Wednesday, January 18, 2012

18 januari..'Telang yang Biru' terjawablah tanya itu.

Assalammualaikum..
Orang di Banglore dan IPDA..aku rindu.
Dalam rindu aku seronok.Seronok kerana bunga telang yg.ku nanti selama ini telah berbunga.
Benar, bunganya berwarna 'biru' cantik sekali.

Pagi tadi terpaksa ku petik sekuntum demi memenuhi pertanyaan anak murid ku yg.pernah bertanya, 'adakah bunga warna biru?' kalau tahun lalu aku hanya mampu tunjukkan gambar dari internet, tapi hari ini.. aku dapat kumpul mereka dan tunjukkan bunga telang ku itu.

'Jutaan Terima kasih' buat sahabat blog ku..en.Rashid Iskandar pemilik blog 'Tanam Sendiri'.
Bantuanmu mengirimkan aku beni bunga telang itu ..membuat aku dapat buktikan pd.anak bangsaku..keujudan bunga biru itu, lantaran di daerahku..terlalu sukar utk.mendapatkan pelbagai sepisis bunga dan tumbuhan beranika warna."Terimakasih saudaraku".

Ku kongsikan bunga itu..dan tapak2 semaianku yg.masih kosong dan menunggu utk.digemburkan, tambah tanah bakar dan tanam semula sayur yg.boleh dimakan.

Ini gambar2 milik ku sendiri.Layann..




                                                   Sawi itu tumbuh bersama 'salad 'yg.dulunya ku sangka rumput biasa

                                                     Sawi ni tak habis dimakan.
  
                                                 Luas lagi tapak semaian ini, menunggu masa dan kekuatan tenaga utk melihat hasilnya.
 Tapak ini akan ku campurkan tanah bakar dan jadikan kawasan lembab utk tanam kesom, serai dan kangkong. entah apa2 lah yg.sesuai nanti..hehehe best kan.Paip tu dah sedia kat situ..selesa utk bertanam, cuma tak cukup masa.
                                                   Tapak ini ku tanam bunga kertas, bunga loceng kuning..tak potong lagi..masih terbiar, mungkin akan ku trim sampai pendek dan ku semai bayam, sekeliling pokok itu..

 

                                           Hemmm..tab mandi yg.baru siap..selesa jugalah mandi berendam bercampur bunga2 ros dari taman sendiri..hehehe..best tau..mandi bunga..tab mandi baru..

                                        Pemandangan rumah yg.semuanya dah siap tapi belum dapat di kemas sepenuhnya perkarangan rumah..masih berselerak.Rumah sebelah atap biru tu..dah di cabut atapnya, jadikan anjung terbuka, utk tengok anak bulan dan bulan purnama.Cantik bila malam dan langit terang.
 
Ok lah sampai jumpa lagi.Wassalam..Acit  n Miming..miz u.

Friday, January 13, 2012

Tanam Sendiri -- Grow Your Own: Tuaian Hari Ini -- Salad Pepperomia, Herba Sepit Ketam Vietnam, Pepperomia pellucida

Tanam Sendiri -- Grow Your Own: Tuaian Hari Ini -- Salad Pepperomia, Herba Sepit Ketam Vietnam, Pepperomia pellucida

Salad Peperomia

13 Januari, selesai sesi belajar bawa anak murid memeriksa tumbuhan dipersekitaran padang sekolah.Ahh terperanjat juga..banyak tumbuhan lumut yg hidup subur.Ada cendawan batang dan tumbuhan lain yg.mungkin herba berguna.
Apa pun aku tertarik dengan pokok renik yg.satu ini.
Aku cepat cepat on line periksa maklumat dari blog sahabat aku ' Tanam Sendiri ' milik En.Iskandar.
Tujuan aku nak periksa betul ke ini lah salad Peperomia yg.aku pernah baca di blognya dulu.
Kalau periksa gambar nya..macam inilah salad itu.
Hemm tak pasti.Ku kongsikan gambar  pokok yg aku maksudkan itu.
Kalau benar ini pokok salad 'peperomia'..akan ku jaga pokok ini..dan mencuba rasanya.
Harap2 Tuan Iskandar, mengesahkan pokok ini ya.Terimakasih Tuan.

 Sebahagian ulam ulaman yg.ada dalam koleksi aku.
Ulam raja dan Pudina.


Ini pula bunga mata hari ku,yg.masih dalam penantian ku.Lama benar ia berbunga.Hujan lebat sepanjang disember dan awal januari..mencabar pertumbuhannya, namun baru 3 hari panas mata hari berlangsung, bunga mata hari ku sedang menunjukkan hasilnya..tak sabar rasanya..tapi ia sedang diserang belalang dan ulat berwarna putih..semoga ia mampu bertahan.

Mawarku yg.tetap indah di mata dan hatiku.Bagai lukisan, bagai puisi..ia mekar di hatiku..seperti yg.selaluku inginkan.Alhamdulillah.


Cantikkan..lukisan hati..wangi dan berseni.

Thursday, January 12, 2012

12 januari- khamis yg.mengetarkan.

Awal pagi ada perbincangan dgn 'Big Bos'..
Hemm...namanya juga tangan kanan, nak ambik apa2 benda guna tangan kanan,'aku' lah si tangan kanan itu.'tugas aku'.
Kenapa mengeluh??..
Ahh..mengeluh sebab, disember hari tu gubal jadual waktu utk staf, untuk darjah, jadual induk..keseluruhan.
Buka sekolah Alhamdulillah..berkat kecekapan, jadual tu tak berlanggar antara guru2, antara kelas2.
Tapi baru pakai 2 minggu, hari ni GB minta aku susun semula lantaran ada beberapa guru baru posting ke sekolah aku ni..

Rasa seronok kerana kalau ramai staf kurang sikit beban tugas, mengganti guru keluar dgn pelbagai aktiviti arahan pejabat..SEDIH nya, rombak jadual dan buat semula...itu tugas aku..ingat senang ke susun jadual tu, secara menual.Kalau pakai program komputer, boleh.. tapi, kalau ikut komputer, ada guru akan dapat kelas satu waktu aje sepanjang hari..tapi lain hari seawal jam 7.00 pagi sampai jam 12.30,,jadual guru tu penuh..apa lagi aku juga terpaksa selesaikannya secara menual.

Justru dari kerja berulang kali, baik buat terus secara menual..tapi sekurang2nya 2 hari 2 malam sampai subuh baru siap beb..elaun PK 1, cuma rm60.00 saja.Tugasnya..ganti GB kalau dia tak ada, ganti guru2 mengajar kalau guru tak cukup..kalau ada pelawat, dalam kelas pun kena panggil..bayarannya hanya rm60.00.
Tapi semuanya ketentuan Yang Maha Esa..pemberianNya, aku jadi PK 1...alhamdulillah.
Bagus aku layan anak murid aku.Inilah saat manis ketika kami membuat aktiviti sains di Padang sekolah.
Science :' Technology  around us'   alat  komunikasi.

                                           Sekolah luar bandar, bangunan serba kekurangan..namun..semangat guru dan murid tetap sama ingin mencapai kecemerlangan 'diri' yg.jitu.




                                              Tawa ria mu saban tahun bertukar waktu..kalian bersih dalam jiwa ku..generasi cemerlang ini impianku, agamaku dan negaraku.Aku rindu.
Telefon buat sendiri..hehehe..yg penting murid seronok, dan ada proses belajar kan.

Tuesday, January 10, 2012

'Sepi ini terasa, tapi tak kelihatan..ia seperti angin'

Hari ini selasa 10 Januari 2012.
Lama tak mencatat dalam lingkaran ini.Entah apa yang terjadi..untuk mengucapkan 'selamat menyambut tahun baru 2012' kepada semua teman dan sahabat dalam blog dan fb, pun aku tak mampu..sedar2 kini kita telah berada selama 10 hari di tahun 2012 ini.

Ada sepi mengundang sedih di hatiku.Aku tidak mengerti perasaan ini.Ada kata dan sebak yg.tak terucap.
Banyak perkara berkecamuk dalam benak yg.tak terlerai.
Ia seperti 'angin'.
Angin itu terasa hadirnya
Tak kelihatan rupa parasnya..
Ia amat lembut dan sejuk
Tapi angin bisa membinasa dan memusnahkan..semua perkara yg.menghalangnya.
Itulah angin.Sepi ini semacam angin.
Sepi ini membuat aku ingin menangis..huhuhu..

Lagu  lama ini mengupas hatiku.
Layannn..


Penyanyi yg menyanyikan lagu ini, seorang ibu..mati selepas melahirkan'anak'..dia pergi bersama cintanya..kalaulah hidup ini boleh ditukar dengannya,aku ingin mengambil tempatnya..dunia ini tak boleh di huni lama2..banyak yg.menyesatkan dan membawa kita ke jurang azab yg.kekal.'Dia' lah yg.maha mengetahui segala isi hati.ya Tuhanku, maafkanlah aku.
                                                           kemuncak'kinabalu' dari jauh terlihat gagah dan tinggi, namun bila berada disisinya..ia terlihat hanya biasa-biasa saja, begitulah manusia..bila sesuatu yg  dimiliki..tidak terasa hebat..tetapi bila ia telah hilang, barulah merasakan kehebatan itu..aku tak mahu jadi seperti itu
'kesayangan' bila ia harus pergi, ia akan pergi jua..mawar ini antara kesayangan ku.