Monday, May 28, 2012

Benih yang sama dari sumber yg.berbeza


Isnin cuti sekolah, minggu pertama.
awal pagi seawal jam 6.aku bersihkan tepi pagar tempat deretan pokok2 mawar merah jambu yg.dipanjat rerumput hijau yg.hidup menjalar dan meliar.

Setiap kali membersihkan pokok mawar, mesti ada darah yg akan mengalir dari jari atau lengan tangan ku yg.tercalar oleh duri mawar yg tajam runcing dan sangat menyakitkan.Tapi aku  sudah terbiasa merelakan duri2 mawar itu melukakan jari ku, harapanku cuma satu, mawar@ros ini tetap hidup dan sudi membekalkan bunga dan mewangikan hari2 mendatang dalam hidup ku.

Usai membersihkan pokok2 mawar, aku rehat menikmati tanaman sayur yg lain.Ahh..seronok rasanya melihat kacang panjang berbuah lebat.Terpaksa aku petik buah2 yg dah matang, kalau dibiar akan tua jadinya, utk buat benih, benih stok masih banyak..terpaksalah aku petik dan sedekahkan kepada jiran.

Jom layan gambar.

Banyak buah kacang panjang ni,  Dah dua kali aku tuai. ini tuaian kali ke3.Alhamdulillah.




                                       Ini benih labu putih atau labu air, beli dari seorang gadis di pasar tani, cantik gadis tu..tertarik hatiku, utk.bertanya namanya, dengan tersenyum dia perkenalkan namanya 'Fauzi'..ahh..nama lelaki?..tak apalah yg bestnya dia jualkan kat aku benih labu air tu rm1, betik sekaki rm3.00..mahalkan..tapi lepas cerita2 tentang blog aku dan bekalan benih dari 'blog tanam sendiri', aku cerita mengenai betik sekaki aku yg.dah berbuah, dia pun bagi je..benih betik tu pd.harga rm1.
Hehehe Terimakasih adik.pagi ni nak semai labu manis  dan betik sekaki yg.ini.
 Ini benih labu manis kiriman yg.tersayang..buah hati.Pagi ini labu  dah ada buah tapi gambar tak jelas, aku kongsi jugalah hasil tu
 Ini sawi keriting, terpaksa petik sebab tingginya dah sampai  sejengkal..daunnya merayap atas tanah.sedap juga sawi ni dan sangat comel.oh nama sawi ni menurut tuan pembekal dari blog tanam sendiri namanya

                                 "sawi Fair Lady (Extra dwarf) Nai You Pak Choy, baka 330"

                               Ini tanah lumpur yg dikumpul utk.tanam teratai..entah bila nak mula, masuk lumpur dalam tempayan utk.teratai merah  dan putih yg.masih terbiar dalam kolam hias.
 Bunga matahari baka  warna bercampur..tinggi pokoknya tapi belum ada tanda2 keluar bunga.

Ok lah, sekadar cerita dan kongsi gambar sebagai kenangan.Harap2 semua rancanga berjalan seperti yg.dijadualkan.Alhamdulillah.
Assalammualaikum.Sayang kamu.


6 comments:

hernyhafiz ^_^ said...

banyak nya sayur.. kacang panjang saya tanam 1 pokok saja tu pun tak putus2 buah.. kutip2 buat ulam dan letak dalam nasi goreng. lobak putih tu tanam terus atas tanah ke?

Puteri Purnama said...

iya, gembur tanah lepas tu buat lubang dgn mata pensel, agak2 jaraknya, letak satu lobang satu butir benih, selang beberapa waktu...eahh..tumbuhan baru mula hidup dan menemani hati yg.sepi..hehehe ok kan.

Anonymous said...

byk jg kacang panjang tu. harap2 buah labu tu cepat besar.

-ayu-

Puteri Purnama said...

hari ini30 may, buah labu dah sebesar bola tenis..
ok nanti beri tengo gambar bila dah boleh di petik.

mat jon said...

banyaknye kacang panjang tu, subur ye tanah kat situ. saya pun baru tuai kacang panjang tapi tak banyak walaupun pokok banyak. ni dah macam pro gardener je ;)

Puteri Purnama said...

tak pro lagi, sentiasa selongkar nota lama tuan 'Is' cari kaedah menanam yg.betul..dan hasilnye..hehehe tak sia2.
terimakasih sudi melawa kebun saya.