Saturday, March 10, 2012

Peluang rehat dalam 'Tab Mandi'

Hari ini sabtu 10 mac.
Dah 7 hari aku demam,mula2 cuma sakit tekak.hari rabu mula demam panas dan sumbat hidung..hari jumaat sakit tekak hilang, tapi beralih ke pernafasan..semput dan batuk..bila baring rasa sesak nafas..cuma makan panadol dan ubat batuk farmasi yg.'ir' beli..macam tak cukup masa nak ke kelinik dan jumpa doktor.

Petang tadi jam 3..cuaca macam sesuai utk.mandi berendam, apa lagi aku ambik kesempatan petik bunga2 dipersekitaran halaman rumah, tentunya bunga ros merah jambu dan merah terang, bunga melur dan bunga kertas jadi sasaran utama.Campur dalam tab mandi dan sedikit shampo mandian wangi mawar..aku pun berendam macam bakal pengantin mandi bunga.Hahaha leganya..lama aku berendam dalam tab tu..hilang semua sesak nafas dan demam panas aku, hilang lenguh2 sendi..ahh ini kah khasiat bunga2 tu?..Alhamdulillah kalau benar begitu.  Sesiapa nak coba..boleh coba..tak rugi ada bunga2 ros di 'halaman tanam sendiri'.

Lepas mandi rasa segar dan bertenaga,  lepak depan halaman rumah sambil tengok bunga mata hari yg.semakin tua, dan ikan kap taiwan bermacam warna..tambah lagi segar kesihatanku, tapi 'ir' pula tetiba rajin pergi membersihkan kawasan rumput yg.terbengkalai yg.tak sempat aku siapkan lantaran dilanda demam.Seronok tengok 'ir' menyangkul dan membakar rumput2basah tu..apa lagi asapnya sampai ke langit hehehe..
Ku kongsikan gambar sebagai koleksi album kenangan dalam lingkaran hidup kita di dunia ini.Jom layan gambar.

'berendam dalam air bunga ini melegakan demam'

 'mawar merah jambu' melegakan emosi..
 Ini pokok betik 'sekaki' yg.ku pesan dari blog 'tanam sendiri' tak sabar nak tunggu hasilnya.Pokok yg.ini paling subur.

 Dalam pasu pokok pegaga biasa dan pegaga jepun..yg.kudapat di kaki kinabalu di bulan 'disember 2011'.Dalam kereta sorong yg tak boleh digunakan itu..ku isi tanah dan tanam 'ulam pudina'..harap2 akan tumbuh subur tanpa baja kimia.
 Pokok kesom, betik sekaki dah di landa rumput tebal..perlu tenaga dan masa utk.membersihkannya.

 Pokok mangga dan pokok cili padi..berkongsi ruang..dah berbuah pokok cilini..tapi sedang galak diintai burung'porok' hehehe..memang tak terelak..tak apalah ku niatkan sedekah saja..mana yg tinggal aku punya.
Ini pokok rambutan'budak sekolah' galak pertumbuhan daunnya..ini juga tanpa baja kimia..masih mencari2 baja organik..tak ada pembekal..ku guna baja sisa air cucian beras dan udang je..


Ini pokok jambu madu yg sedang teruk diserang penyakit..nak kata ulat tapi tak pernah jumpa ulat..tetiba daunnya jadi macam terbakar dan koyak sana sini, tapi pokok nya tetap nampak  membesar .Tak tahu apa nak buat.
 Ini pokok betik sekaki yg.tak tahu apa sebab dia kelihatan bantut..mungkin aku terlebih siram..lantaran memenuhi permintaan pegaga jepun yg cuba ku semai seiring dgn.pokok betik ini..saja nak coba.

Hehehe 'ir' hulurkan bantuan menyiapkan kerja pembersihan yg.terbengkalai lantaran aku demam..'abang' terimakasih ..wah asap tu, agak2 sampai ke langit tak?..hehehe rumput tu puncanya.

 Kalau jadi ini tapak semaian sayur2 daun pelbagai jenis yg.akan aku usahakan..mudahan2 terlaksana..tanahnya belum cukup gaul..dah ada tanah hampas sawit didalamnya tambah tanah bukit dan pasir..semoga hasilnya mendatangkan keberkatan bersama.Dengan izin Allah.
















1 comment:

Irfa1810 said...

uiyooo... ada kebun sendiri.... mcm seronok pula... ^^