Sunday, October 23, 2011

Oktober ini

23 oktober, 11.15 malam, dia lahir ke dunia ini.Mereka sangat istemewa.Anak kembarku.
Apa yg istemewa?
Istemewa kerana kembar bersaudara, tak sama rupa paras, tak sama tarik lahir, kedua-duanya anak lelaki mama, seorang join doktor, seorang join cikgu.
Semasa bersama, keduanya banyak membantu mama, seorang pandai masak seorang pandai menjahit.
Yang pandai menjahit tentulah yg.join doktor, kerana itu pendedahan awal dari rumah, jahit langsir untuk mama, jahit dan sulam leher baju kurung adik2.Sekarang tak belajar jahit langsir, tapi tentunya belajar jahit luka pesakit.Betulkan Rashid.
24 oktober, jam 1 pagi, hari jadi 'Ir junior' .Justru itu sepanjang oktober ini, ucapan 'happy birthday' tak putus2.
Untuk dr.Rashid, meski kau jauh di banglore sana, doa dan ucapan dari mama dan ahli keluarga tak pernah putus untuk mu.
Rashid, 'selamat Hari Jadi' semoga Allah melindungimu walau di mana jua berada dan selamat dunia akhirat.
sayang nan abadi untuk mu dari keluarga semua yg sentiasa mendoakan kejayaan mu.Jaga kesihatan diri.
Jam 1 pagi nanti Birthday Irfan, tapi dah masuk 24 oktober.
Irfan, 'selamat hari jadi' semoga panjang umur dan selamat dunia akhirat.Ibu dan ayah sangat mencintai kalian.kamu berdua anak anak lelaki ibu dan ayah,Kamu berdua sangat istemewa menjadi tunggak keluarga dan keturunan 'wan'.I miss u rashid.Irfan we love you.

Saturday, October 22, 2011

21 oktober, saat usia bertambah

21 oktober 2011, jumaat yg hening.
Wan Irliani my love, 'Happy Birthday"
........................................................
Lia
engkau kah gadis itu
yg selalu hadir dalam mimpi-mimpi
di setiap tidurku..
Yahh itulah kamu Irliani ku.Hari ini di jumaat ini genap lah usiamu 17 tahun.Doaku semoga Allah berkati segala usahamu dan tercapai segala yg dihajatkan.Semoga Allah makbulkan segala hajat di hatimu, dan kita tetap bersama sekeluarga didunia dan akhirat,Allah memelihara kita dari segala kesusahan hidup dunia dan kesusahan di akhirat sana.
Jadilah insan yg.taat pada Allah dan RasulNya.Amin, doaku untuk mu.Mama sayang kamu.

Tuesday, October 18, 2011

Happy Birthday on 18 october.

Saat kau lahir
kulit mu halus merah jambu
Di iringi azan maghrib
senja memerah jingga di ufuk barat
tangis pertamamu menyapa alam
Dengan senyum shyadu
ku sambut hadirmu
melengkap anganku
memilikimu
 menjadi puteriku.

Kaulah itu
Irfa Amirah
yang santun penuh malu
yang ramah namun tabah
Aku bersyukur kau hadir disisiku
menghiasi hidupku
menerangi cintaku
di sepanjang laluan hidup berliku.
Aku sayang kamu.

Hanya ini sekuntum mawar  dari halaman anjung Tinjau Penjuru Kinabalu milikku milikmu.Bibit dari Yuni di Indonesia.

'selamat panjang umur, murah rezeki, lulus mendapat markah cemerlang dan sentiasa mentaati perintah Allah dan Rasulnya, selamat hari jadi'..cuti nanti kita sambut di anjung tinjau, penjuru laman kinabalu..ya.
Salam sayang semua ahli keluarga untuk mu.I miss u.

Monday, October 17, 2011

Ahh sapa yg.konvo ni, dia ke aku?

Majlis konvo Universiti Kuala Lumpur  kali ke 8 pada 8 oktober yg.lalu, tentu nya mencipta kenangan dan rasa bahagia di hatiku.Alhamdulillah.Restu menerima kemenangannya dalam dunia universiti, berakhir dengan selamat.Begitu jua sahabat2 nya yg  lain.Ibu Bapa berkumpul turut sama memeriahkan majlis di hari itu.Aku gembira dan bersyukur kepada Allah aku sempat mengenali keluarga,saudara seagamaku ini.Keluarga ini sangat baik Hanya Allah membalas segala kebaikan itu.Kepada  Mira, ada kesempatan selalulah bertanya khabar pd.pakcik dan makcik ini ya.

Pd.anakanda Leha sekeluarga, rancangan nak ke K.Belud yg tertunda hari itu, ada rezeki dan peluang, jemput datang rumah ya.Dengan seikhlas hati, di persilakan Leha datang se keluarga, kalau tak pun, Leha datang seorang, makcik jemput kat airport, boleh jalan2 ke kaki Kinabalu,seronok tau.Ok datang ya.

Tentu aku seronok bersama ' IR', ku kongsikan gambar kenangan ini.










Wajah yg tersenyum menjadi ingatan dalam kamus kenangan.Di hari yang indah itu.Allhamdulillah.
Kepada orang di Banglore, jaga diri dan belajar elok2, semoga berjaya seperti kakak 'Restu'
Selamat bercuti dan jangan main ombak di india tu, musim hujan sekarang ni kalau di sabah.Hingga jumpa.

Monday, October 10, 2011

Alhamdulillah,Semua Perancangan yg.dirangka, terlaksana dgn izin Allah.

Petang jumaat 7 okt, .tiba di KLIA.adinda stopha jemput, naik kreta forte putih..singgah makan malam di Alamanda, sempat lah aku beli dua pasang kasut CarloRino, 2 pasang  kasut Bata, dan 2 pasang kasut di Sambonia.belanja kasut Rm850, kejap aje habis duit tu.Tak apa, bukan selalu dapat shoping di KL.50% lebih murah dari butik di sabah.

Sampai rumah stopha di Putera Jaya, presnt 8, mandi dan tidur dah jam 12 lebih malam.Tak terasa ngantuk, aura kota terasa benar.
Pagi sabtu, 8 oktober, awal pagi 6.30 dah bersiap untuk ke dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Puterajaya. untuk menghadiri majlis Konvokesyen ke 8, Universiti K.Lumpur -BMI .
Alhamdulillah semuanya selamat dan menyeronokkan.

majlis tamat hampir jam 4.30, seorang sahabat ibu kepada sahabat anak aku, sangat baik hati orangnya, anaknya juga begitu,baik hati dan penuh persahabatan, ku ceritakan hajat aku nak ke sungai buloh untuk membeli bunga Cempaka, dia bersedia membantu, kasihan kedua gadis  mahasiswa itu, tergesa2 tanggalkan jubah dan menyerahkannya semula pd.penganjur dan kami semua bergegas ke nusery sg.buloh untuk membeli bunga .

Di takdirkan Allah ada 3 pokok bunga cempaka warna putih.Aku beli semua dan memilih lagi beberapa spesis bunga lain termasuk 3 pokok mawar, .berbagai jenis bunga ada di nusery tu..kalau boleh bawa banyak2, aku sanggup berbelanja banyak utk mendapatkan semua jenis koleksi bunga2 tu.Aku suka.

Tapi apakan daya.Aku mampu beli 14 pokok aje.Lantaran kekangan takut dgn sekatan imegerisin dan tambang pengangkutan yg mahal.
Sekitar jam 6 petang kami  masih berligar di nusery tu, rasa tak puas menikmati pemandangan bibit2 bunga yg di jual disitu.
Selesai urusan terus bergegas ke masjid india, beli tudung.Habis rm1500.Hahaha...betul2 shoping.dalam tergesa2, + penat..aku tak tahu pun entah tudung apa yg aku pilih.Kelakar juga,.semua aku nak.
dah jam 10 malam baru balik ke Putrajaya.Kasihan adik ipar aku tunggu dari jam 2, dia masak tapi kami tak balik pun makan..maaf ye dik Ina.

malam tidur, siang ahad 9 oktober jam10 pagi ke maidin beli bag setinggi 4 kaki, khusus untuk muatkan bunga cempaka dan bunga yg lain.Sempat singgah di bonia sogo, Ir beli 2 pasang kasut bonia.Wahh, tak payah cerita, aku dan Restu beli lagi kasut jenama CR2.Aku beli 2 pasang, Restu sepasang.Hampir aku beli hand Bag.Nasib baik dapat kawal diri.
Jam 5 bergegas ke airport, sampai di tempat cek tiket , terus timbang barang, tak ada pun pemeriksaan imegerisin, apa lagi selamat lah 14 pokok bunga2 tu, tapi aku kena tambah bayar  berat barang.Rm250.lebih se kilo bayar rm30 sekilo,bag aku melebihi 17 kg.puas juga aku merayu, bila ingat balik itu bunga cempaka idaman ku..aku terus tak kisah, bayar aja yg penting bunga tu selamat aku bawa balik.

Alhamdulillah, jam 12 malam sampai di rumah, aku terus berkerja keras buka bungkusan bunga2 tu, ada yg aku terus tanam dlm pasu, sampai jam 300 pagi aku urus bunga2 tu.Jam 7 pagi tadi, 10 okt.aku di sekolah bertugas macam biasa.Saat ini aku rasa penat tapi rasa seronok melihat gambar2 kenangan 2 hari di KL.
Ku kongsikan gambar2 itu.Ok ming, lihatlah gambar2 memori ini.
                                           sempat beli carlo Rino dan sambonia di alamanda.Best tauu
                                          Ini dewan tempat berlangsungnya majlis konvo ke 8 UNIKL-BMI, cantik bentuk dewan ni dari jauh.
                                          Restu bersama sahabat nya yg baik hati,Semoga Allah kekalkan persahabatan yg.baik ini.Tahniah anak2 ku.8 oktober 2011
                                         Suasana dewan di pagi itu, Restu bergegas dapatkan aku dan 'ir'
                                          Rasa relex saat ni.Ngaantuk ba.
                                         Restu dan anaknda 'leha'.Cantik kau leha, teringat lagu sudir
                                          Akhirnya 'Irma' berjaya.Tahniah kau yg istemewa..selamanya.
                                          keluarga sahabat anak aku 'Restu'.Sahabat ku ini telah mebantu aku permudahkan urusan dan keinginan aku, sehingga aku berjaya mendapat bunga 'cempaka'idaman ku itu.Alhamdulillah.Terimakasih puan.Terimakasih 'Ali' terimakasih Zai (heheh nama timangan baru dari ku untuk mu)
                                       Bersama sahabat baruku, disaksikan ribuan kuntum mawar pujaanku.Aku sayang kamu.
                                           Bunga2 yg cantik,aku nak bunga sebanyak ini di halaman rehatku
                                        Ada bibit pokok Mata Hari, aku nak beli tapi takut nanti tak boleh bawa, benihnya tak ada dijual, habis stok kata pemilik nusery ini.Aku ambik gambar pokok ajelah
Bawah ni, beginilah cara aku bawa bunga cempaka tu, bungkus surat kabar, sumbat dalam beg.

Aku senyum sendiri bila perhatikan bunga cempaka ini telah berada di depan mataku, saat aku sangat menginginkannya.AlhamdulillahSemuga ia akan tumbuh dan berbunga lebat,

Thursday, October 6, 2011

Andai ada ruang, ku ingin menjagamu dengan rapi.

Aku penat benar siang tadi, esok aku akan ke KL, 7 okt.Penerbangan jam 3.3o petang.
Kerana aku akan berpergian, petang tadi ku habiskan tenaga untuk menyiram bunga dan menaburkan racun siput di persekitaran pagar yg belum siap, aku takut siput tu akan memakan bunga2 kesayanganku saat aku tak ada menjenguk mereka.

Bunga2 yg ku tanam tak lah hebat sangat , tapi spesis koleksi ini ada kaitan dengan bunga zaman aku awal remaja dulu sewaktu aku di sekolah rendah.Bunga2 lama ni banyak dah berlalu dan agak sukar mendapat benihnya.Aku berazam untuk terus menjaga bunga2 ini.Di samping bunga2 ros/mawar yg sedia ada yg.benar2 aku suka dan menyayanginya.

Aku terlalu sibuk dan belum ada kesempatan menyusun tapak yg sesuai untuk bunga2 ini khususnya bunga ros dan bunga Mata Hari yg masih di tunggu bibit kiriman dari seorang rakan blog, begitu juga bunga telang, masih dalam angan2 ku dan penantianku untuk memiliki bunga ini.

Aku kongsikan bunga2 kesayanganku seadanya.
                                           Bunga ini senang di jaga dan tahan lama.Ada 5 warna.
                                          Ini bunga masa aku di sk.rendah, kami buat main sarung cincin ikat di jari manis.Cantik Hari tu, aku ambik ikat di jari manis pk.hem, si cantik dinakanku Bailan.Dia gelak2 aje.
 Ini ros e tanaman lama ku, rajin berbunga, ku gelar mawar kampung
                                          Ini pun ku gelar rose kampung, yg.paling wangi dalam koleksi roseku
                                        Pagar keliling rumah yg masih dalam proses penyiapan, belakang tu ada tali air, untuk pengairan sawah padi, kalau cuti sekolah aku dan gadis2 manisku memancing ikan 'rungau dan ikan kuruk'.Seronok.Belakang rumah ni, sambil memancing sambil siram bunga dan menikmati aroma bunga2 mawar yg indah.Aku tulis puisi tauu.
                                           Ros ini subur dan terus berbunga, Ros padang Besar, bunga kenangan
                                         Ini ros ku dapatkan bibitnya dari kaki kinabalu setahun yg lalu, hidup subur.
 Ahh, ini ros kuning dan masih terlalu muda,ia datang khas dari Kota Batu, Malang Indonesia.Aku bersyukur, ia telah hidup dan berbunga, sedikit masa lagi , pokoknya akan membesar, semoga begitu kan 'Yuni' sahabatku.
 Ini juga mawar dari kota batu, kiriman yuni, sangat cantik dan agak sihat.

 Lavendar, kiriman Yuni dari bersama mawar2 di atas, ia sudah boleh ku semai.Masa sekolah rendah, aku main bunga ini, jadikan seperti itik2 air..cantik boleh terapung2 seperti itik2 dalam kolam yg tenang...
 Mawar yg.ini juga dari indonesia.Setakat ini ada 4 pokok lagi yg belum berbunga, aku masih berusaha menjaga dan menunggu penuh debaran, apa pula warna yg 4 ini..Cantikkan.Aku cukup gembira mawar dari kebun 'Yuni' telah ada di halaman rumah ku di Kota Belud, sabah.Jauh sejarah perjalanan bunga ini.Kalau ia dah cukup besar, akan ku alihkan ke tanah sebenar, bukan dalam pasu nanti nya.
                                                  dua hari yg.lalu aku sempat membeli perabut jati, bolehlah untuk santai.
                                          Aku suka ruang ini dengan cahaya lampu yg.suram dan dan tempat rehat yg.selesa
                                           Aku ambik sendiri spesis teratai ini, di tasik terbiar Tanjung Aru, kk.tak pasti lagi lokasi mana sesuai tanam bunga teratai jenis besar ini.
                                             Ini teratai putih jenis terapung, aku letak dalam kolam ikan.Ini pun aku ambik sendiri, sempatlah aku berbaur wangian lumpur semasa mendapatkan teratai ini.
                                             Ini pun spesis teratai, tapi bunganye kecik2, daunnye lebar, bulat dan rata.Ku harap ia akan membesar di kolam ikan ku.

                                             Mawar/rose dari kaki kinabalu.Rajin berbunga dan mudah hidup, besar2 bunganya.
                                          Ini pemandangan dari luar jendela bilik 'irma restu', Miming jangan jeles. hehe..
Ok lah nak pek baju, nak gi KL..cari pulak bibit cempaka putih pujaan hati, harap2..puan Chempaqa..yg ku hubungi pagi tadi dapat belikan aku bunga tu dan kami akan ada peluang bertemu 4 mata..hahaha..manisnya harapan. 
Andai ada peluang 
ku ingin memilikimu
menjaga mu, 
seadanya yg ku mampu.
Itulah aku yg memuja mu, 
selalu-selalu, 
kau kekal di situ, di hatiku.

6 oktober khamis yg.penuh harapan

Hari ini khamis 6 oktober.
Petang kemarin rabu hantar Restu ke airport .Bertolak dari airport kk jam 7.00 malam.Jalan jem teruk dari airpot sampai ke ru gading tuaran.Entah apa yg terjadi, ingatkan ada banjir...jam 10 malam baru sampai ke rumah.

Siang hari ini, aku sangat sibuk siap kan markah skt guru2, baru dua orang hantar borang skt.Aku kena serah pd GB 11 okt.ini  Esok jam 3.30 ptg aku bersama 'ir' akan ke kl, menghadiri majlis konvo 'Restu'..aku tah pasti macam mana nak tinggalkan kerja dan tanggung jawab aku yg melambak2 di sekolah.

aku di kl pd sabtu dan siang ahad, malam isnin aku balik sabah, pagi isnin aku mesti ada di sekolah, persiapan sukan sekolah dan kejohanan sukan sekolah hari rabu dan khamis.24 oktober  hingga 28 oktober peperiksaan akhir tahun. Periksa kertas soalan dan key in hasil keputusan on line kementerian wajib buat awal november.Jadual waktu utk sesi 2012 perlu ada garis kasarnya.Tak tahu bila nak selesai semua tu.

Hanya doa ku aku terus sihat di samping 'ir' anak2, keluarga aku dan bunga2 ros aku.Kolam ikan aku dah ada bunga teratai putih.Aku ambik sendiri bunga tu di tasik terbiar depan perumahan taman nikmat, kota belud.Nanti lah aku kongsikan gambarnya.

'Bunga Cempaka' impian aku untuk memilikinya, apakah ia akan menjadi kenyataan??..
Dah dua kali percubaan aku untuk menanamnya, tapi semuanya sia2..bunga tu meninggal begitu saja..menjadi ranting reput , menghitam dan menyakitiku.

Ada seorang sahabat kirimkan aku bunga cempaka, 3 pokok, dia poskan..3 hari dalam kotak pos laju..bila sampai, aku terus semai dalam tapak yg pada perkiraanku dia akan tumbuh..tapi mati ketiga2nya.

Kali kedua sahabat aku 'SOM' dari Ipoh, kirimkan aku sepohon...tanah tempat aku tanam  tu, ku sediakan khusus, seperti tanah semaian utk ros aku dari Yuni dari indonesia.Malangnya cempaka itu, juga mati..meski aku berusaha keras menjaganya.Yang peliknya, andai tanah yg.tak sesuai, kenapa bunga2 ros aku dari yuni itu terus hidup menyubur dan ceria?.

Penjagaan yg sama, emosi dan doa yg sama.Cempaka bunga kenangan dan sejarah dalam hidup remajaku.Susah sangat ke nak memilikinya?..
Aku masih mengharap hari ahad sepanjang siang nya aku dapat round nusery sungai buluh nanti dan beli sendiri bibit bunga cempaka tu dan ku bawa balik sendiri.Semoga aku ada kesempatan berbuat demikian.
Alangkah bagusnya kalau ada member di KL yg sanggup beli kan bunga itu lebih awal utk.ku dan kami boleh jumpa..dan saling bertukar cerita, aku bagi dia duit, dia bagi aku bunga tu.Itu semua ketentuan Allah.
Ok lah sampai di sini, 'Yuni' bunga ros/mawar warna kuning, pink dan peach itu dah berjaya ku saksikan bunganya, lavendar itu mula ku semai banyak2.

Yuni, TQ.