Sunday, July 15, 2012

' Mengirik' benih sawi

15 julai hari ahad.
selepas sediakan sarapan pagi, dapatlah bersarapan bersama2 Ir..' ir junior', Fikri, Habib dan zak.
Aku sediakan mee goreng basah, keropok, sambal bilis baki sambal nasi lemak kemarin, biskut kacang ,teh o panas dan minuman sejuk utk anak2 bujang tu..orang bujang nak minuman sejuk berkarbonet.

Lepas sarapan seperti biasa periksa bunga bunga dan tapak semaian yg disiapkan kemarin.Niat utk tapak semaian sawi.Lepas tu hari ini aku potong ranting sawi yg sudah tua dan lama terbiar disimba panas mata hari dan hujan yg sangat deras. selepas ada tapak semaian baru terfikir mengenai pokok2 sawi yg dah lama menghasilkan beni tetapi lama terbiar.

Aku hampir menghubungi blog tanam sendiri'Tuan Iskandar' utk.bertanya cara utk mengeluarkan benih2 sawi yg halus terlekat di ranting2 pokok tu..tapi lepas fikir2, aku cuba cara memperoses benih padi zaman dulu  iaitu potong ranting2 tu simpan dalam kain dan pijak2 dalam istilah 'mengirik'.
Tujuannya utk memisahkan benih dari tangkai sekali gus mengupas dari kelongsong benih.

Ah seronok pula aktiviti mengirik benih ni.Jom tengok gambar.
Lambat tuai benih sawi ni banyak buah nya dah luruh.

Lepas di irik  masukkan dalam penapis ni dan ayak, biji beni bertaburan terpelanting dalam bekas yg disediakan.

Hasil ayakan tadah dalam niru dan tapi.Aku tak pandai menampi.Aku tiup2 saja sikit2 dan hasilnya...

Beginilah hasilnya.

Banyak juga hasilnya..hampir dua genggam orang dewasa.
Tapi belum pasti benih ini bermutu dan bernas atau tidak nantilah aku semai.


Ini tapak semaian disiapkan kemarin 14 julai hari sabtu.Ir dan Aida tolong aku.
Tapak ini akan dibiarkan..telah sedia dibaja dan di tabur racun siput dan semut. cuma perlu diselia sementara menunggu semaian benih tumbuh.


 Tanah hitam untuk tanaman berikutnya, dalam bekas semaian telah ditabur benih sawi bunga 008 dan sawi 402 Dwarf green bak choi.
                                     ini bunga baka besar
 Labu air, dah ku buatkan tali untuk sulur pautnya memanjat pagar belakang rumah.

                                            Labu manis bersama kundur dah dipetik utk.stok bulan puasa.Banyak benih yg terkumpul.Siapa nak, tinggalkan alamat kat ruang komen..percuma tentunya.Gambar
tak cantik..saat ni mata hari tepat atas kepala.



'Ir Junior' sejak kelmarin sibuk dengan injen kereta,Hemm jadi bengkel kereta depan rumah ni...nasib baik belum renobet.

Ok lah mungkin hari jumaat atau hari sabtu ni kita akan memulakan ibadat puasa untuk ramadan tahun ini..ok semoga panjang umur dan selamat menjalani ibadat puasa.Assalammualaikum.Ceria hendaknya selalu.

8 comments:

Nudabuffy said...

Saya nak benih labu, pleaseeeeeee.

Nurul Hidayah Mohd Yunos,
1208 Jln Pulai Jaya 37,
Bandar Pulai Jaya,
81110 Kangkar Pulai.

TQ in advance.:))

shafirul suffian said...

Cantik labu tu... Dan tentunya sedap dibuat pengat labu...malangnya saya tiada kawasan yang cukup intuk pokok labu...

Umm AA said...

Salam...

Macam tuh ker cara nak dptkan benih/ sy ada jgk simpan benih saya kat pokok yg masih dalam kelopok, hijau lagi..dah dua bulan masih belum kering lagi...kat fiji nih memang susah nak dpt benih sawi..diorang tak makan sawi sgt...

Puteri Purnama said...

Puan Nuda, nanti kalau saya dah proses labu manis tu saya poskan benih nya ye, tapi tak jamin benihnya bernas atau tidak, sebab saya tak proses utk.penyediaan benih..hehehe..tapi benih asal beli dari blog tuan Iskandar.

Puteri Purnama said...

shafirul suffian, labu perlu kawasan yg luas, tak apalah..kita tanam yg mudah2 je lah.

Puteri Purnama said...

Assalammualaikum Ummuaida.
salam perkenalan.Jauhnya adinda berada.wah terharulah, jauh2 sanggup datang melawat kebun saya hehehe..apa pun saya seronok dapat melihat bandar Fiji, sayur-sayuran dan buminya yg sangat subur.Tahniah puan, mesti seronok kat sana yah..saya dah lawat semua gambar2 yg puan kongsikan geram tengok sayur yg begitu menjadi.

Kalau puan nak benih2 sayur atau bunga, boleh oder dari blog'tanam sendiri'..benih yg dibekalkan semua bermutu dan bernas.

nek minah said...

boleh pule labu berbuah ye. Nek minah punye berbunge je kejenye. Makan pucuk dan bunga labu lah nampaknye

Anonymous said...

nak benih labu dan kundur
aidila,
36, jalan gelama,
taman suria,
81100 johor bahru.
tq kak .