Friday, March 23, 2012

Panorama Desa 18 mac 2012

Terpanggil aku untuk menghadirkan diri ke majlis persandingan anak kakak  disebuah desa terpencil didaerah KM..
Desa ini menggamit banyak memori.Desa ini bukan tanah tumpah darah ayah dan ibuku...jauh sekali untuk diriku dan adik beradik ku.Namun di sini desa ini..ayah ku telah berjuang dengan tulang empat keratnya, dengan kekuatan tenaga mudanya meneroka tanah seluas 9 ekar..

Arwah ayah tanam pisang dan kelapa, koko, pokok kopi, nenas dan mangga serta beberapa pokok langsat.
Bila terjadi kemarau panjang di tahun 80an semua pokok habis musnah kecuali pokok pisang dan kelapa.

Kehidupan itu payah..tetapi arwah ayah sangat hebat..walau pun dia seorang diri, dia berjaya membanggunkan tanah seluas itu..bila anak2 dah dewasa dan membawa haluan sendiri sendiri, tanah ini penuh dengan makanan..ayah pernah berpesan kepada ku" kalau terjadi peperangan, kebun ini dia tinggal kan untuk adik beradik kami berkumpul dan bersembunyi. Untuk tempoh 3 tahun pisang itu..buahnya boleh menjadi bekalan makanan sekiranya terjadi darurat negara"

Arwah ayah generasi pemuda zaman perang..ayah selalu kongsikan ceritanya dengan adik beradikku suatu ketika dahulu, betapa susahnya kehidupan apa bila negara di landa musibah..peperangan khususnya.Kini ayah  telah pergi..aku akan menyusulnya..namun aku masih punya ibu dan sepupu ayah..mereka sudah terlalu lama menyaksikan panorama desa ini..Saat ini aku teringat ayah yang sangat aku kasihi.,,dia bersama ibu telah membesarkan aku sehingga aku memiliki kehidupan yg. ada hari ini..

Potret ini lukisan rinduku.Aku kongsikan untuk yg.bernama keluarga dan sahabat2 ku, Jom layan .
 Sekeliling rumah dipenuhi pokok pisang yg.hasilnya 70% sedekah utk.burung.
 Pengantin zaman jepun ni...ibu, saudara ibu dan ibu saudara sepupu ayah 'yang Baka'

          'ibu' kekuatan dan doa mu..jambatan hidupku..seluas langit dan bumi, tak terbalas jasamu.

 Yang bergelar 'abang' tanggungjawab tetap berat setelah ayah pergi.Tahniah utk.abang2 tersayang. Kak 'soyoh'  mamanya..nyanyi bang..hehehe

'kalau kau dah tiada'..tiadalah abang aku..'ayat ini tertanam dalam benakku..membuatkan aku sendu dan menebalkan azamku sentiasa menyayangimu..meski kalian tak pernah melihatnya..dan tak mahu memahaminya..

  aikk...sampai juga dia di sini..ini bakal anak murid aku ni..mesti dia akan hebat, sehebat semangat perjuangan ayah dan ibunya yg.telah berjaya.
 'ir' bersama abang sepupu anak saudara arwah ayah 'Abd.Rahman @Terawis@ kak Diang..bestkan nick name nye.
         hahaha..kakak dan pangkat anak saudara ni..berpeluang juga menjejakkan kaki ke desa terpencil ini..
.

                                         'puan Rabanah' hehehe sahabat lam masa darjah 5..lawakan dia ni.
                    'siti Alus' wajah ratu yg tak pudar..cantikkan anak saudara aku ni...hehehe minta pujilah tu..
 Pasangan ini..kebanggaanku..'Masdi'..terimakasih ahh anakanda..keikhlasan itu terpancar dari raut wajah.
 'pakar' masak ni..kakak2 ipar...terimakasih kak
 Meski desa ini terpencil..ramai tetamu hadir..keliling tu hutan hijau tropika..sejuk tempat ni..
 Pasukan kompang menyambut mempelai lelaki.Terimakasih...dik
                                         Abang tarik suara..suara kelasik nasional..merdu tauu
 wahh dapat bunga lagi, tentulah dari isteri tersayang dan cucu cucu, tanda sokongan.Hehehe yg.penting ceria.
                   Abang ini tetap tempat kami bermanja..lia dan aida..ini satu memori utk kamu, saat bersama.
                                       Hehehe tak sangka, keluarga KB dapat datang..saini dan suami ..terimakasih.
 Wah..abang haji dan si cantik 'nok' anakanda..tekun pilih lagu..ada yg. berkenaan?Abang mat pun sudi menyumbang suara di majlis itu..suara zaman 60an..merdu sekali 'seruling anak gembala'
 Merdu suara anakanda aku ni tak sangka dia pandai menyanyi..terimakasih memeriahkan majlis di hari itu.
                                         Boleh lah..tersimpan menjadi kenangan dalam lingkaran ini.anakanda masnah anak arwah kak Hamidah..ada sayang di hati ku untuk mu...mas.
                                         yang ketawa ketawa tu..namanya 'mas'..terimakasih mas sudi datang..anakanda 'alul' santai aje..
 'ain' dan adik2...anak murid aku juga ni...sampai juga mereka ke desa ini..lainkali datang lagi..ya.
                                          Tetamu2 cantik yg,diundang..asli dan mempersona..
 koleksi album dalam lingkaran ini..utk.'pesoko'.
Semoga ada hayat..kita berkumpul lagi.Assalammualaikum.


No comments: