Monday, April 22, 2013

Aku dan Angin Malam.

22 april, hari isnin yang tenang.Saat ini jam 9 malam.Di luar rumah cahaya bulan menyimbah pandang.
Mendongak memandang langit yg tinggi dihiasi bintang bintang, ada awan putih nipis berarak gemalai melintasi permukaan bulan.Membentuk bayang bayang indah.  Aku rindu ayah dan ibu yg.telah pergi ke perkampungan abadi dan tidak lagi kembali ke dunia yang aku diami saat ini..ada sunyi di hati ku.

Sudah lama aku tak mencatat apa apa dalam blog asal aku ini.  Di halaman yang satu ini, ada banyak catatan puisi hati ku ditahun tahun sudah.Aku membaca semula catatan2 sepi ku.Hemm memabaca apa yg.aku dah catat, menyedarkan aku betapa sepinya jiwa ku dimasa lalu, namun ada banyak aktiviti yg berjaya aku buat.

Aku ingin berpuisi lagi  saat ini ketika ini.
..........................................................................
Aku dan Angin Malam
..................................
Senyapkanlah diri mu
dengarkan nafas angin
dari mana ke mana
tak siapa pernah bertanya
namanya angin penanya bayu
hadirnya melembutkan malam..

Angin datang dan pergi
melaksanakan tugas sendiri
terkadang ia singgah membelai hujung rambutku
Sesekali ia berbisik
'kalau kau ingin, bertemanlah denganku'
'ku bawa kau melihat bintang'
'ku bawa kau terbang melawat hujung malam'
...hemm dengan mudah aku berkata..
aku hanya mahu ayah dan ibu
walau seketika tapi bermakna
Bawalah aku kesana andai benar kau berkuasa..

Lalu angin pergi
Datang dan pergi
Antara kami saling tidak perduli
Diam diam, aku sepi sekali.

Puisi aku :Puteri Purnama.

.........................................................................
Aktiviti berkebun aku ada di halaman ini.

http://disinidalamlingkaranini.blogspot.com