana?kak ada FB x?senang sikit nak contact ngan kak..

Puteri Purnama said...

wanithevan. terimakasih sudi melawat,
Ros tu yg biasa2 je, tapi cukuplah utk dipuja saat sunyi2. hehehe..

Puteri Purnama said...

Sufi Luqman, salam..selamat berpuasa.

maaflah lambat respon.
mengenai facebook, saya tak buat. maka tak dapat add sufi.

Kisah lavender dan bunga ros dari yuni dikota batu,kisahnya panjang dan menarik, saya sedang menulis cerita mengenai perjalanan puteri bunga mawar 5 bersaudara dan sahabat baik mereka si unggu Lavendar..berasal dari Indonesia.

Nanti saya buat n3 mengenainya, hehehe best kan.Mawar tu saya minta yuni kirimkan dalam bungkusan, 'pos kilat'@ pos laju,hehehe, siap dia masukkan jambangan bunga2 ros yg indah dari kebunnya.akak bankinkan rm300.siap tukar mata wang guna perkhidmatan wersten union.

Ada masa lawatlah blog dia ada dalam list blog ini..banyak dia kongsikan tentang tanah sesuai utk tanaman ros dan penjagaan.

Dia memang mengusahakan kebun ros utk pasaran.

suka suka said...

suka lavendar tu..tak sangka hidup subur...tambah lagi wishlist akak ni..sumur hidup tak pernah tanam ros..suka bunganya...one fine day...

Puteri Purnama said...

puan cuba lah beli ros yg.dalam pasu plastik, ringan dan senang jaga..nusry s.buloh banyak ros disemai dalam pasu2 plastik sedang2 besarnya harga rm10 kebawah.Ros bunga yg.sangat rapat dengan jiwa tuannya.kalau kita sedih dan sunyi dia akan hidup dan berbunga, kalau kita gembira dia terus berbunga, kalau kita terlebih gembira dan mula terlupa akan keakraban kita dgn.nya, dia pandai sedih dan dia berlalu..'mawar @Ros' bunga simbol kasih sayang dan penghargaan.Jom tanam.