Saturday, March 31, 2012

Catatan penghujung mac 2012.

28 mac hari rabu..saat mengajar PJK di padang sekolah seawal 7 pagi  tentunya sangat seronok..jam sembilan pagi, aku terima berita ibu sakit tenat di kampun KM.Secepat itu aku bergegas drive seorang seorang balik ke KM utk.melihat berita tentang ibu.Melalui bukit bukau yg sedang galak ditarah dan pembaikan jalan lebuh raya merentas pesesir perbukitan ulu kukut, terasa nyaman sekali...namun dalam benak ku terasa resah gelisa berbagai andaian, bimbang terlambat berjumpa ibu..

Akhirnya sampai juga ke rumah menemui ibu .Iya ibu diserang batuk berkahak dan demam 'asma' dalam bahasa kampung penyakit 'ampus' iaitu 'lelah'..puas juga aku memujuk ibu untuk mengikuti aku balik ke KB utk diberi rawatan yg.sesuai.Selepas berjam2 memujuk, akhirnya ibu bersetuju.Dalam keadaan ibu demam..aku paksa juga naik kereta hijau aku..berjalanlah kami kembali ke KB..berdua melalui pesisir perbukitan Mengaris dan ulu kukut..menambahkan lagi catatan memoriku di penghujung mac ini.

Sampai di rumah..ibu kubaringkan diruang tamu.  Berusaha aku utk membuat ibu selesa.Akhirnya ibu tertidur.
Petang itu aku bergegas ke kelinik Dr.Saijan,...utk meminta ubat kegemaran ibu..sebab ubat itu serasi dgn.nya.  Lepas ibu makan ubat tersebut sertamerta penyakit lelah dan batuknya reda, dan ibu tertidur,
Sepanjang malam keadaan ibu tenang.

29 pagi khamis..aku bertugas seperti biasa..waktu rehat aku balik menjenguk ibu.Dia tidur dan nampak normal.Waktu senja, tetiba nafas ibu sesak lagi...lelahnya menyerang .Ku urut ibu..dibantu oleh  'Lia'..tengok jam dah 10 malam.Sakit ibu bertambah..kerap ke tandas dan bercakap,Jam 12 malam dah masuk hari jumaat..ibu minta dibawa ke bilik air..ibu bersihkandirinya, tetiba dia boleh duduk mencangkung dan nampak sungguh2 membersihkan dirinya.Lapas selesai membersihkan diri..ibu ku bawa ke tilam empuk tempat dia sedia berrehat..tepaat jam 12.15 malam..ibu menghembuskan nafasnya yg.terakhir..Ibu pergi dengan meninggalkan senyum yg.manis diwajahnya.Alhamdulillah.  Malam itu juga aku ajak 'ir' dan siti Alus menghantar jenazah balik ke KM.

30 Mac, hari jumaat.  Se awal jam 8 pagi aku ke pekan KM dengan ditemani oleh ibu saudara sebelah arwah ayah...membeli kain kafan dan peralatan mandi.Alhamdulillah.Semua kerja dapat dilaksanakan dengan jayanya.Ramai saudara mara datang....kerja memandikan jenazah..agak perlahan lantaran menggunakan tenaga orang lama, macam tak ada pelapis geng mandi jenazah ni..Namun ibu selamat dikebumikan sebelah kekasihnya,tentunya arwah ayahku.

Saat ini terasa sunyi dan masih ternampak2 wajah bagaimana ibu, cuba berkomunikasi dgn.ku..dan suara nafasnya yg tersekat2.Entahlah..hati aku semakin sepi bila memikirkan ruang yg.jauh dan luas yg.tak tergapai oleh akal manusia.Siang tadi saat aku terlibat memandikan ibu..aku ..tatap wajahnya..ibu tersenyum dan seperti tidur..warnakulitnya menjadi cerah bersih dan kelihatan muda..Alhamdulillah..dan ibu meninggal malam jumaat dan dikebumikan lepas waktu solat jumaat.

Aku meminta agar ibu dikebumikan sebelum waktu solat jumaat, tapi proses mandi lambat..menyebabkan jemaah terpaksa bergegas ke masjid bersama imam menunaikan fardu jumaat terlebih dahulu.
Namun saat ini aku memikirkan..itulah terakhir aku menatap wajah ibu..dan menyimpan kenangan bersamanya diakhir hayatnya..Ya Allah..lindungilah Ibu aku dan kasihilah dia, seperti mana dia mengasihi diriku sewaktu aku kecil dulu..amin.Alfatiha.

Sampai jumpa lagi..ada sedih dihatiku.

Tuesday, March 27, 2012

Bisikan Penghujung Mac

Seperti kelmarin
catatan hatiku adalah sama
Cerita puisi dan hati sepi..

Kalau kau bisa memahami
Aku ingin dikau kembali
Memilih jalan yang aku ingini..

Namun
Takdir ini membezakan kita..
Pilihan mu mengukuhkan langkahmu..
Keinginanku menghalang takdirmu..

Lalu,
Pasrah hatiku
Ku terima takdir itu..
Sepi ini melingkari hidup ku.
Menjadi bisikan rindu
Penghujung mac yang bisu.
                                         Banyak catatan yg tidak akan berulang..masih kah kau ingat?..aku rindu.

Friday, March 23, 2012

Panorama Desa 18 mac 2012

Terpanggil aku untuk menghadirkan diri ke majlis persandingan anak kakak  disebuah desa terpencil didaerah KM..
Desa ini menggamit banyak memori.Desa ini bukan tanah tumpah darah ayah dan ibuku...jauh sekali untuk diriku dan adik beradik ku.Namun di sini desa ini..ayah ku telah berjuang dengan tulang empat keratnya, dengan kekuatan tenaga mudanya meneroka tanah seluas 9 ekar..

Arwah ayah tanam pisang dan kelapa, koko, pokok kopi, nenas dan mangga serta beberapa pokok langsat.
Bila terjadi kemarau panjang di tahun 80an semua pokok habis musnah kecuali pokok pisang dan kelapa.

Kehidupan itu payah..tetapi arwah ayah sangat hebat..walau pun dia seorang diri, dia berjaya membanggunkan tanah seluas itu..bila anak2 dah dewasa dan membawa haluan sendiri sendiri, tanah ini penuh dengan makanan..ayah pernah berpesan kepada ku" kalau terjadi peperangan, kebun ini dia tinggal kan untuk adik beradik kami berkumpul dan bersembunyi. Untuk tempoh 3 tahun pisang itu..buahnya boleh menjadi bekalan makanan sekiranya terjadi darurat negara"

Arwah ayah generasi pemuda zaman perang..ayah selalu kongsikan ceritanya dengan adik beradikku suatu ketika dahulu, betapa susahnya kehidupan apa bila negara di landa musibah..peperangan khususnya.Kini ayah  telah pergi..aku akan menyusulnya..namun aku masih punya ibu dan sepupu ayah..mereka sudah terlalu lama menyaksikan panorama desa ini..Saat ini aku teringat ayah yang sangat aku kasihi.,,dia bersama ibu telah membesarkan aku sehingga aku memiliki kehidupan yg. ada hari ini..

Potret ini lukisan rinduku.Aku kongsikan untuk yg.bernama keluarga dan sahabat2 ku, Jom layan .
 Sekeliling rumah dipenuhi pokok pisang yg.hasilnya 70% sedekah utk.burung.
 Pengantin zaman jepun ni...ibu, saudara ibu dan ibu saudara sepupu ayah 'yang Baka'

          'ibu' kekuatan dan doa mu..jambatan hidupku..seluas langit dan bumi, tak terbalas jasamu.

 Yang bergelar 'abang' tanggungjawab tetap berat setelah ayah pergi.Tahniah utk.abang2 tersayang. Kak 'soyoh'  mamanya..nyanyi bang..hehehe

'kalau kau dah tiada'..tiadalah abang aku..'ayat ini tertanam dalam benakku..membuatkan aku sendu dan menebalkan azamku sentiasa menyayangimu..meski kalian tak pernah melihatnya..dan tak mahu memahaminya..

  aikk...sampai juga dia di sini..ini bakal anak murid aku ni..mesti dia akan hebat, sehebat semangat perjuangan ayah dan ibunya yg.telah berjaya.
 'ir' bersama abang sepupu anak saudara arwah ayah 'Abd.Rahman @Terawis@ kak Diang..bestkan nick name nye.
         hahaha..kakak dan pangkat anak saudara ni..berpeluang juga menjejakkan kaki ke desa terpencil ini..
.

                                         'puan Rabanah' hehehe sahabat lam masa darjah 5..lawakan dia ni.
                    'siti Alus' wajah ratu yg tak pudar..cantikkan anak saudara aku ni...hehehe minta pujilah tu..
 Pasangan ini..kebanggaanku..'Masdi'..terimakasih ahh anakanda..keikhlasan itu terpancar dari raut wajah.
 'pakar' masak ni..kakak2 ipar...terimakasih kak
 Meski desa ini terpencil..ramai tetamu hadir..keliling tu hutan hijau tropika..sejuk tempat ni..
 Pasukan kompang menyambut mempelai lelaki.Terimakasih...dik
                                         Abang tarik suara..suara kelasik nasional..merdu tauu
 wahh dapat bunga lagi, tentulah dari isteri tersayang dan cucu cucu, tanda sokongan.Hehehe yg.penting ceria.
                   Abang ini tetap tempat kami bermanja..lia dan aida..ini satu memori utk kamu, saat bersama.
                                       Hehehe tak sangka, keluarga KB dapat datang..saini dan suami ..terimakasih.
 Wah..abang haji dan si cantik 'nok' anakanda..tekun pilih lagu..ada yg. berkenaan?Abang mat pun sudi menyumbang suara di majlis itu..suara zaman 60an..merdu sekali 'seruling anak gembala'
 Merdu suara anakanda aku ni tak sangka dia pandai menyanyi..terimakasih memeriahkan majlis di hari itu.
                                         Boleh lah..tersimpan menjadi kenangan dalam lingkaran ini.anakanda masnah anak arwah kak Hamidah..ada sayang di hati ku untuk mu...mas.
                                         yang ketawa ketawa tu..namanya 'mas'..terimakasih mas sudi datang..anakanda 'alul' santai aje..
 'ain' dan adik2...anak murid aku juga ni...sampai juga mereka ke desa ini..lainkali datang lagi..ya.
                                          Tetamu2 cantik yg,diundang..asli dan mempersona..
 koleksi album dalam lingkaran ini..utk.'pesoko'.
Semoga ada hayat..kita berkumpul lagi.Assalammualaikum.


Thursday, March 15, 2012

Masih kah ia secantik kemarin?

Sejak jam 1.00 tadi hujan mula turun dgn.deras..saat ini dah jam 4.15 petang..hujan dah berhenti.Cuaca nampak tenang dan panas2 sejuk..demamku kambuh lagi..sendirian saat begini..ada sunyi dan terasa sepi persekitaranku.

Seperti biasa ku belek2 bunga matahari ku..ia dah berbeza dari hari2 kelmarin.Tak ingin ku kehilangan kecantikannya..namun apakan daya, inilah hakikat kitaran hidup.
Masih kah ia secantik kemarin?..

Jauh disudut hati ..benar ia masih seunik kelmarin..cuma warnanya telah hilang dari kekuningan dan lembut..kini ia bertukar warna hitam, keras dan membentuk suatu reka bentuk yg.cantik dan tersendiri...

Adakah benih bunga ini tersimpan dalam tapak kelopak yg.keras ini?
Aduhai..menyingkap rashia bunga ini pun dah menjadi benda yg.sangat menarik..doa dan penantianku semoga akan ada biji benih yg.dapat ku tuai dan semai semula..utk dikongsi pulak dgn kawan2 dan sekolah.

Itu pun kalau tapak kelopak yg keras dan tebal ini mampu melindungi benih nya dari mereput ditimpa air hujan yg.deras lagi berterusan.Tak lah ada daya upaya menahannya..kecuali izin Allah.Doaku semoga Allah memelihara benih bunga matahari ku ini dari termusnah.Amin..

Ku kongsikan bunga pujaan ini
                                              Kelmarin wajahnya secantik ini..
                                             Hari ini ketika ini..ia dah jadi seperti ini..
                                           Disebalik perubahan itu..ada benda baru yg.sedang bermula..tersimpan dalam tapak kelopak nan keras ini..
                                            Kesemua kuntum itu tak lagi sesegar dan ceria seperti kelmarin..namun ia tetap cantik dan unik.

Sampai jumpa lagi..
................................................
Petang ini sepi
Tika duduk sendiri sendiri
Bunga bunga ku tak mampu tersenyum
Lantaran cuaca mencengkam semua ruang
Tak lagi bisa ku dengar bicara angin
Tempias hujan terlalu deras..
Saat aku binggung sendiri
Tiada teman bicara
Cuma bisikan halus
Butiran pasir yang terloncat di kaki lima
Menumpang teduh menghindari ketukan hujan
Bimbang hanyut menjadi lumpur
Lumpur yang bakal menghapuskan serinya mawarku..
Menghapuskan senyum di hatiku.

15 mac..saat sendiri.

Blog walking khamis 15 mac.

sesaat merayau rayau..menambah pembacaan utk.penambahan ilmu..jumpa blog ini atas maklumat seorang sahabat maya 'BM'. terimakasih ya..Jom layan..niat kerana Allah.

http://wahyu2u.wordpress.com 

Wednesday, March 14, 2012

Hari ke 5 minggu cuti sekolah.

14 Mac..rabu ini.Pagi panas terik..petang nanti kemungkinan hujan lebat di sertai angin agak kencang.Ada bimbang di hati ku.
Dah 5 hari tak jumpa anak murid..ada terdetik rindu pada keriuhan suara mereka...saat ini ketika ini.
Semoga mereka belajar cuti2 begini.Bagi aku, walau pun cuti kerja tetap melambak2.Kemas rumah masih tak siap2 lagi..nak alihkan anak2 pokok yg di semai..tak terbuat juga..tapak semaian perlu digembur tanahnya..tak siap juga..buat carta organisasi yg.ku rancang tak siap juga..hujung mac ini mesyuarat agong PIBG sekolah..jemput YB..banyak lah kerja yg.menanti..aku masih batuk dan demam selesema.Namun hati ku tetap rasa ceria menanti Dr.Rashid dari Banglore, tak kiralah bila dia dapat balik, Irfa balik dari jitra dan tentu nya khabar baik dari Irma Restu..simbol cintaku..hanya doa pada Allah kalian sentiasa dipermudahkan serta di lindungiNya walau di mana kamu berada.

Mari layan gambar.
Hari terakhir sekolah ..sempatlah ambik gambar anak2 aku ni..mereka baru melangkah ke pra remaja..jiwa yg.masih bersih.





Bunga matahari ku yg.semakin tak bermaya.

Bunga seri pagi aku ni..awal pagi dia berwarna biru..bila keluar mata hari..perlahan dia bertukar warna..menjadi seakan akan unggu.Cantik kan.










   Dua buah rumah ni susah nak jaga...tapi Alhamdulillah inilah simbol usaha titik peluh selama berkerja..disinilah anak2 aku membesar..dan kalau ada rezeki..rumah ni persediaan utk.membesarkan cucu..aktiviti bila pencen nanti hehehe..rumah sebelah tu nak buat tempat asuhan..lama lagilah projek tu..Insyallah.

Saturday, March 10, 2012

Peluang rehat dalam 'Tab Mandi'

Hari ini sabtu 10 mac.
Dah 7 hari aku demam,mula2 cuma sakit tekak.hari rabu mula demam panas dan sumbat hidung..hari jumaat sakit tekak hilang, tapi beralih ke pernafasan..semput dan batuk..bila baring rasa sesak nafas..cuma makan panadol dan ubat batuk farmasi yg.'ir' beli..macam tak cukup masa nak ke kelinik dan jumpa doktor.

Petang tadi jam 3..cuaca macam sesuai utk.mandi berendam, apa lagi aku ambik kesempatan petik bunga2 dipersekitaran halaman rumah, tentunya bunga ros merah jambu dan merah terang, bunga melur dan bunga kertas jadi sasaran utama.Campur dalam tab mandi dan sedikit shampo mandian wangi mawar..aku pun berendam macam bakal pengantin mandi bunga.Hahaha leganya..lama aku berendam dalam tab tu..hilang semua sesak nafas dan demam panas aku, hilang lenguh2 sendi..ahh ini kah khasiat bunga2 tu?..Alhamdulillah kalau benar begitu.  Sesiapa nak coba..boleh coba..tak rugi ada bunga2 ros di 'halaman tanam sendiri'.

Lepas mandi rasa segar dan bertenaga,  lepak depan halaman rumah sambil tengok bunga mata hari yg.semakin tua, dan ikan kap taiwan bermacam warna..tambah lagi segar kesihatanku, tapi 'ir' pula tetiba rajin pergi membersihkan kawasan rumput yg.terbengkalai yg.tak sempat aku siapkan lantaran dilanda demam.Seronok tengok 'ir' menyangkul dan membakar rumput2basah tu..apa lagi asapnya sampai ke langit hehehe..
Ku kongsikan gambar sebagai koleksi album kenangan dalam lingkaran hidup kita di dunia ini.Jom layan gambar.

'berendam dalam air bunga ini melegakan demam'

 'mawar merah jambu' melegakan emosi..
 Ini pokok betik 'sekaki' yg.ku pesan dari blog 'tanam sendiri' tak sabar nak tunggu hasilnya.Pokok yg.ini paling subur.

 Dalam pasu pokok pegaga biasa dan pegaga jepun..yg.kudapat di kaki kinabalu di bulan 'disember 2011'.Dalam kereta sorong yg tak boleh digunakan itu..ku isi tanah dan tanam 'ulam pudina'..harap2 akan tumbuh subur tanpa baja kimia.
 Pokok kesom, betik sekaki dah di landa rumput tebal..perlu tenaga dan masa utk.membersihkannya.

 Pokok mangga dan pokok cili padi..berkongsi ruang..dah berbuah pokok cilini..tapi sedang galak diintai burung'porok' hehehe..memang tak terelak..tak apalah ku niatkan sedekah saja..mana yg tinggal aku punya.
Ini pokok rambutan'budak sekolah' galak pertumbuhan daunnya..ini juga tanpa baja kimia..masih mencari2 baja organik..tak ada pembekal..ku guna baja sisa air cucian beras dan udang je..


Ini pokok jambu madu yg sedang teruk diserang penyakit..nak kata ulat tapi tak pernah jumpa ulat..tetiba daunnya jadi macam terbakar dan koyak sana sini, tapi pokok nya tetap nampak  membesar .Tak tahu apa nak buat.
 Ini pokok betik sekaki yg.tak tahu apa sebab dia kelihatan bantut..mungkin aku terlebih siram..lantaran memenuhi permintaan pegaga jepun yg cuba ku semai seiring dgn.pokok betik ini..saja nak coba.

Hehehe 'ir' hulurkan bantuan menyiapkan kerja pembersihan yg.terbengkalai lantaran aku demam..'abang' terimakasih ..wah asap tu, agak2 sampai ke langit tak?..hehehe rumput tu puncanya.

 Kalau jadi ini tapak semaian sayur2 daun pelbagai jenis yg.akan aku usahakan..mudahan2 terlaksana..tanahnya belum cukup gaul..dah ada tanah hampas sawit didalamnya tambah tanah bukit dan pasir..semoga hasilnya mendatangkan keberkatan bersama.Dengan izin Allah.
















Tuesday, March 6, 2012

Saat Jasad Mereput Membilang waktu ..baca rekod rakaman vedio ini.

6 mac, hari selasa yg.redup.
Aku ada kesempatan melayari dunia maya tampa sempadan ini.Ku jumpa vedio ini.Benar atau tidak..Allah saja yang Maha Mengetahui.Tujuan ku sekadar perkongsian untuk sebuah kesedaran iaitu..hidup ini walau secantik mana pun manusia itu, kaya raya, berkuasa, tinggi pangkat dan jawatan, akhirnya sampai ketika akan melalui saat ini..saat jasad mereput dan terurai kembali menjadi karbon. Jom layan dan jangan lupa tengok jam yg.direkodkan..saat badan gebu bertukar mereput.


Saturday, March 3, 2012

Telang Yang Biru.

3 mac, hari sabtu yang memenatkan.
Hari ni kena kerja macam biasa, ganti hari persekolah cuti masa tahun baru cina dibulan yg.lalu.
Tapi semuanya alhamdulillah, baik baik saja.

Ada kesempatan meneliti images kat google dan jumpa gambar ' telang' ini.
Ada persoalan di hati ku..apakah ini memang bunga telang sebenarnya?..telang yg aku ada kiriman sahabat dari blog tanam sendiri, telang ku itu kelopak  bunganya cuma selapis..tapi yg.ini pula seperti bunga banyak kelopaknya.
ku kongsikan telag biru yg.aku maksud kan ini.
Harapan ku semoga tuan Iskandar berkesempatan memberi pendapat mengenai bunga telang yg.ini..dan kalau dapat benih yg,sebegini saya nak oder.

inilah images telang yg.biru itu.




 
 Gambar bawah ni..bunga telang aku yg.benihnya ku peroleh dari blog tanam sendiri..gambar tak terang..untuk perbandingan dgn gambar di atas.