Wednesday, June 20, 2012

esok 1 shaaban 21 jun,khamis yg.lesu


rabu 20 jun/30 rejab.
hari ini aku masih berpuasa utk bulan rejab.tak penuh puasa bulan rejab aku tahun ini.Esok bermula bulan shaaban, ada azam dihatiku untuk terus berpuasa penuh utk shaaban tahun ini, dan insyallah akan terus ke bulan ramadhan nanti.Insyallah.

Memandangkan aku berpuasa dan cuaca sangat panas terik. aku hadkan aktiviti berkebun, mengembur tanah dan menyemai.Tak larat mencangkul time puasa begini.Hanya larat siram pokok2 yg tengah menjadi.

Bunga matahari mampu utk ku tatap dan meredakan emosi ini.Ini saja yg balik2 aku tengok saban hari sejak miming balik ke IPDA.Berbaur sunyi dan bosankan..tak bosan sebenarnya cuma letih dan banyak agenda dalam kepala nak dilaksanakan.

OK.Jom tengok bunga.















salam sayang dan ceria selalu, wassalam.









Saturday, June 16, 2012

cabaran angin kencang

16 jun hari ini, hari ini Miming tersayang akan balik ke IPDA.Ada sunyi dihatiku.Namun perpisahan tidak terelak..hidup perlukan pengorbanan.Kejayaan mereka adalah kejayaan ku jua.Aduhai..ada airmata yg.ingin tumpah.Sangat rindu dgn.restu dikl, dan orang di Banglore itu.Salam sayang dan doa utk.koorang semua.

Cerita bunga matahari baka warna bercampur.Ingatkan benar2 ada warna jalur2 merah..tapi cuma garisan lingkaran berwarna merah membezakannya dgn.baka op.Tapi Alhamdulillah walau tak ada warna, diberi aku kelebihan saiz yg.ketara.

hari ini, kuntum yg besar sekali itu sudah berkembang sepenuhnya.Ada banyak serangga.
Beberapa hari ini, angin terlalu kencang..pokok2 itu hampir patah, terpaksalah aku membuat tiang sokongan utk.membantu bunga itu bertahan.Semoga bunga itu sempat melalui proses mencipta biji benih yg.bermutu tinggi. Ada penantian dihatiku.Hanya berserah pada Allah..kerana itu semua dibawah kekuasaannya.

Bunga berkembang dan dicabar angin kencang..hampir patah bunga ini.






Dah kembang sepenuhnya,cuma tunggu benih menua.


menunggu bunga mic clor akan berkembang mungkin beberapa hari lagi.



Ini pokok matahari dari baka op, ini dari benih pertama, dari tanaman pertama dulu.

Hijau kan.




Ok lah salam sayang dan jumpa lagi.Assalammualaikum.

Tuesday, June 12, 2012

Seindah wajah







bunga ini indah
tentunya sehebat nama
ada warna ada cahaya
melingkari ruang cinta
mengikat kata mesra
antarakita..

kitalah
para peminat
yang diikat
menyemai bunga indah
dipersada bumi tercinta.
.........................................
puisi  untuk teman2 yg berkunjung dan sudi menatap bunga indah ini.
12 jun..selasa yg.selesa.
(hehehe jom tanam bunga mata hari..benih bekalan dari'blog tanam sendiri)

benih sawi yg.agak banyak menunggu saat kering utk di tanam semula.andai ada rezeki.Alhamdulillah.

ceria selalu, salam mesra nan abadi utk yg bernama teman teman.

Monday, June 11, 2012

Tingginya bunga matahari ini.

11 jun, hari isnin, mula sesi persekolahan penggal kedua.
Rasa bersemangat semula berjumpa GB, teman2 sekerja dan anak murid yg.istemewa dihatiku.
Alhamdulillah kami berjumpa semula dan dalam senyap membina azam kerja masing2,tentunya azam utk.lebih cemerlang dari kelmarin.

petang hari ini lepas rehat dari kerja, ada masa ambik gambar bunga matahari dari baka warna bercampur.
Wah..besar dan tinggi sungguh pokoknya.
Bila ku amati perbezaannya dgn bunga matahari baka op, bezanya ada warna merah sekeliling.
Pokok baka bercampur ini, agak kurus dan tinggi, ranggi bunga juga agak panjang2.

Mari tengok gambar.
tinggi pokok ni, kamera terpaksa mendongak langit..cantik kan.ada awan dan bumbung rumah.



Bunga baka warna bercampur



menunggu saat berkembang

Ini dari baka op..yang dah kembang dari baka op, besar bunga tapi teruk dilanda hujan ribut.



ini baru dialih kan petang kemarin ahad 10 jun dari baka 'giant' harap berkembang di musim hari raya nanti 13 pokok semua.

ahh terpaksa juga ambik lobak putih ni, besar isi nye..entah nak buat apa ni.

ini labu manis benih bekalan dari blog 'tanam sendiri'

ini labu manis benih dari tersayang 'ayu Restu'


setakat ni baru 3 biji menjadi.
Alhamdulillah..ok sampai jumpa lagi, salam ceria selalu.

Tuesday, June 5, 2012

projek merumput dah siap.

5 jun, selasa ini.
selama cuti sekolah awal pagi sampai jam 5..kerja saya asyik membersihkan rumput2 yg hidup meliar ditapak tanaman bunga2 sekitar rumah.Alhamdulillah dah siap merumput dan gembur tanah . cuma tinggal sedikit lagi yg.belum selesai.

Jom layan album kenangan..utk jun ini.

 tapak tanaman mawar,dah gembur semula dan nak tanam bunga lain, mungkin bunga'forget me not'


ini tapak tanaman mawar kampung dan bunga dari jenis bebawang

tapak tanaman bunga matahari, pokok dah rimbun tu, pokok cempaka dah pernah berbunga.



 labu kundur wangi utk stok bulan puasa..tak habis makan buah sayur ni.


   
 kawasan ni, nak buat dlm bentuk lingkaran..tapak tanaman utk.bunga mata hari baka bunga besar..hiasan utk.hari raya.insyallah.


inilah buah2 labu manis yg belum didebungakan, bunga jantan tak nak kembang..buah ini sehari dua lagi akan gugur dan kembali menjadi tanah.Hampa melihat hasil ini. banyak.


ini juga menunggu masa.



Ini juga belum didebungakan, ini benih kiriman 'Restu'..ini pun bakal berlalu kalau bunga jantan merajuk tak nak kembang.



Ini tapak tanaman bunga matahari baka warna bercampur, harap2 kembang dimusim hari lebaran nanti.

Setakat ini baru ada 4 biji yg.berjaya didebungakan, dan napak menjadi.


Ok. sampai saat ini, salam ceria dan senyumku untuk mu.