Friday, November 23, 2012

sentuhan terakhir di penghujung 2012 ini.

Hari ini jumaat  23 nov.2012.

Awal pagi sempatlah aku bersihkan kawasan  sekitar tempat aku selalu menanam sayur2 ini.  Tak dapat dibersihkan sepenuhnya, sekadar mampu menebas rerumput liar dan ulam raja yg tumbuh meraja.  Ada sayang dihatiku utk.menebasnya, namun tak ada pilihan, kalau biarkan nanti akan bertambah semak.

Kawasan yg. dah bersih tak juga dapat aku tanamkan apa apa kerana tak akan ada orang yg. menjaganya.
Hemm berpisah aku dengan bunga2 kesayanganku ini, tak apalah..aku balik bercuti utk rehat disamping ibu mertua yg.disayangi bersama saudara mara, suami.  Semoga percutian ini selamat dan menambah keimanan kepada Allah.

Selain duduk diam di rumah emak, aku mungkin akan mengajak 'ir' dan anak2 ke JB, kalau ada kesempatan teringin nak balik ke rumah B 81, Ulu Tebrau, Bandar Tiram,JB. dan mungkin akan terus ke singapore, ke tempat kak Roy.Entahlah..kalau tak hujan, kalau tak banjir.

Cuti cuma tinggal 6 minggu, teringin juga nak ke pantai timur, menjenguk kampung asal 'ir', teringin nak ke Pengkalan kubur, atau tabah.  Itu semua kalau cuaca mengizinkan.  Ada juga rancangan nak ke Jitrah, nak terus ke Langkawi..entah apa apalah..semuanya tertakluk pd.kesempatan dan cuaca.

Tapi biasanya aku suka lepak di KL, shoping kain utk.dijual semula.Aku juga suka round2 nusery disekitar  sg,bulu.

Ku simpan memori lewat halaman 'dalam lingkaran ini', catatan terakhir utk.aktiviti perkebunanku.
Assalammualaikum.
Tanpa foto.

Friday, November 16, 2012

7 hari cuti sekolah.

Jumaat 16 nov. 2012.
Cuti sekolah dah berlangsung selama 7 hari termasuk hari sabtu dan ahad sehingga hari ini.
Banyak benda kena siap kan sebelum tinggalkan rumah utk.bercuti .

Selama 7 hari berlalu, hujan turun tak menentu yg pastinya ia lebat dan membuatkan semua rancangan berkebun dan mengalihkan anak2 benih terbantut.  Apa pun dalam 7 hari berlalu aku hanya sempat buat benda2 banyak ni saja.

Sediakan pasu2 utk.aktiviti bertanaman menggunakan kaedah baru. Namun masih menunggu tiang utk menggantungkan bekas2 yg disediakan ini.Niat memang nak tanam tomato dan cili.

Jom tengok gambar.
Bekas ini nak tanam tomato, cili dan benih2 sayur yg mudah tumbuh menggunakan kaedah yg dipelajari dari slot vedio yg terdapat dalam youtube dalam entry yg.lepas2.


Ir 'JR'  sudi menolong menebukkan lubang pd.bekas semaian yg hendak digunakan.Best juga ada pembantu.

Ini tanah subur yg ku beli 1 trip rm 50.original tanah kebun bermutu, malangnya habis mendap dikerjakan hujan lebat.Tak dapatlah isi bekas/pasu2 semaian tu..hujan semacam tak bagi peluang.
 Kawasan yg selesai dibersihkan 3 hari yg lalu kini mula ditumbuhi anak rumput, tak terkejar.Ingat nak tanam sayur terung dan labu kundur dikawasan ni.
 Ruang ni nak tanam lengkuas, kacamg panjang dan pokok kantan.
 Ruang  ni dulu aku tanam lavendar dan bunga bunga, kini aku nak tanam petola dan timun.
 Timbunan rumput nak buat baja kompos.  eeee banyaknya kerja, macam tak terbuat dan tak cukup masa.
Sementara tunggu hujan berhenti, hari isnin petang sempatlah rendam kacang hijau banyak ni.Nak buat taugeh lagi.Rasa ketagih pula nak buatnya.

Sebelum rendam, kacau kacang hijau berulang kali .aku guna alat ni, putar berulang kali sampai benar2 bersih, untuk hilangkan habuk dan kulit mati dari kacang2 ni.

Bilah dah bersih, rendam dalam bekas bertutup rapat, jangan lupa tukar air rendaman dua kali sebelum esok pagi.

awal pagi selasa, saya taburkan dalam tapak semaian, dan bila dibuka hari ini, 16 nov. hari jumaat, ia kelihatan dah tinggi seperti gambar dibawah ini.

Bila buka tu alas, nah subur dan menjadi taugeh.

Angkat bekas ni telangkupkan dalam besen yg berisi air, dan kebaskan berkali2 sehingga semua kulit taugeh luruh dalam besen berisi air.

Taugeh yg dibersihkan ,nampak bersih. untuk hilangkan akar, gunakan pisau potong mengikut lapisan antara jaring hijau dan alas tuala@guni yg digunakan.



Keadaan akar taugeh sebelum di potong.

Bersih dan sihat taugeh ni.


Bila timbang dapat banyak ini. Alhamdulillah.

Selesai bersihkan taugeh, meehon yg direndam pun dah lembut, terus sediakan bahan utk goreng meehon cara saya.Udang kering, bilis yg dittumbuk lumat, telur,.cili kisar, bawang putih merah.Jom goreng meehon.
Dapatlah makan taugeh segar campur meehon goreng.

Ok lah aktiviti hari jumaat.Sekadar catatan untuk sebuah kenangan di november ini.
Salam ceria.

Untuk sebuah rujukan


Jumaat 16 November 2012.
Awal pagi baca berita dihalaman maya, singgah di youtube dan jumpa slot vedio ini.  Sangat berguna.
Terimakasih kepada mereka yg menyediakan vedio ini dan sudi kongsikan ilmu mereka.Doa untuk kamu semoga Allah mengurniakan rezeki yg.berterusan didunia dan akhirat.Amin.Halalkan ilmu ini.

Jom belajar dari vedio ini.

Thursday, November 15, 2012

Kaedah asas hidroponik, jom belajar.


Agak lama tidak mencatat apa apa aktiviti dalam lingkaran ini.  Esok jumaat  16 november.
Sudah 6 hari cuti sekolah bermula termasuk sabtu dan ahad. Masih sibuk dengan tugas penyusunan perjalanan sekolah bagi 2013, sebelum aku sekeluarga balik bercuti ke destenasi yg dikenal pasti.

Pagi petang aku sibuk membersihkan tapak2 tanaman yg bakal ditinggal kan, namun hujan yg tidak menentu membantutkan banyak perancangan aku.  Apa pun utk aktiviti yg agak berguna, aku sedang belajar  secara asasnya teknik hidroponik dgn cara melalui slot vedio ini.  Jom belajar hidroponik.
Tengok vedio ini. 

Apa sahaja perkongsian ilmu yg didapati dari vedio ini dan vedio2 sebelum ini, ribuan terimakasih dengan doa ikhlas utk mereka yg berusaha kongsikan ilmu mereka, semoga Allah berkati hidup mereka dan kita semua didunia dan akhirat.Amin.
.........................................................................
Jauh disudut hati ingin memiliki seumpama ini.Terlalu indahkan.

Thursday, November 8, 2012

Tong Hitam inI, Apa isi nYe?


Hari ini khamis 8 november 2012.

Acara majlis di sekolah selesai sekitar jam 12.40 tengahari. 
Aku bergegas balik kerana ada benda aku tak sabar nak tengok.

 Jom tengok sama sama.












proses buang kulit, telangkupkan dalam besen yg penuh air,

Lihat dah bersih.

proses buang akar, potong dgn pisau, taugeh yg tumbuh atas dawai  jaring penghalang nyamuk.yg.telah dibentuk bulat ikut saiz lebar tong tempat nak menyemai.

Akar terlekat atas dawai jaring nyamuk.

Akar yg terlekat atas alas kain @ tuala berfungsi sebagai perangkap air

Hasil yg.telah dibersihkan.

Dapat banyak ni.Masa rendam cuma 200g, kacang hijau.

belahan buluh sebagai lantai untuk menghamparkan kacang hijau yg telah direndam.

Letak atas pasu, macam ni. Lepas tu pasu ni letak dalam tong hitam ni.Fungsi pasu sebagai tiang hamparan agar tidak mencecah air yg bertakung didasar tong.

Lapiskan belahan buluh dgn tuala yg dipotong bulat beberapa lapis, kemudian lapiskan lagi dgn jaring nyamuk , taburkan kacang atas jaring nyamuk.siram dan tutup tong. siram pagi dan petang.
Hasil yg saya dapat di atas, mula rendam kacang hijau jam 4 petang ahad.Pagi hari isnin tabur atas tapak semaian dalam tong hitam.Hari ini khamis jam 2,50 tengahari dapat dituai.Tapi abang kata terlebih hari.

Utk.lebih jelas.
Lihat di vedio ini.


Ini lagi mudah.

Ok lah..jangan beli taugeh, buat sendiri terjamin kebersihannya.Sebelum rendam kacang hijau, cuci berkali2. sampai airnya tidak kelihatan keruh.  Saya guna kaedah vedio yg pertama.
Assalammualaikum.

Wednesday, November 7, 2012

Teringin lah juga.

Hari ini 7 november, hari rabu.Suasana disekolah agak sibuk menyiapkan segala keperluan utk.acara anugerah murid cemerlang.Hadiah dan nama penerima, pentas, buku aturcara majlis, jamuan utk murid dan ibubapa, vip, persembahan semua mesti siap sebelum esok 8 nov,hari khamis.Hari ini lah hari yg.sibuk itu.

Dalam kesibukan, balik dari sekolah, cuaca agak tenang dan tak hujan, sempatlah ronda2 periksa sayur2 yg menjalar tepi pagar, sayur2 ini agak terbiar hampir 5 minggu sejak aku mula demam.

Aku nampak pokok petola ular yg.banyak disebut2 dalam blog Adry @Daun. Pokok ini tengah berbuah lebat..dah ada yg tua.  Petola ular ni aku tanam dan tak pernah menikmati buahnya, aku bagi dengan jiran2 je..sebabnya aku banyak sayur pilihan, tapi sejak sayur ni menjadi bahan ketawa saat aku membaca nya diblog Adry, teringinlah pula nak menumisnya hari ini.

Jom layan gambar.



petola ular  tepi pagar +kangkung segar dari batas tak seberapa +  ikan masin kegemaran orang dibumi Fiji tu..hemm sedap jugalah.
Sebut ikan masin ni, ia akan menyusul utk Ummuaidan, esok pos, insyallah.
ketam nipa masak lemak rempah kari adabi. Ketam ni masih remaja, manis isinya.
Ini labu kundur yg.mengeluarkan banyak putik, tapi tetap tak menjadi, bila dah besar macam ni..mula rosak.
bintik2 hitam pada gambar dibawah ini, sebenarnya semut, entah apa yg dia cari..menyumbang kepada kerosakan buah kundur siam aku ni.
yang ini, harap2 jadilah.
yang ini buah sulung bagi pokok ni, terlalu berat dah jatuh mengampai atas tanah, tak tahu sempat ke tidak menjadi matang.Besar buah ni..serta panjang.
                                                                      Hari sabtu dan ahad yg baru berlalu, aku dan Ir bersihkan rumput  di kawasan ini dibantu Aida yg.rajin.  Kami tanam dua pokok rambutan madu.Pokok ini dengan rasminya ditanam pd.jam6.20 petang,  hari ahad 4/11/2012.
                                                     
                                                     pokok2 mangga yg ini, aku dan ir tanam tahun lepas, rasanya tak lama lagi akan berbuah, dah pernah keluar bunganya sekali.
Ini pokok jambu madu, juga ditanam tahun 2011..bulan september.
                                          Ahh ini bunga cempaka yg ku beli dari nusery sungai buluh dibulan oktober tahun 2011, sempena menghadiri majlis konvo anakanda Ayu.  tongkol bunga sedang menunggu saat untuk berkembang, terlalu harum bunga ini.
 Hujan yang mencurah, ulam raja berpesta ria.Terlebih banyak pokok ulam ni..minggu depan terpaksa buang.

 Anak anak pokok betik sekaki yg disemai namun masih tidak dapat ditanam di tapak yg.kekal, tak cukup masa untuk menanamnya.


 Oklah..sampai jumpaa lagi.Assalammualaikum.






                                                           


Friday, November 2, 2012

kesihatan, biji benih dan tugas

2 November jumaat yg.tenang.
Awal pagi mata hari bersinar indah.Udara diawal november ini lebih sejuk dan membolehkan bunga seri pagi yg.sudah lama tidak berkembang kembali subur dan berkembang seperti mula dulu saat aku menjaganya dengan sepenuh hati untuk tujuan memberi naungan kepada ikan2kap didalam kolam hiasku.



Kesihatanku juga bertambah baik, dan sudah mampu utk.bersedia menyambung semula aktiviti bertanam-tanaman. Alhamdulillah.


Kelmarin aku telah membeli beberapa pasu plastik dan keperluan berkebun. 

                                                     Gunting bunga.
                                                 Pasu untuk sayur dan semaian.bunga
                                                             dulang semaian
             Racun siput.  Racun jenis ini sangat berkesan untuk menghapuskan siput besar dan siput kecil.
 Ini benih sayur yg.diterima dari Ummuaidan beberapa minggu yg.lalu.2 jenis Benih tomato,radish,dan kubis
Kalau ikut kesihatan diri, rasanya masih tak larat nak sediakan tapak tanaman, tapi memandangkan aku dah terima benih2 ini, takut pula kalau lama tak tanam akan sia sia..  Aku akan semai dan tanam tomato ini ikut cara baru yg.ditayangkan dalam slot vedio koleksi youtube, dalam entry sebelum ini.
 Ini benih kongsi yg.dikirim oleh sahabat blog 'tangan panas panas sejuk'-Terimakasih kawan.
Ada benih limau kasturi batik, dill, bunga telang kelopak macam ros, kacang panjang.
                                        Ini kubis dan bayam, nampak tarikh luputnya lama lagi, teringat saranan Ummuaidan dibumi fiji, kalau nak beli benih, beli yg.tarikh luputnya 2014 or 2015.Aku cubalah.  Tapi sebenarnya benih sayuran aku selama ni, aku beli dari Tuan Iskandar dari blog tanam sendiri.Benih yg dikirimkan semua bernas dan sangat bermutu..murah lagi, dengan 5 pek hanya rm10..boleh campur2 lagi.
Kalau beli yg begini, 2 pek dah rm4.00.Tapi sikit je dalamnya dan belum tahu bernas ke tidak.  Rasanya baik oder benih dari blog 'TanamSendiri.com'

                                             Sejak tak sihat, aku ambik menu begini.Hehehe bubur nasi ikan bilis dan bawang goreng, sedap jugalah tak payah riuh mengunyah..air susu,membantu memutihkan kulit dan nampak lebih halus.
                                       Hemm yg.ini, kena bentang hari selasa ini 6 nov. bersama PPD.  Buat je lah..
Esok hari sabtu, aku nak guna 3 jam awal pagi utk menyiapkan tanah  penyemaianyg perlu diolah, sebelum digunakan.  Kalau sempat nak bersihkan rumput disemua tapak tanaman yg dah jadi hutan rumput.
Ok lah, tak sabar nak tunggu kepulangan ming ming.Dia tu rajin dan akan tolong aku merumput.

Salam ceria dan senyum selalu.