Tuesday, June 5, 2012

projek merumput dah siap.

5 jun, selasa ini.
selama cuti sekolah awal pagi sampai jam 5..kerja saya asyik membersihkan rumput2 yg hidup meliar ditapak tanaman bunga2 sekitar rumah.Alhamdulillah dah siap merumput dan gembur tanah . cuma tinggal sedikit lagi yg.belum selesai.

Jom layan album kenangan..utk jun ini.

 tapak tanaman mawar,dah gembur semula dan nak tanam bunga lain, mungkin bunga'forget me not'


ini tapak tanaman mawar kampung dan bunga dari jenis bebawang

tapak tanaman bunga matahari, pokok dah rimbun tu, pokok cempaka dah pernah berbunga.



 labu kundur wangi utk stok bulan puasa..tak habis makan buah sayur ni.


   
 kawasan ni, nak buat dlm bentuk lingkaran..tapak tanaman utk.bunga mata hari baka bunga besar..hiasan utk.hari raya.insyallah.


inilah buah2 labu manis yg belum didebungakan, bunga jantan tak nak kembang..buah ini sehari dua lagi akan gugur dan kembali menjadi tanah.Hampa melihat hasil ini. banyak.


ini juga menunggu masa.



Ini juga belum didebungakan, ini benih kiriman 'Restu'..ini pun bakal berlalu kalau bunga jantan merajuk tak nak kembang.



Ini tapak tanaman bunga matahari baka warna bercampur, harap2 kembang dimusim hari lebaran nanti.

Setakat ini baru ada 4 biji yg.berjaya didebungakan, dan napak menjadi.


Ok. sampai saat ini, salam ceria dan senyumku untuk mu.


5 comments:

baguznet said...

bestnya ada kawasan luas nak bertani

Aida Awie said...

Seronoknya... Minggu2 kebelakangan ni sy pula bz dgn aktiviti keluarga.xsmpat pun menyemai benih baru.

Puteri Purnama said...

salam baguznet.
alhamdulillah, kawasan ni bukannya luas sangat..tepi2 pagar je..ada yg.lapang tu sekitar 2 ke 3 m je luasnya..terimakasih sudi melawat.

Puteri Purnama said...

hehehe AidaAwie,
seronok sangat dapat tengok pokok2 membesar depan mata. terimakasih sudi melawat kebun sya.

hernyhafiz ^_^ said...

Perancangan yang Hebat. Labu manis tu berapa Pokok semuanya ? Labu kundur tu pulak mana dapat benih nya? Makan dengan santan kan? Mentah2. Kalau betul la saya masih teringat rasanya last makan masa zaman sekolah dulu arwah nenek buat , letak air batu... Sedap betul!