Tuesday, July 24, 2012

menu berbuka puasa hari ke 4

Sejak jam 11 pagi tadi sentiasa berfikir, lauk apa nak masak petang ni.Akhirnya terfikir nak masak lemak labu manis bersama udang galah.Apa lagi cepat benar proses membuatnya sebab bahan dah sedia ada.
Jom tengok gambar.

Labu manis ni, saya tanam sendiri tau..benih bekalan dari 'blog Tanam Sendiri'.Saya belah labu ni utk gulai lemak bersama udang gala.
Labu ni besar.


Bila ditimbang..penimbang tu tak padan dgn berat labu..
Bertnya dalam...


panjang garis pusat dalam 8"


Bila belah dua ini hasilnya..tebal dan cukup matang.


biji benih sedia utk dikongsikan, dan yg lain nak simpan..nak tanam semula.


untuk dimasak suku aje digunakan, bila timbang 500 g juga banyaknya.




Sayur labu manis udang galah dah siap.Cukup garam dan perasa tak tahu.Tak rasa sebab puasa.Tapi kalau tengok rupa, dah cukup rasa ni.Entah2 terlebih garam..hehehe..tunggu rasanya nanti jam 6.45 petang ada 2 jam setengah lagi..Menu lain nak goreng ikan sambal pedas, sayur kubis tumis udang kering.Air tak pasti lagi ingat nak buat sirap biru..tengok lah kalau rajin.Takut sakit perut pula.



Di rumah ni..penghuni cuma 5 orang, semua jenis tak kuat makan.Dan tak suka makan berjenis2 lauk.
Kalau daging, daging lah, kalau ikan atau jenis dari  laut, laut lah.Tak boleh campur2.Miming di IPDA siap peringatkan hadis nabi tu.


ok lah nak sambung masak lagi.Assalammualaikum.'selamat berbuka puasa' utk.nanti jam berbuka.

9 comments:

mat jon said...

antara menu feveret ni, gulai labu..wah sihat labu tu, rasa cam nak singgah buka posa kat situ je ;) eheh

wani sc said...

saya pun sama bab memasak ni biasanya satu lauk utama - daging, ayam atau seafood, satu jenis sayur, satu sambal. kadang-kadang ada la ikan masin ke, ulam-ulam ke, atau telur dadar. tak biasa makan lauk banyak-banyak sekaligus

Puteri Purnama said...

hehehe mat jon, sudi jemput lah..tapi mana mungkin, seribu batu jauhnye..


salam wani, anak2 masa kecil kita ajar juga makan macam2 jenis lauk sekali hidang, tapi bila mereka dah besar tak mau lagi dipaksa2 makan, kalau paksa banyak huja dikeluarkan..saya pula ganti dengar kutbah mereka..hahaha makna nya pendidikan tu dah berkesan, mereka faham.

ummuaidan said...

wah..labu kak...teringat pengat labu...sedapla...bulan2 posa makan ngan pulut...
baguskan makan sikit2 lauk..kita pun ms amek..selalu over estimate..last2 masuk separuh dlm pinggan 'abe'

ummuaidan said...
This comment has been removed by the author.
suka suka said...

suka juga labu ni...tapi angin kuat..dah berumur kuat jadi migrain..lepat labu...dah lama tak makan...

Dede Thea said...

Emmh nampak lezaaat rupanye,tergiur aku dibuatnye

Puteri Purnama said...

salam k.mar, iyalah labu ni, sedap sekali sekala je, kalau hari2 cepat jelak.Tapi benih labu jenis tuan Is, edarkan ni,jenis rasanya first class punya..hehehe.Terimakasih sudi melawat.

Puteri Purnama said...

alamak prof.masakan singgahlah.
Hai DD.udang tu kali yg bikin DD terngiur..hehehe.
Terimakasih sudi melawat.
Ohh tomato hijau yg ku tanam sedang bersiap utk di buat 'sambal Hijau arjuna' yg DD kongsikan..