Sunday, October 23, 2011

Oktober ini

23 oktober, 11.15 malam, dia lahir ke dunia ini.Mereka sangat istemewa.Anak kembarku.
Apa yg istemewa?
Istemewa kerana kembar bersaudara, tak sama rupa paras, tak sama tarik lahir, kedua-duanya anak lelaki mama, seorang join doktor, seorang join cikgu.
Semasa bersama, keduanya banyak membantu mama, seorang pandai masak seorang pandai menjahit.
Yang pandai menjahit tentulah yg.join doktor, kerana itu pendedahan awal dari rumah, jahit langsir untuk mama, jahit dan sulam leher baju kurung adik2.Sekarang tak belajar jahit langsir, tapi tentunya belajar jahit luka pesakit.Betulkan Rashid.
24 oktober, jam 1 pagi, hari jadi 'Ir junior' .Justru itu sepanjang oktober ini, ucapan 'happy birthday' tak putus2.
Untuk dr.Rashid, meski kau jauh di banglore sana, doa dan ucapan dari mama dan ahli keluarga tak pernah putus untuk mu.
Rashid, 'selamat Hari Jadi' semoga Allah melindungimu walau di mana jua berada dan selamat dunia akhirat.
sayang nan abadi untuk mu dari keluarga semua yg sentiasa mendoakan kejayaan mu.Jaga kesihatan diri.
Jam 1 pagi nanti Birthday Irfan, tapi dah masuk 24 oktober.
Irfan, 'selamat hari jadi' semoga panjang umur dan selamat dunia akhirat.Ibu dan ayah sangat mencintai kalian.kamu berdua anak anak lelaki ibu dan ayah,Kamu berdua sangat istemewa menjadi tunggak keluarga dan keturunan 'wan'.I miss u rashid.Irfan we love you.

No comments: