Friday, November 23, 2012

sentuhan terakhir di penghujung 2012 ini.

Hari ini jumaat  23 nov.2012.

Awal pagi sempatlah aku bersihkan kawasan  sekitar tempat aku selalu menanam sayur2 ini.  Tak dapat dibersihkan sepenuhnya, sekadar mampu menebas rerumput liar dan ulam raja yg tumbuh meraja.  Ada sayang dihatiku utk.menebasnya, namun tak ada pilihan, kalau biarkan nanti akan bertambah semak.

Kawasan yg. dah bersih tak juga dapat aku tanamkan apa apa kerana tak akan ada orang yg. menjaganya.
Hemm berpisah aku dengan bunga2 kesayanganku ini, tak apalah..aku balik bercuti utk rehat disamping ibu mertua yg.disayangi bersama saudara mara, suami.  Semoga percutian ini selamat dan menambah keimanan kepada Allah.

Selain duduk diam di rumah emak, aku mungkin akan mengajak 'ir' dan anak2 ke JB, kalau ada kesempatan teringin nak balik ke rumah B 81, Ulu Tebrau, Bandar Tiram,JB. dan mungkin akan terus ke singapore, ke tempat kak Roy.Entahlah..kalau tak hujan, kalau tak banjir.

Cuti cuma tinggal 6 minggu, teringin juga nak ke pantai timur, menjenguk kampung asal 'ir', teringin nak ke Pengkalan kubur, atau tabah.  Itu semua kalau cuaca mengizinkan.  Ada juga rancangan nak ke Jitrah, nak terus ke Langkawi..entah apa apalah..semuanya tertakluk pd.kesempatan dan cuaca.

Tapi biasanya aku suka lepak di KL, shoping kain utk.dijual semula.Aku juga suka round2 nusery disekitar  sg,bulu.

Ku simpan memori lewat halaman 'dalam lingkaran ini', catatan terakhir utk.aktiviti perkebunanku.
Assalammualaikum.
Tanpa foto.

1 comment:

Umm AA said...

Salam Kak..
Guna mozilla utk dtg sini..takut akak sedih tak dtg berkunjung sblm akak pergi..selamat menjejaki kaki kepantai timur ya..semoga tercapai semua hasrat yg diingini dihati, jumpa anak2 tersaygn jumpa kak roy...intai2 lah kami dari jauh yer..semoga selamat pergi dan kembali...take care...