Thursday, October 6, 2011

Andai ada ruang, ku ingin menjagamu dengan rapi.

Aku penat benar siang tadi, esok aku akan ke KL, 7 okt.Penerbangan jam 3.3o petang.
Kerana aku akan berpergian, petang tadi ku habiskan tenaga untuk menyiram bunga dan menaburkan racun siput di persekitaran pagar yg belum siap, aku takut siput tu akan memakan bunga2 kesayanganku saat aku tak ada menjenguk mereka.

Bunga2 yg ku tanam tak lah hebat sangat , tapi spesis koleksi ini ada kaitan dengan bunga zaman aku awal remaja dulu sewaktu aku di sekolah rendah.Bunga2 lama ni banyak dah berlalu dan agak sukar mendapat benihnya.Aku berazam untuk terus menjaga bunga2 ini.Di samping bunga2 ros/mawar yg sedia ada yg.benar2 aku suka dan menyayanginya.

Aku terlalu sibuk dan belum ada kesempatan menyusun tapak yg sesuai untuk bunga2 ini khususnya bunga ros dan bunga Mata Hari yg masih di tunggu bibit kiriman dari seorang rakan blog, begitu juga bunga telang, masih dalam angan2 ku dan penantianku untuk memiliki bunga ini.

Aku kongsikan bunga2 kesayanganku seadanya.
                                           Bunga ini senang di jaga dan tahan lama.Ada 5 warna.
                                          Ini bunga masa aku di sk.rendah, kami buat main sarung cincin ikat di jari manis.Cantik Hari tu, aku ambik ikat di jari manis pk.hem, si cantik dinakanku Bailan.Dia gelak2 aje.
 Ini ros e tanaman lama ku, rajin berbunga, ku gelar mawar kampung
                                          Ini pun ku gelar rose kampung, yg.paling wangi dalam koleksi roseku
                                        Pagar keliling rumah yg masih dalam proses penyiapan, belakang tu ada tali air, untuk pengairan sawah padi, kalau cuti sekolah aku dan gadis2 manisku memancing ikan 'rungau dan ikan kuruk'.Seronok.Belakang rumah ni, sambil memancing sambil siram bunga dan menikmati aroma bunga2 mawar yg indah.Aku tulis puisi tauu.
                                           Ros ini subur dan terus berbunga, Ros padang Besar, bunga kenangan
                                         Ini ros ku dapatkan bibitnya dari kaki kinabalu setahun yg lalu, hidup subur.
 Ahh, ini ros kuning dan masih terlalu muda,ia datang khas dari Kota Batu, Malang Indonesia.Aku bersyukur, ia telah hidup dan berbunga, sedikit masa lagi , pokoknya akan membesar, semoga begitu kan 'Yuni' sahabatku.
 Ini juga mawar dari kota batu, kiriman yuni, sangat cantik dan agak sihat.

 Lavendar, kiriman Yuni dari bersama mawar2 di atas, ia sudah boleh ku semai.Masa sekolah rendah, aku main bunga ini, jadikan seperti itik2 air..cantik boleh terapung2 seperti itik2 dalam kolam yg tenang...
 Mawar yg.ini juga dari indonesia.Setakat ini ada 4 pokok lagi yg belum berbunga, aku masih berusaha menjaga dan menunggu penuh debaran, apa pula warna yg 4 ini..Cantikkan.Aku cukup gembira mawar dari kebun 'Yuni' telah ada di halaman rumah ku di Kota Belud, sabah.Jauh sejarah perjalanan bunga ini.Kalau ia dah cukup besar, akan ku alihkan ke tanah sebenar, bukan dalam pasu nanti nya.
                                                  dua hari yg.lalu aku sempat membeli perabut jati, bolehlah untuk santai.
                                          Aku suka ruang ini dengan cahaya lampu yg.suram dan dan tempat rehat yg.selesa
                                           Aku ambik sendiri spesis teratai ini, di tasik terbiar Tanjung Aru, kk.tak pasti lagi lokasi mana sesuai tanam bunga teratai jenis besar ini.
                                             Ini teratai putih jenis terapung, aku letak dalam kolam ikan.Ini pun aku ambik sendiri, sempatlah aku berbaur wangian lumpur semasa mendapatkan teratai ini.
                                             Ini pun spesis teratai, tapi bunganye kecik2, daunnye lebar, bulat dan rata.Ku harap ia akan membesar di kolam ikan ku.

                                             Mawar/rose dari kaki kinabalu.Rajin berbunga dan mudah hidup, besar2 bunganya.
                                          Ini pemandangan dari luar jendela bilik 'irma restu', Miming jangan jeles. hehe..
Ok lah nak pek baju, nak gi KL..cari pulak bibit cempaka putih pujaan hati, harap2..puan Chempaqa..yg ku hubungi pagi tadi dapat belikan aku bunga tu dan kami akan ada peluang bertemu 4 mata..hahaha..manisnya harapan. 
Andai ada peluang 
ku ingin memilikimu
menjaga mu, 
seadanya yg ku mampu.
Itulah aku yg memuja mu, 
selalu-selalu, 
kau kekal di situ, di hatiku.