Wednesday, March 14, 2012

Hari ke 5 minggu cuti sekolah.

14 Mac..rabu ini.Pagi panas terik..petang nanti kemungkinan hujan lebat di sertai angin agak kencang.Ada bimbang di hati ku.
Dah 5 hari tak jumpa anak murid..ada terdetik rindu pada keriuhan suara mereka...saat ini ketika ini.
Semoga mereka belajar cuti2 begini.Bagi aku, walau pun cuti kerja tetap melambak2.Kemas rumah masih tak siap2 lagi..nak alihkan anak2 pokok yg di semai..tak terbuat juga..tapak semaian perlu digembur tanahnya..tak siap juga..buat carta organisasi yg.ku rancang tak siap juga..hujung mac ini mesyuarat agong PIBG sekolah..jemput YB..banyak lah kerja yg.menanti..aku masih batuk dan demam selesema.Namun hati ku tetap rasa ceria menanti Dr.Rashid dari Banglore, tak kiralah bila dia dapat balik, Irfa balik dari jitra dan tentu nya khabar baik dari Irma Restu..simbol cintaku..hanya doa pada Allah kalian sentiasa dipermudahkan serta di lindungiNya walau di mana kamu berada.

Mari layan gambar.
Hari terakhir sekolah ..sempatlah ambik gambar anak2 aku ni..mereka baru melangkah ke pra remaja..jiwa yg.masih bersih.





Bunga matahari ku yg.semakin tak bermaya.

Bunga seri pagi aku ni..awal pagi dia berwarna biru..bila keluar mata hari..perlahan dia bertukar warna..menjadi seakan akan unggu.Cantik kan.










   Dua buah rumah ni susah nak jaga...tapi Alhamdulillah inilah simbol usaha titik peluh selama berkerja..disinilah anak2 aku membesar..dan kalau ada rezeki..rumah ni persediaan utk.membesarkan cucu..aktiviti bila pencen nanti hehehe..rumah sebelah tu nak buat tempat asuhan..lama lagilah projek tu..Insyallah.

2 comments:

Irfa1810 said...

yahhhhh.... rindu pla mo plg rumah.. jeles tul, kwn2 lain dpt plg... huhu... tapi mo buat apa jga di rumah kan.... hehehe... ari tu projek almari... nnt projek menjahit pla~ hehehhee... ^^

Puteri Purnama said...

ahh mau buat apa dirumahkan??..hahaha..bosan kan..