Monday, May 28, 2012

Benih yang sama dari sumber yg.berbeza


Isnin cuti sekolah, minggu pertama.
awal pagi seawal jam 6.aku bersihkan tepi pagar tempat deretan pokok2 mawar merah jambu yg.dipanjat rerumput hijau yg.hidup menjalar dan meliar.

Setiap kali membersihkan pokok mawar, mesti ada darah yg akan mengalir dari jari atau lengan tangan ku yg.tercalar oleh duri mawar yg tajam runcing dan sangat menyakitkan.Tapi aku  sudah terbiasa merelakan duri2 mawar itu melukakan jari ku, harapanku cuma satu, mawar@ros ini tetap hidup dan sudi membekalkan bunga dan mewangikan hari2 mendatang dalam hidup ku.

Usai membersihkan pokok2 mawar, aku rehat menikmati tanaman sayur yg lain.Ahh..seronok rasanya melihat kacang panjang berbuah lebat.Terpaksa aku petik buah2 yg dah matang, kalau dibiar akan tua jadinya, utk buat benih, benih stok masih banyak..terpaksalah aku petik dan sedekahkan kepada jiran.

Jom layan gambar.

Banyak buah kacang panjang ni,  Dah dua kali aku tuai. ini tuaian kali ke3.Alhamdulillah.




                                       Ini benih labu putih atau labu air, beli dari seorang gadis di pasar tani, cantik gadis tu..tertarik hatiku, utk.bertanya namanya, dengan tersenyum dia perkenalkan namanya 'Fauzi'..ahh..nama lelaki?..tak apalah yg bestnya dia jualkan kat aku benih labu air tu rm1, betik sekaki rm3.00..mahalkan..tapi lepas cerita2 tentang blog aku dan bekalan benih dari 'blog tanam sendiri', aku cerita mengenai betik sekaki aku yg.dah berbuah, dia pun bagi je..benih betik tu pd.harga rm1.
Hehehe Terimakasih adik.pagi ni nak semai labu manis  dan betik sekaki yg.ini.
 Ini benih labu manis kiriman yg.tersayang..buah hati.Pagi ini labu  dah ada buah tapi gambar tak jelas, aku kongsi jugalah hasil tu
 Ini sawi keriting, terpaksa petik sebab tingginya dah sampai  sejengkal..daunnya merayap atas tanah.sedap juga sawi ni dan sangat comel.oh nama sawi ni menurut tuan pembekal dari blog tanam sendiri namanya

                                 "sawi Fair Lady (Extra dwarf) Nai You Pak Choy, baka 330"

                               Ini tanah lumpur yg dikumpul utk.tanam teratai..entah bila nak mula, masuk lumpur dalam tempayan utk.teratai merah  dan putih yg.masih terbiar dalam kolam hias.
 Bunga matahari baka  warna bercampur..tinggi pokoknya tapi belum ada tanda2 keluar bunga.

Ok lah, sekadar cerita dan kongsi gambar sebagai kenangan.Harap2 semua rancanga berjalan seperti yg.dijadualkan.Alhamdulillah.
Assalammualaikum.Sayang kamu.


Friday, May 25, 2012

Lobak Putih semaking layu


cuaca sangat panas, lobak puti isinya semangkin membesar, daun nya semakin layu.
Tak tahu apa nak buat, nak cabut semua tak akan habis dimakan.biar begitu saja takut rosak isi didalam.
Tanam sikit takut tak cukup..macam2 hal kehendak manusia.aku lah diantaranya.

Hari ini hari terakhir sekolah..miming dah sampai rumah.Alhamdulillah seronok dengar dia berceloteh..tak lah aku sunyi sangat..ada kawan berborak ..
Tengoklah lobak putih ni.

Gambar ni di ambik 4 hari yg.lalu..hari ini lobak tu tambah besar dan daunnya mula layu walaupun tiap petang aku siram.

Jom layan gambar.

Pokok bunga matahari  warna bercampur hidup subur.Tanda 2 bunga nak keluar tak ada lagi.

Tembikai baki buah hari itu, masih ada, belum matang lagi.

Sawi tak habis makan, sampai berbunga.


Ini semaian bunga matahari baka besar..harap2 dapat tengok bunganya masa hari raya nanti untuk menceriakan suasa lebaran.20 pokok aku semai,,hanya tumbuh 16 pokok, 4 pokok lagi mungkin diganggu anak siput atau semut...tak apa sedekah.


Ini betik sekaki harap2 bulan puasa nanti dapat dituai hasilnya utk hidangan buka puasa sekeluarga.
Bunga ini masih bergilir2 berbunga..sentiasa memenuhi sekeliling rumah.ada lima warna bunga ni.


hasil tuaian hari ni, ada pucuk labu manis, sawi bujang dan sawi Dwarf 330..entah itulah nama sawi keriting tu.

Thursday, May 24, 2012

kumquart tinggal mimpi

Hari ini khamis, cuaca panas terik.Hari ini sah lah limau kumquart aku mati dan tak dapat cari ganti.
Cuma masih menyimpan harapan. agar benih ini akan diedarkan dipasaran oleh sahabat blog tanam sendiri.
Tuan Is..kumquart itu telah mati.Benih yg.dikirim dulu juga hilang dalam perjalanan..musim akan datang, dimusim hujan..harap2 boleh terserempak dgn pokok ni atau dapat benihnya, dan aku dapat menanamnya sendiri  dan menyaksikan cantik dan ranumnya kumquart ini.

Limau ini cantik dan berkhasiat.Aku nak tanam sendiri.
Lawakan.




Gambar kumquart ni aku ambik dari image yahoo.com.Harap tuan punya gambar ni tak tuduh aku mencuri hasil gambarnya.
Assalammualaikum..selamat bercuti utk.calon2 guru azie, tini.shima..ada waktu cuti ni jemput ke rumah..makan nasi putih lauk ikan masin tumis lada wangi+bawang besar+terung.
Jom petik sayur sendiri tanam.

Wednesday, May 23, 2012

Lupa nama sawi jenis ni.

Doktor bagi aku cuti rehat dua hari.Kebetulan sekarang ni murid tengah peperiksaan penggal pertama.Tak lah sibuk sangat, cuma lepas peperiksaan baru sibuk periksa kertas soalan.Aku demam, mungkin batuk aku yg.tak sembuh2  ni.Mungkin kesan makan kek manis sangat..entah macam2lah.Aku jenis yg jarang sakit.Bila sakit akan jadi teruk dan lama.

Aku sembuh bila lihat tanaman sayur dan bunga2 aku.Ini aktiviti sambilan , bila waktu petang atau hari sabtu ahad andai tiada, kerja di sekolah.

Sawi ni, aku tak ingat nama nya. dapat dari Tuan Iskandar blog tanam sendiri.
Aku tak tahu, daun sawi ni nampak keriting..bantut dan rendah sangat.
Soalannya ada kah dia memang jenis begini atau memang bantut pokok ni..dah boleh tuai ke belum, atau dah terlepas musim menuainya.Tunggu2 tak juga meninggi..tapi daunnya melebar hampir merayap ditanah..dan bercampur tanah semaian..Bila diamati nampak cantik pula.

Ni lah sawi yg aku maksud kan.Jom layan gambar.







Ini kacang panjang jenis tidak memanjat.Tanam begitu  saja..kalau arwah ibu  nampak cara aku menyemai ni mesti dia kata aku tak ada akal, semai rapat2..hehehe..aku seronok masa semai benih tu terus letak kat tanah..masa benih tak nampak rapat..bila dah tumbuh..berlapis2 pokok tu.Tapi tak kisahlah, yang penting berbuah dan dapat hasilnya.


Tengah berbuah kacang ni.harap2 musim cuti ni boleh makan hasil nya.
Ok lah sampai jumpa lagi.Assalammualaikum.

Saturday, May 19, 2012

Panasnya cuaca 19 mei ini

Hari ini sempat menghadiri majlis persandingan anak cikgu Zamzain @ bapa awang.
Persandingan anak kedua cikgu ini berlangsung di dewan Masyarakat Majlis Daerah Kota Belud.
Ramai tetamu hadir. Selain keluarga, semua sahabat guru dan kaki tangan pejabat turut dijemput.

Pengantin perempuan ini rakan sepermainan anak2 aku sewaktu  mereka kecil dari usia tadika hingga tamat darjah 6.Mereka bermain bersama2, pergi kelas mengaji sama2 dan hari sabtu ahad bermain sama2..main basikal.Bila mereka siap main, mesti Ayu bawa kawan2 ni naik rumah, seperti biasa aku dah siapkan meehon goreng dan air sirap utk menjamu tetamu2 kecil itu.

Ahh itu cerita 15 tahun yg.lalu..kini ramai rakan sepermainan anak2 aku, mula melangkah ke alam rumah tangga.Alhamdulillah.Tahniah kepada keluarga cikgu Zamzain kerana berjaya menyediakan majlis yg.besar ini.

Cuaca terlalu panas..balik dari majlis, sempatlah aku beramu bunga2..dan mandi berendam dalam tab mandi aku ini..relex..ahh..nyaman sekali..Alhamdulillah.


Antara gambar yg sempat di abadikan.
Ibubapa dan adik pengantin perempuan..nining..cantik kan.

Pelamin dan meja vip dihias indah.Kami tak sempat tunggu mempelai bersanding, nak balik cepat cuaca  panas sangat.

Para tetamu mula memenuhi dewan..ramai.

lepas makan nasi dan lauk pauk, makan kuih dan kek lagi..irne aida, irna suhaila dan irliani, santainya.

Balik dari majlis, badan terasa sangat panas..

Aku berendam dalam tab ni..segar sungguh dan wangi lagi.Alhamdulillah, mawar2 ku masih sudi membekalkan bunga untuk keperluanku.


sampai disini.Assalammualaikum.Rashid ke Manipal, selamat bercuti dan ceria selalu.Miming balik minggu depan ..semoga sawi2 tu sempat tunggu kau balik ming..



Thursday, May 17, 2012

Ucapan dan hadiah dalam lingkaran 16 Mei


Negara pernah huruhara dalama bulan mei iaitu 'peristiwa 13 mei'..para pemimpin negara berjuang keras dengan semangat kental utk.memulihkan keamanan negara.Dengan izin Allah keadaan dapat dikawal.  Namun saat itu semua keluarga khususnya 'orang melayu' sangat bimbang dan tidak tenteram...sentiasa beringat dan sangat berwaspada.

Untuk memujuk hati yg.gelisah, pemimpin mengistiharkan bulan Mei sebagai bulan yg.penuh keharmonian bagi menutup imej buruk yg.berlaku dibulan Mei iaitu peristiwa 13 Mei.

Maka dengan itu dalam bulan Mei terkumpul lah macam2 hari yg.berharga contoh 'hari ibu' 'hari jururawat' 'hari guru'..menjadikan bulan mei, bulan yg istemewa.
Bagi diri ku bulan mei, tentunya biasa2 saja..tapi ia menjadi istemewa apa bila, anak2 telah dewasa, dan rajin pula merayakannya, dan memberi hadiah..anak murid, sangat seronok dapat bagi cikgu hadiah, mungkin ada diantaranya akan menyusahkan ibubapa.

Kebetulan aku seorang guru, maka dapatlah hadiah sempena hari guru.Kebetulan aku lahir 16 mei, maka aku pun dapatlah hadiah hari jadi.Hahaha..hari ibu lagi..wahh..

Jom layan gambar hadiah.

Hari ibu, dapat hadiah kek.Sedap kek ini.




Kek ini hadiah sekolah sempena hari lahir...GB yg.tempahkan

   Kek coklet ini hadiah ibu bapa seorang murid kelas aku..'Princess'
   Makan ramai2 dgn semua guru2..juga sempena hari ibu.


Ini kek untuk semua guru-guru disediakan oleh sekolah.

Sedap kek ini, disedekahkan oleh ustaz Hamdan, dia bawa sendiri dari rumah.


Hadiah peribadi..







hadiah 16 May.

16 may, menjadi hari yg tersibuk di sekolah.
500 anak murid berkumpul dan terpaksa melayan gelagat mereka dari umur 7 tahun sampai 12 tahun...sangat meletihkan..berbagai hadiah mereka hulurkan, saya dah awal2 pesan jangan bagi apa2 hadiah..kalau nak juga bagi..bagi je pen merah atau whiteboard maker, pemberian sebegini boleh digunakan utk.periksa buku murid dan menulis nota bagi tujuan pembelajaran dan murah.

Selama ini di hati aku ada benda aku nak sangat2 tapi tak tahu bila dan bagaimana nak dapat Hanya mampu mengharap akan terjumpa dan nanti aku beli.bila terserempak dengan benda2 yg.aku mimpikan itu.
Namun kehadiran 16 may 2012, benda yg aku impikan tu..secara tidak langsung menjadi kenyataan.

Benda yg aku impikan itu ialah: benda ini
pokok bunga teratai merah dan teratai putih.
Suami anak saudara aku 'masdi' dapatkannya utk ku dan hantarkan ke rumah pd. pagi 16 may.
wahh..akan ku tanam pokok ini, semoga ia menjadi subur dan hidup sampai bila2..kena buat kolam teratai ni..aktiviti cuti sekolah..sementara itu , teratai ini kena simpan dlm.kolam hias ikan kap.

Harapan kedua nak tanam bunga biru kecil2 kuntumnya, pernah tengok bunga ni, di rumah seorang cikgu masa aku sekolah rendah..35 tahun yg.lalu..aku tak pernah tahu nama bunga itu, tapi lukisan dan warna rupanya tak pernah padam dari ingatanku.
Namun...
semalam 16 may, melawat 'blog tanam sendiri', bunga ini di pamer kan siap dengan nama, gambar dan jualan benih sekali. Aduh alangkah seronok hati ku, semuanya terjadi di16 may, kemarin.Nama bunga ini:
Chinese Forget Me Not  




                                   Ini  pokok teratai merah.

                                       Ini pokok teratai putih





kalau berbunga teratai ini nanti, mungkin bunganya macam gambar inilah kan.Gambar teratai diambil dari image google.Boleh ku kata, bunga2 ini menjadi  kenangan hari guru dan hari jadiku sempena 16 may yg.tenang.Alhamdulillah.




Tuesday, May 15, 2012

ada satu nama terlintas di benak ini saat hadirnya 15 Mei.

15 mei ini hadir
terimbau nostalgia
ada satu nama tentunya istemewa.

Dia lah insan itu
Tegasnya bagai seorang ayah
Bengisnya bagai seorang abang
Mesranya bagai seorang guru
Kasih sayangnya bagaikan seorang 'ibu'

ya tentunya dia
Dia yang pernah berkongsi
suka duka di alam remaja
Tegas nya kerana beringat
Bengis nya kerana bimbang
Marah nya kerana'sayang'

Nama ini milik dia
seorang abang
seorang suami
seorang ayah

Hari ini 15 Mei
'Abang Lim'
'selamat menyambut hari lahir yang ke 53'
Dengan doa kepada Allah
Hidup abang diberkati Allah
didunia dan diakhirat.
..aminn..
..........Abang maaf kan adik banyak2 kerana selalu bercanggah pendapat dan membuat abang kecil hati..ampun maaf, terimakasih atas sokongan dan semuanya yg.pernah dihulurkan..always in my heart.
                                        
                                               saat abang Madrim merenjis tepung tawar  dimalam berinai anakanda siti,
                                                 29.Nov.2009.Terhimpun menjadi koleksi hidup.

Assalammualaikum...dan mesra selalu.


Sunday, May 13, 2012

'Ir junior' dan kek Hari Ibu


Ahad 13 may, hari ibu 2012..

'Ir Junior' tiba2 balik .bersama anakanda Habib dan anakanda Jack.
Riang rasa hati menyambut kepulangan mereka.
Mereka balik sebentar cuma sekadar nak meriahkan hari ibu, untuk ku.

Mereka bawakan kek cantik sekali. Jom layan gambar.
Apa pun terimakasih utk.anak2 yg.bernama anak2ku.Doa ibu disisimu selalu.

Ini lah kek itu..kotaknya cantik kan.




Ini pula kad hasil karya Irna Suhaila,..gadis bungsu yg.rajin-rajin malas.Cantik sekali dan aku tahu ini hasrat hatinya yg tersurat melalui ucapan sekuntum mawar merah pujaan mama.





Walau dalam keadaan tergesa2 sempatlah aku masak untuk anak2ku ini.Masakan hari ibu.
Kari ayam, ikan putih masak masam manis, hati ayam goreng, sawi tanam sendiri + udang sotong,




meihon hailam campur.


Anakanda Jack dan Habib.Habib ni anak kawan aku masa sekolah di melaka suatu ketika dulu.Tak sangka anaknya jadi kawan baik anak aku..juga.Alhamdulillah mereka ni bakal cikgu.

Seperti biasa kalau Rashid tiada, Irfan akan mengetuai keluarga baca doa.Alhamdulillah.

 Aku petik tembikai madu ini.Tembikai madu tanam sendiri.Tak sangka sempat pula jadi hidangan untuk hari ibu.Alhamdulillah.





Manis sungguh isi tembikai ini dan sangat segar.

Mawar ini bibit dari Kota Batu, Malang Indonesia.Jauh kan.Tak sangka ia hidup dan mekar di hari ibu.Aku sayang bunga ini lambang persahabatan aku dan Yuni.







Mawar putih yg.cantik dan berseri.



Mawar merah selama nya indah.



Salam sayang untuk semua.Kepada rakan2 blog 'selamat hari ibu, semoga bahagia selalu'