Thursday, December 29, 2011

29 Disember 2011.hari khamis yg.tenang.

Saat ini..terasa biasa sahaja, namun ada rasa sepi di hati.
Hari sabtu 24 disember, sahabat Restu sekeluarga datang bercuti di daearhku..kota belud.
Seronok sebab dapat bercuti dan menghabiskan sisa cuti bersama2.

Kemarin mereka balik ke KL penerbangan jam 6.00 petang.Terbiasa bersama dan ramai..saat ini terasa sunyi pula bila mereka dah pulang.Ohh..ada tapak kaki yg.tertinggal disemua sudut ruang yg.kami jejak bersama.
Aku bersama 'ir' kongsikan masa bersama keluarga sahabat anak ku itu..seronok.Kami ke Kundasang dan pekan ranau..bermalam di kundasang.Awal pagi ke perkampungan 'Mesilou' untuk menikmati udara segar di dada kinabalu yg.gagah sambil menikmati pemandangan alam sekitar yg.hijau merimbun.
Ku kongsikan gambar yg.sempat di abadikan bersama utk.sebuah ingatan yg.panjang lagi jauh.


 Ladang ternakan lembu tenusu.

 Cuaca sejuk tak menghalang anak anak mereda hujan menyaksikan persekitaran alam kinabalu yg.masih asli.
 Cantik tempat ni..saat ini hujan semua dibagi payung, kebetulan merah..cantik


Saat penghujung disember 2011 diakhiri dengan suasana ceria dan gembira.Malamnya sampai rumah dan bakar2 udang dan ketam bersama anakanda zaharia sekeluarga.Semoga jumpa lagi.

Monday, December 19, 2011

Saat Hujan Turun.

19 Disember hari isnin yg.tenang.
Sepanjang malam tadi hujan tak henti2 mencurahkan air dari langit.Alhamdulillah.
Setiap kali hujung tahun, hujan mencurah dari langit..ada banjir dimana2.

Kenapa agaknya??..
Dalam senyap dalam diri ku mengikut logika akal fikirku, ini sedikit sebabnya...sebab lain ada beribu2 lagi.Hanya Allah yg.tahu.

Sebab satu, hujan turun mencurah di hujung tahun:-
1.Perarakan menyembah selain dari Allah berlangsung secara terang-terangan dan besar besaran..penyembelihan haiwan haram tentunya tidak terelak secara besar -besaran.  Tentunya saat ini bumi akan di simbahi darah kotor haiwan ini.Apa yg.lebih sesuai membersihkan bumi selepas dikotori oleh semua jenis najis di dunia ini selama peredaran bumi 12 bulan?..Jawapannya hanya air menjadi alat yg boleh membersihkan semua kotoran ini.Bayangkan kalau ada najis kucing di dalam rumah kita, kita akan gunakan air untuk membersihkannya..nah beginilah caranya..bagaimana air menjadi nikmat utk.manusia selain utk.kehidupan tetapi menjadi alat untuk membersihkan segala kotoran."lalu nikmat Tuhan yang manakah yg.kamu dustakan?, Kenapa kamu menyembah syaitan?"

2.Hujan turun mencurah di hujung tahun, saat ini cuti untuk pelajar sekolah dan untuk aku seorang guru.
Bila cuti tiba, apa aku buat?..sebahagiannya adalah berbudi pd.tanah.Hanya beberapa minggu aku menyemai benih-benih sayur daun..menjaga bunga2 mawarku..inilah hasilnya.Terhibur sungguh hatiku melihat usaha dan penat lelah anak2 yg.membantu aku mengemburkan tanah.

Ku abadikan potret kenangan ini.Benih sayur ini ku perolehi dari sahabat blogku dari blog"
Tanam Sendiri ...Grow Your Own."Banyak panduan diberinya, dan ku ikut..hasilnya menyeronokkan di samping indahnya bunga2 mawarku.INIlah gambar itu.


 Titisan air hujan membentuk manik2 bulat dikelopak mawar merah,menghasilkan gubahan alam semula jadi ciptaan yang Maha Perkasa..subahanallah.

                                        gambar atas dan dibawah ini hasil semaian bibit bunga ku, yang hidup subur saat hujan mula mencurah diawal november..terlebih daunnya dari bunga.Mawarku pula kehilangan banyak daun.
                                            Cantikan bunga butang ini..ia bunga yg.tahan lama..bila bertukar warna..menjadi coklat dan putih, boleh ditanam semula..bunga itu berkitar lagi.
                                          Bawah ini pokok bunga mata hari yg.ku tanam bersama2 dgn pokok bunga cempaka..ku harap ia akan berbunga..meski hujan Disember ini sentiasa mencabar pertumbuhan nya.
Salam untuk En.Iskandar yg.sudi mengirimkan aku benih bunga mata hari ini dan benih sayur itu.
Assalammualaikum.




Sunday, December 18, 2011

' Patuh kepada KETUA'...ciri2 azam aku 2012.Insyallah.



Hari ini saat ini dah jam 2.15 pagi..tak tidur sibuk siapkan jadual staf utk 2012.
Dah siap namun mata tak mau pejam. Oleh itu ku ambil kesempatan merayau memeriksa seribu satu cerita kisah bergambar di youtube, akhirnya aku jumpa slot ini.

Ah..Alhamdulillah..rasanya vedio ceramah ini sangat berguna dan mungkin boleh menguat dan memandu aku utk.mencapai azam ku di tahun 2012 ini nanti, insyallah.
Ku kongsikan vedio ini, mari dengar perkongsian ilmu ustaz ini.Tak rugi utk.memahaminya kerana ia benar.

'Patuh kepada ketua'....'Jiran'

Azam aku tak nak menjadi' kaki bantah'..dah penat.Jangan salah sangka ye..aku suka membantah pd.hal2 yg aku rasa banyak yg.tak betul dibuat oleh ketua.Tapi bila aku dengar ceramah di atas ada ilham baru yg.aku dapat dan faham, sangat menari..tak rugi aku dengar berulang kali ceramah ni.
Mari dengar..dengar sampai habis dan sungguh2, baru dapat makrifatnya.
Assalammualaikum.

Saturday, December 10, 2011

10 Disember, hari sabtu dan mawar merah ku yg.indah

Seawal pagi aku memetik kuntum2 mawar ku yg.giat berbunga.Terpaksa ku kurangkan bunga2nya demi menjaga kesuburan pokok yg semakin kurus lantaran daunnya banyak yg.gugur mungkin terlebih air lantaran hujan yg terlalu kerap.

Aku susun mawar2 ini menjadi jambangan bunga menghiasi meja makan ku.Ahh terlalu indah.
Ku kongsikan gambarnya di sini.




n
Pemandangan bulan dimalam ini seawal jam 7.00 malam dari anjung perkarangan rumahku sebelum gerhana yg.dijangka terjadi jam 10 malam sekejap lagi.

Wednesday, December 7, 2011

7 disember 2011.

Seawal pagi jam 6.15 ke pantai Rampayan Laut.
Lama tak mandi air laut.Hari ini pergi awal untuk mandi.Seronok juga tapi terasa ngeri tengok ombak besar dan deru angin yg agak kencang.  Sekejap aje di pantai, lepas makan kami balik rumah.Benar2 rasa tak ada mud.
 ada sedikit gambar pantai.Dah tak berapa cantik kerana di pantai ini terjadi aktiviti mencuri pasir.

Pantai di awal pagi.



Tuesday, December 6, 2011

6 Disember 2011 yang 0.

Saat ini ada celaru dalam benak.Entah..tak terungkap.
Aku dapat email gambar dari sahabat baik ku hajjah 'sarimah' tv 3.
Dia kongsikan aku gambar yg.mampu utk aku jadi kan motivasi emosiku.
Mari aku kongsikan.

 Rumput kalau disiram dan di jaga dengan sungguh2, walau dimana ia bertapak tetap akan tumbuh dengan cantik.Begitulah nasib ku.Aku wajib menjaga emosiku agar selalu subur dan melahirkan tingkahlaku yg,positif..kerana aku seorang insan.


                                              cantikkan.Hajah Sarimah terimakasih.

Friday, November 25, 2011

Terusik hati,bila sepi menghimpit diri..ahh entahlah.




Hari ini YB datang ke sekolah, dan kami kena adakan majlis sempena penyerahan wang rm100, kpd murid sekolah.  Ramai benar ibu bapa hadir, maklumlah wang punya pasal...banyak fakta sejarah diungkit termasuk perjuangan tokoh2 kemedekaan..tetiba aku sedih sebab zaman susah dulu..tak ada wang negara di agihkan..

Ibubapa susah macammana pun mesti sekolahkan anak2, dengan usaha tulang 4 kerat mereka yg.uzur tak cukup vaitamin..Namun dalam kepayahan hidup, 'orang Melayu' hidup dengan maruah yg.bersih dan tak tercemar!! tetapi era sekarang ini, setiap hari ada sahaja bangsa melayu dikaitkan dgn.masalah moral dan masalah fahaman agama yg.melampau..yg akhirnya menyinggung banyak perasaan.Aku sedih.

Rasanya lagu ini menguatkan semangat kecintaanku kepada bangsa Melayu yg.penuh dengan ciri2 hidup yg.berdisiplin, sabar, tenang dan rendah diri maksudnya tidak riak dan sombong..entah kenapa aku memilih lagu ini utk.emosiku saat ini.Jom dengar.
Mengapa Dirindu

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu

Thursday, November 24, 2011

Cempaka itu telah berbunga.

Hari ini khamis, 24 november 2011.
Alhamdulillah sekian lama aku mengimpikan memiliki bunga cempaka itu, akhirnya impianku telah menjadi nyata.Syukur kepada Allah, dengan izinNya bunga cempaka yg.baru benar ku beli dari nusery sg.Bulu pd.8 oktober atas saranan member blog yg.baik hati puan Chempaqa sempena menghadiri majlis konvo 'Restu' puteri sulungku , aku berjaya memiliki bunga ini.Baru benar aku menanamnya, kalau tak silap pd.24 oktober 2011..lewat aku tanam, lantaran kesibukan yg.tak terelak.Tapi pagi hari ini..bila aku pergi menyapanya, pokok ini menghadiahkan aku sekuntum bunga 'sulung'nya..Alhamdulillah.Ada girang di hatiku..
Ku abadikan potret bunga cempaka milik ku ini...dihalaman ini sebagai kenangan abadi.

Som di Ipoh, pohon cempaka ku telah berbunga.Norly..cempaka itu telah berbunga.Terimakasih pd.puan Chempaqa..maklumat anda sangat berharga.

Inilah bunga 'sulung' hadiah dari pohon cempaka yg.sangat ku impikan itu.Sungguh wangi cempaka ku ini.




                                         Gambar bawah ni..kolam hias ikan koi aku yg telah merimbun ditutupi bunga 'kembang pagi' yg.hidup merambat memberi naung pd.ikan di kolam ini.

                                  Ohh..terlupa pulak..ikan talapia merah yg ku beli awal september dulu..dah ada yg menetaskan telur dan menghasilkan anak2 ikan talapia merah yg.banyak..ratusan ekor.Seronok melihat
anak2 ikan berenang ceria diawal pagi.






Wednesday, November 16, 2011

Teringat kamu.

Teringat kamu
Mengundang rindu di hati ku..
Benar aku merinduimu..
Kenapa pergi
Saat cinta membungkus kasih..

Sepi ini..
Membawa aku terbang ke awan biru
Melwati jendela kamarmu
Andai mungkin kau terlupa
Menarik selimut tebalmu..
Ku ingin menyelimutimu
Meski hanya dari jauh..
Tiba tiba aku rindu
Benar aku teringatkanmu.


(untuk kak Roy di kota singa yg.lama tak berhubung, kak Mimi,kak Ratnah, kak Ani 3 beradik anak aruah pak Baharom Buyung di Bukit Senggeh, dan Norly di Hospital Indera Mahkota..aku rindu kau Norly.)Kalian mesra dalam ingatanku.

Norly dan Som di Ipoh..
Rumahku dah hampir siap cuma sedikit tempat mandi lom siap..cuti sekolah dah dekat..datang ya.

Tuesday, November 15, 2011

Semaian bunga mata hari

15 november 2011, hari selasa yg.cerah.Alhamdulillah.
Berminggu aku tinggalkan semaian bunga mata hari, bunga telang, betik sekaki dan bibit sayur daun yg ku perolehi dari
Bunga mata hari ku yg subur dan menunggu saat aku tanamkan ditempat yg sesuai.

                                    yg.bawah ini pula pokok bunga telang berwarna biru, tak sabar tunggu ia berbunga.
                                         Ini semaian betik sekaki.
                                         Ini sawi spisis tak ingat, sebab hari tu banyak benih sayur yg.ku pesan dari en.Iskandar, tapi baru dua jenis ku semai dalam satu tapak semaian.Pokok yg.masih kecil itu jenis yg.lain

                                            Ini pulak pokok bunga cempaka yg ku beli di nusery sg.buluh tempoh hari, dah keluarkan tongkol, harap2 itu tongkol bunga yg.ku idam sekian lama.
                                           Ini pokok mangga yg.bibitnya ku beli di tamu Kota Belud dgn harga rm15.Menurut tuannya, pokok ini akan berbuah selepas 24 bulan..Menghitung harilah aku, menunggu saat itu.
                                                   Ini pokok rambutan 'budak sekolah' mengikut maklumat akan berbuah selepas 24 bulan. Besar benar harapan ku utk menunggu hasilnya.
                                          Ini bunga kegemaranku, masih bertahan menunggu miming pulang.
                                           Mawar kesayangan wangi dan berseni.
                                       Gambar dibawah ini  sudut ruang kolam hiasku, ku tanam bunga melur yg.wangi, mawar yg.indah, bunga kertas koleksi airport dan pokok bunga dahan menjalar. ku perolehi bibitnya dari kaki kinabalu,waktu pagi bunganya berwarna biru, bila petang berwarna ungu.Fungsinya utk memberi naung kpd.air kolam di mana ikan ikan 'koi' kesayangan ku berlegar berenang dengan riang saban pagi menceriakan hatiku sekeluarga.Alhamdulillah.
Pemandangan kolam hias ku diwaktu malam.Bulan purnama di langit dan bayangnya jatuh ke air kolam yg.tenang, mengamit pemandangan yg indah,..mencipta memori manis di kehidupan yg semakin singkat.Aku rindu.

Saturday, November 5, 2011

Mawar ku yang terbiar

Hari ini sabtu 5 nov.2011.
Lama tak menconteng di halaman ini.Ada rindu yg.ingin dicatatkan namun lantaran masa yg tak cukup,ku pendam saja rindu ini.Aku terlalu sibuk sehinggakan  bunga2 mawarku terlibat sama dalam kesibukan ini.Meski aku sangat menyayanginya namun terpaksa mawar2 itu bertahan menanti sapaan dari ku untuk berbual dan menyiram pohon mereka seperti kelmarin  di saat aku punya cukup waktu untuk mengurus mereka.Lantaran terbiar, bunga2 ku kelihatan sangat tidak terurus dan banyak diantaranya telah kehitaman di serang serangga dan mata hari yg.dengki melihat kemesraanku dengan mawar2 itu.  18 nov. nanti cuti sekolah akan bermula, akan ku urus semula bunga2 itu, mawar itu tidak akan ku biarkan sunyi dan sepi sendiri sendiri.

 Kawanan kuda ini sentiasa menunggu peluang untuk menyerang tanaman bunga bunga ku di penjuru pagar yg.belum siap.Mereka berkampung dikawasan sempadan tanah kediamanku.Setiap malam aku akan bangun mengawasi pergerakan mereka.Nak halau tak sampai hati, kehadiran mereka menambah cantik dan seninya pemandangan persekitaran rumahku, ada sawah yg sedang dibajak, tak kurang Kinabalu tersenyum melihat gelagatku berlari anak mengejar waktu.Itulah hidup ku.


 Mawar putih dan mawar oren, bibit dari padang besar..menjadi koleksi memori saat aku meronda kawasan itu yg jauh di utara semenanjung malaysia.Hemm ada ria di hatiku.Pasu ni tak sepatutnya di sini, nanti ada waktu ..akan ku susun semula..agar lebih ceria dan berseni.

Sunday, October 23, 2011

Oktober ini

23 oktober, 11.15 malam, dia lahir ke dunia ini.Mereka sangat istemewa.Anak kembarku.
Apa yg istemewa?
Istemewa kerana kembar bersaudara, tak sama rupa paras, tak sama tarik lahir, kedua-duanya anak lelaki mama, seorang join doktor, seorang join cikgu.
Semasa bersama, keduanya banyak membantu mama, seorang pandai masak seorang pandai menjahit.
Yang pandai menjahit tentulah yg.join doktor, kerana itu pendedahan awal dari rumah, jahit langsir untuk mama, jahit dan sulam leher baju kurung adik2.Sekarang tak belajar jahit langsir, tapi tentunya belajar jahit luka pesakit.Betulkan Rashid.
24 oktober, jam 1 pagi, hari jadi 'Ir junior' .Justru itu sepanjang oktober ini, ucapan 'happy birthday' tak putus2.
Untuk dr.Rashid, meski kau jauh di banglore sana, doa dan ucapan dari mama dan ahli keluarga tak pernah putus untuk mu.
Rashid, 'selamat Hari Jadi' semoga Allah melindungimu walau di mana jua berada dan selamat dunia akhirat.
sayang nan abadi untuk mu dari keluarga semua yg sentiasa mendoakan kejayaan mu.Jaga kesihatan diri.
Jam 1 pagi nanti Birthday Irfan, tapi dah masuk 24 oktober.
Irfan, 'selamat hari jadi' semoga panjang umur dan selamat dunia akhirat.Ibu dan ayah sangat mencintai kalian.kamu berdua anak anak lelaki ibu dan ayah,Kamu berdua sangat istemewa menjadi tunggak keluarga dan keturunan 'wan'.I miss u rashid.Irfan we love you.

Saturday, October 22, 2011

21 oktober, saat usia bertambah

21 oktober 2011, jumaat yg hening.
Wan Irliani my love, 'Happy Birthday"
........................................................
Lia
engkau kah gadis itu
yg selalu hadir dalam mimpi-mimpi
di setiap tidurku..
Yahh itulah kamu Irliani ku.Hari ini di jumaat ini genap lah usiamu 17 tahun.Doaku semoga Allah berkati segala usahamu dan tercapai segala yg dihajatkan.Semoga Allah makbulkan segala hajat di hatimu, dan kita tetap bersama sekeluarga didunia dan akhirat,Allah memelihara kita dari segala kesusahan hidup dunia dan kesusahan di akhirat sana.
Jadilah insan yg.taat pada Allah dan RasulNya.Amin, doaku untuk mu.Mama sayang kamu.

Tuesday, October 18, 2011

Happy Birthday on 18 october.

Saat kau lahir
kulit mu halus merah jambu
Di iringi azan maghrib
senja memerah jingga di ufuk barat
tangis pertamamu menyapa alam
Dengan senyum shyadu
ku sambut hadirmu
melengkap anganku
memilikimu
 menjadi puteriku.

Kaulah itu
Irfa Amirah
yang santun penuh malu
yang ramah namun tabah
Aku bersyukur kau hadir disisiku
menghiasi hidupku
menerangi cintaku
di sepanjang laluan hidup berliku.
Aku sayang kamu.

Hanya ini sekuntum mawar  dari halaman anjung Tinjau Penjuru Kinabalu milikku milikmu.Bibit dari Yuni di Indonesia.

'selamat panjang umur, murah rezeki, lulus mendapat markah cemerlang dan sentiasa mentaati perintah Allah dan Rasulnya, selamat hari jadi'..cuti nanti kita sambut di anjung tinjau, penjuru laman kinabalu..ya.
Salam sayang semua ahli keluarga untuk mu.I miss u.

Monday, October 17, 2011

Ahh sapa yg.konvo ni, dia ke aku?

Majlis konvo Universiti Kuala Lumpur  kali ke 8 pada 8 oktober yg.lalu, tentu nya mencipta kenangan dan rasa bahagia di hatiku.Alhamdulillah.Restu menerima kemenangannya dalam dunia universiti, berakhir dengan selamat.Begitu jua sahabat2 nya yg  lain.Ibu Bapa berkumpul turut sama memeriahkan majlis di hari itu.Aku gembira dan bersyukur kepada Allah aku sempat mengenali keluarga,saudara seagamaku ini.Keluarga ini sangat baik Hanya Allah membalas segala kebaikan itu.Kepada  Mira, ada kesempatan selalulah bertanya khabar pd.pakcik dan makcik ini ya.

Pd.anakanda Leha sekeluarga, rancangan nak ke K.Belud yg tertunda hari itu, ada rezeki dan peluang, jemput datang rumah ya.Dengan seikhlas hati, di persilakan Leha datang se keluarga, kalau tak pun, Leha datang seorang, makcik jemput kat airport, boleh jalan2 ke kaki Kinabalu,seronok tau.Ok datang ya.

Tentu aku seronok bersama ' IR', ku kongsikan gambar kenangan ini.










Wajah yg tersenyum menjadi ingatan dalam kamus kenangan.Di hari yang indah itu.Allhamdulillah.
Kepada orang di Banglore, jaga diri dan belajar elok2, semoga berjaya seperti kakak 'Restu'
Selamat bercuti dan jangan main ombak di india tu, musim hujan sekarang ni kalau di sabah.Hingga jumpa.