Kesibukan dan ketidakberdayaan itu membuat aku terabaikan semua benda yg ku usahakan selama ini.
Bunga ros aku warna merah jambu bibit dari Nunuk Yuni di kota Batu, Malang Indonesia..terendam air, akarnya membusuk dan sedang sakit tenat, aku telah pindahkan,,ke tapak yg.lain..tapi sehingga hari ini, pokok nya kelihatan semakin kecut dan hitam, macam tak ada harapan...
Kerana terlalu sibuk, hari hari ada saja ikan mati dalam kolam hiasku, termasuk ikan kap warna kuning kesayangan ku..ikan talapia,,banyak yg mati, aku tak tahu apa sebabnya.Semalam balik dari bertugas, hujan lebat sangat..singgah jenguk kolam, wah terapung lagi 5 ekor talapiah merah..sudah membusuk mati..terlalu cemas aku..bila aku periksa ingsangnya, penuh selut hijau..agaknya tersumbat alat pernafasan ikan tu, lantaran kolam dari bulan september tahun lalu tak pernah dibersihkan. Apa lagi walau hujan lebat..aku timba air kolam tu keluar di bantu oleh..tukan buat rumah aku tahun lalu, kebetulan mereka masih ada kerja menyiapkan simen tempat letak kereta...mereka tolong cuci kolam tu..banyak ikan mati..tak terkata tebalnya lumpur dlm kolam tu.
Pekerja tu balik jam 7 malam.,hujan masih renyai.Aku masukkan air tangki ke dalam kolam..air paip tak boleh kerana masih ada klorin..lambat sangat kolam tu berisi air..air tangki sangat slow..terpaksa aku angkut air dari tangki yg.lain..berulang alik dibantu oleh si cantik Aida..walau dia baru balik dari sekolah, tapi dia rela hati tolong mama.Terimakasih Aidaku.dekat jam 10 malam, walau aku berkerja dalam hujan aku berjaya lepaskan semula ikan2 ke dalam kolam walau airnya masih cetek..cuma dalam separas buku lali, dengan harapan hujan akan turun lebat dan menambahkan air kolam itu..malangnya hujan berhenti terus.. tapi pagi tadi ikan tu nampak sihat.
Tapak semaian sawi..diganggu kucing, akhirnya..beni2 sawi tersingkir ketepi..dan tidak sihat..sedih tengok sayur2 tu.semaian bunga mata hari bercampur yg.ku sayang...habis dipijak2 kucing.Ada 7 ekor kucing di rumah ini..semuanya menyakitkan hati.Nak buang kasihan pulak..bunga2 ros pun mati, angkara kucing2 ini..buang tinja dlm.pasu mawar aku ..entah apa nak jadi ni.
Tapi petang tadi, bila aku ada masa periksa semua ruang, alhamdulillah ada banyak benda yg bertambah..yang aku tak perasan selama ini, kerana terlalu sibuk dan lama tak periksa.
Ku kongsikan gambar2 ini.
Ros pink dari Yuni di Indonesia..entah hidup lagi ke pokok ni..tapak baru bekas tapak bunga mata hari
Yang mati tetap mati..insangnya penuh selut hijau
peralatan ku siapkan sebelum proses mencuci.
Tapak semaian diganggu kucing, ruang tengah tu jadi tandasnya.
Kesimpulannya banyak lah yg.ku sayang telah berkurangan..tapii..banyak pulak yg.bertambah tampa aku sedari..jom layan gambar.
sayur buah kundur yg.ku tanam..menjadi, dah matang jenis kundur wangi
Tembikai merah..aku tak tanam ni..tumbuh sendiri..aku jaga ..tak sangka dah ada hasilnya
Ini betik sekaki, benihnya diperoleh dari blog Tanam Sendiri..Tuan, betik ni dah menampakkan hasil.Banyak aku tanam..Alhamdulillah..rendah pokok ni.Tuan terimakasih ya. |
Lada padi banyak buah nya..tapi burung berbaris tunggu ranumnya.
pic bawah ni..pelbagai jenis ulam
ulam raja
ulam raja
pegaga biasa
Pegaga air@ teratai jepun |
bawah ni sejenis ulam, orang kampung kata 'ulam sambung nyawa' kelakar namanya..tapi sedap. |
keadaan kolam hiasku selepas dibersihkan.
nasib baik tak terlibat mati merah besar tu yg.mula2 beli dan yg.kehitaman di bawah tu.
nasib baik tak terlibat mati merah besar tu yg.mula2 beli dan yg.kehitaman di bawah tu.
yg.ini paling lawa dan bergaya..'ros merah si jantung air'..tapi nampak sisiknya dia sedang sakit. |
5 comments:
wah..leih juga nak bersihkan kolam tu ya.. banyaknya pokok..hijeu je ya...
wah..leih juga nak bersihkan kolam tu ya.. banyaknya pokok..hijeu je ya...
bestnya... terkata bila dilihat...
salam herny,
hehehe terlalu cemas masa tu bila lihat ikan tu gilir2 mati.
baguznet, tq sudi bertandang..
best juga perisian hidup sebagai kenangan.
Post a Comment