Friday, April 27, 2012

Laut Mimpi

Jumaat ini hadir
bersama catatan nyata
takkan terpadam
selagi bernyawa..

malam yang tiba
ku kumpul segenap ingatan
membaca catatan nyata
karya kita bersama..

ku pejam mata
mencari wajah tua mu
disebalik malam kelam
....aku hampa...
ada mimpi yang singgah
lautan mimpi yang dalam
ada indah ada suram
berbaur menjadi sedarku
yang nyata
terlalu rindu aku pada mu..


.................................

Wednesday, April 25, 2012

Banyak yang kurang,banyak juga yang bertambah


24 april, hari selasa..dah jam 9.40 malam ,saat aku menulis entry ini.  Lama aku tak mencatat perkembangan gardening aku.Sibuk jaga emak sakit sampai ke akhir hayatnya dan sehingga sekarang masih sibuk dgn urusan kenduri.Tapi kenduri tu buat di rumah emak di kampung KM.  Terlalu sibuk aku terlupa mengenai tapak semaian aku, bunga2 ros aku dan kolam hias aku.

Kesibukan dan ketidakberdayaan itu membuat aku terabaikan semua benda yg ku usahakan selama ini.
Bunga ros aku warna merah jambu bibit dari Nunuk Yuni di kota Batu, Malang Indonesia..terendam air, akarnya membusuk dan sedang sakit tenat, aku telah pindahkan,,ke tapak yg.lain..tapi sehingga hari ini, pokok nya kelihatan semakin kecut dan hitam, macam tak ada harapan...

Kerana terlalu sibuk, hari  hari ada saja ikan mati dalam kolam hiasku, termasuk ikan kap warna kuning kesayangan ku..ikan talapia,,banyak yg mati, aku tak tahu apa sebabnya.Semalam balik dari bertugas, hujan lebat sangat..singgah jenguk kolam, wah terapung lagi 5 ekor talapiah merah..sudah membusuk mati..terlalu cemas aku..bila aku periksa ingsangnya, penuh selut hijau..agaknya tersumbat alat pernafasan ikan tu, lantaran kolam dari bulan september tahun lalu tak pernah dibersihkan.  Apa lagi walau hujan lebat..aku timba air kolam tu keluar di bantu oleh..tukan buat rumah aku tahun lalu, kebetulan mereka masih ada kerja menyiapkan simen tempat letak kereta...mereka tolong cuci kolam tu..banyak ikan mati..tak terkata tebalnya lumpur dlm kolam tu.

Pekerja tu balik jam 7 malam.,hujan masih renyai.Aku masukkan air tangki ke dalam kolam..air paip tak boleh kerana masih ada klorin..lambat sangat kolam tu berisi air..air tangki sangat slow..terpaksa aku angkut air dari tangki yg.lain..berulang alik dibantu oleh si cantik Aida..walau dia baru balik dari sekolah, tapi dia rela hati tolong mama.Terimakasih Aidaku.dekat jam 10 malam, walau aku berkerja dalam hujan aku berjaya lepaskan semula ikan2 ke dalam kolam walau airnya masih cetek..cuma dalam separas buku lali, dengan harapan hujan akan turun lebat dan menambahkan air kolam itu..malangnya hujan berhenti terus.. tapi pagi tadi ikan tu nampak sihat.

Tapak semaian sawi..diganggu kucing, akhirnya..beni2 sawi tersingkir ketepi..dan tidak sihat..sedih tengok sayur2 tu.semaian bunga mata hari bercampur yg.ku sayang...habis dipijak2 kucing.Ada 7 ekor kucing di rumah ini..semuanya menyakitkan hati.Nak buang kasihan pulak..bunga2 ros pun mati, angkara kucing2 ini..buang tinja dlm.pasu mawar aku ..entah apa nak jadi ni.

Tapi petang tadi, bila aku ada masa periksa semua ruang, alhamdulillah ada banyak benda yg bertambah..yang aku tak perasan selama ini, kerana terlalu sibuk dan lama tak periksa.
Ku kongsikan gambar2 ini.
   
Ros pink dari Yuni di Indonesia..entah hidup lagi ke pokok ni..tapak baru bekas tapak bunga mata hari

Yang mati tetap mati..insangnya penuh selut hijau
                                             Kolam hias ku yg.terbiar


                                               peralatan ku siapkan sebelum proses mencuci.
                                              Tapak semaian diganggu kucing, ruang tengah tu jadi tandasnya.
           

Kesimpulannya banyak lah yg.ku sayang telah berkurangan..tapii..banyak pulak yg.bertambah tampa aku sedari..jom layan gambar.
                                   sayur buah kundur yg.ku tanam..menjadi, dah matang jenis kundur wangi
                Tembikai merah..aku tak tanam ni..tumbuh sendiri..aku jaga ..tak sangka dah ada hasilnya
Ini betik sekaki, benihnya diperoleh dari blog Tanam Sendiri..Tuan, betik ni dah menampakkan hasil.Banyak aku tanam..Alhamdulillah..rendah pokok ni.Tuan terimakasih ya.


Lada padi banyak buah nya..tapi burung berbaris tunggu ranumnya.
pic bawah ni..pelbagai jenis ulam
ulam raja



pegaga biasa



Pegaga air@ teratai jepun

bawah ni sejenis ulam, orang kampung kata 'ulam sambung nyawa' kelakar namanya..tapi sedap.




keadaan kolam hiasku selepas dibersihkan.
nasib baik tak terlibat mati merah besar tu yg.mula2 beli dan yg.kehitaman di bawah tu.

yg.ini paling lawa dan bergaya..'ros merah si jantung air'..tapi nampak sisiknya dia sedang sakit.


koleksi gambar dipenghujung april yang sendu..ada sunyi dihatiku.Terimakasih untuk yang bernama sahabat..sahabat bunga2 dan sahabat ikan2..juga sahabat 'tanam sendiri'.Assalammualaikum

.....................orang di Banglore, aku rindu kamu, orang di IPDA aku rindu kamu, orang di KL..hati ku kau bawa pergi....
Jangan titikkan harapan ini.
ASSALAMMUALAIKUM.








Thursday, April 19, 2012

Kenapa jadi begini

Pernah kah kau mengerti
 Erti sebenar sebuah sunyi
Sunyi ini ku lewati sendiri sendiri
Tiada teman bicara
Jauh sekali teman bercanda..
Sunyi ku mengundang sepi.

Pernahkah engkau mengenal sepi
Sepi dalam ruang yang sunyi..

Sunyi dan sepi
Merungkai tanya dalam diri
Kenapa jadi begini..

Aku seperti mati
Tiada senyum dihati ku
..aku seperti tidak inginkan apa-apa..
Aku cuma ingin pergi
Secepat yang boleh..
..ke perkampungan abadi..


(..esok jumaat...saat  beginilah ibu mendadak sakit..terus pergi, masihku rasa panas bahunya, saat kami bergandingan ulang alik ke bilik air..sebak lagi ni).

Saturday, April 14, 2012

terhapus sedarku saat kehilanganmu.

 dua jumaat telah berlalu,  berpisah kita dalam senyap..sepi yg.kau tinggalkan mengurung aku dalam sangkar sunyi yang tak terlukis, di semua sudut ruang langkah ku..hati ku masih menyebut nama keramat itu 'yang'.. bahasa suku peribadiku.

Hari ini..sedikit usaha utk aku tidak terlalu menurut rasa, aku mengembara mencari perkongsian ilmu..ada mungkin, sepi ku akan terubat..aku terjumpa vedio ini..di you tube.

Tidak terlalu istemewa tapi cukup untuk menyedarkan aku semula banyak perkara aku nafi kan dalam ruang masa yg.diberi Tuhan aku telah, sedang, dan hampir  persiakan.Sebagai manusia biasa aku wajar bersedih dan rasa sunyi..tapi jangan di layan..vedio ini..menyedarkan aku..entah kenapa, suara hatiku mula menyanyikan irama yg di lagukan oleh insan berbaju merah ini 'IRAMA' ini seiring dengan 'SENIKATA' dan 'MAKNA' nya..hatiku mula mengalir dan daya fikirku mula mengalir..ada irama manis terngiang2 ditelingaku.
Alhamdulillah..ada inspirasi mengalir dalam diriku.

Aku kongsikan vedio ini...dan maksud terjemahannya sekali...anda tidak akan faham, tapi bila dengar bersungguh2..ada banyak perkara yg.berguna dalam irama dan makna vedio ini.ILHAM.
 

Terjemahan nya lebih kurang begini.
 Nama nama nabi yang harus diketahui oleh insan/ dua puluh lima yang tersebut dalam Al Quran/ yang pertama saya susun nabi adam dialah indatu ( nenek moyang ) semua insan/yang kedua hai saudara nabi idris dalam surga di mata menusuk iblis/ tiga nabi nuh yang pertama membuat kapal yang memuat bala tentara dan berbagai jenis bekal... Allah
·  /yang ke empat nabi hud lima saleh enam ibrahim yang begitu pemurah ( baik hati ) dan sejahtera bersifat halim (lemah lembut)/tujuh nabi lut delapan ishak dan ismail yang di mina diperintahkan Rabbi untuk berkurban... Allah/sepuluh harun sebelas musa anak imran dibukit tursina berdialog dengan Tuhan/ dua belas daud yang lemah lembut bersuara merdu.. air mengalir akan segera berhenti bila mendengarnya/
·  yang ketiga belas saya bilang zulkifli/ nabi sulaiman karunia Tuhan berderajat tinggi/ nabi ilyas karunia Allah hidup sekarang/ enam belas yusuf ketampanan bagaikan bulan bersinar (terang)... Allah/ sangatlah tampan nabi yusuf wahai kekasih hati zulaikha istri raja negeri mesir/tujuh belas syuib umur tua dan buta yang memberi tongkat untuk mukjizat nabi musa... Allah/delapan belas saya susun zakaria nabi aiyub nabi ilyasaq nabi yahya/
·  / dua puluh dua wahai saudara nabi yakob/ dua puluh tiga nabi yunus yang bunuh ikan/dua puluh empat saya sebut nabi isa tidak punya bapak karunia Allah Tuhan yang Esa/ dua puluh lima cukup sesuai wahai saudara nabi muhammad penghulu Rasul kesudahan/ Rasul semua 25 wahai kekasih hati... mari menuntut ilmu sekarang jangan lalai lagi... belajarlah pada ulama jangan lalai lagi.... hilang mengaji dan adzan siang malam menyesal kemudian.....

                                     ............................................................
seikhlas hati...mencari redah Illahi. 14 april.

Wednesday, April 11, 2012

Alam Yang Berbeza

aku ingin melihat mu
di alam yang berbeza
indera ku terbatas
hanya  cahaya terang
atau gelap cahaya malam
tak pernah aku temui
walau sekilas pandang
serasa mati inderaku..

Ingin aku melupai mu
menidakkan hadirmu
kita tak pernah saling melengkap..

Tapi mana mungkin..
dirimu akar umbi hidupku
 pohon kekuatan akal fikirku
kasih sayang mu melingkari diriku
saat di rantau doa dan namamu
menemani semangat juangku

kini kau tersenyum
memasuki kamar berbeza
kamar yang dibena untuk mu
hanya untuk mu
setelah pintu tertutup
ku ingin melihat kelibat dirimu
alam kita telah berbeza
..berpisahlah kita ..
terakhir aku lapazkan kata ini
...'Yangg'..jangan lupa 'Dia'




Sunday, April 8, 2012

Saat diri mu menjauh.

saat aku menyedari
erti cinta nan hakiki
sumpah hatiku
sehidup semati hingga akhir nanti.
saat jiwaku berkembang
saat jasadku mengembang
saat naluriku meminta
kau ajar aku erti kasih dan cinta
kau semai benih setia
kau tebarkan makna tabah
kau bajai sabar dalam bertakwah..

beginilah..
antara kita telah berjauhan
selangkah kau dihadapan
ku gapai tangan mu seperti selalu selalu
namun semakin dirimu menjauh..

Pedihnya hatiku
ketika menatap longlai langkah mu
dengan tangan ini
Ku kambus tanah merah berdebu
menimbusi jejak dan jasadmu
Yahh dirimu
Yang pernah mendakapku
menghitung saat bertahun..
tak ada lagi bicara
hanya airmata..

kata ini untuk mu
'aku sangat mencintaimu'
'aku ingin berterusan disisimu'
seperti kelmarin
Kelmarin yang tak mungkin menjadi esok
Titik lah pertemuan ini.

kau selangkah dihadapan
aku tak bisa mengejarmu..
Kerana aku tak tahu
dimana titik pertemuan kita bermula..
cuma doa cinta dan bisikan rasa
'ma' rindu sekali aku pada mu.


( jumaat doa dan tahlil hari ke 7...masih kah dia bersamaku diruang ini??..telah menjadi rahasia Tuhan)