Wednesday, November 7, 2012

Teringin lah juga.

Hari ini 7 november, hari rabu.Suasana disekolah agak sibuk menyiapkan segala keperluan utk.acara anugerah murid cemerlang.Hadiah dan nama penerima, pentas, buku aturcara majlis, jamuan utk murid dan ibubapa, vip, persembahan semua mesti siap sebelum esok 8 nov,hari khamis.Hari ini lah hari yg.sibuk itu.

Dalam kesibukan, balik dari sekolah, cuaca agak tenang dan tak hujan, sempatlah ronda2 periksa sayur2 yg menjalar tepi pagar, sayur2 ini agak terbiar hampir 5 minggu sejak aku mula demam.

Aku nampak pokok petola ular yg.banyak disebut2 dalam blog Adry @Daun. Pokok ini tengah berbuah lebat..dah ada yg tua.  Petola ular ni aku tanam dan tak pernah menikmati buahnya, aku bagi dengan jiran2 je..sebabnya aku banyak sayur pilihan, tapi sejak sayur ni menjadi bahan ketawa saat aku membaca nya diblog Adry, teringinlah pula nak menumisnya hari ini.

Jom layan gambar.



petola ular  tepi pagar +kangkung segar dari batas tak seberapa +  ikan masin kegemaran orang dibumi Fiji tu..hemm sedap jugalah.
Sebut ikan masin ni, ia akan menyusul utk Ummuaidan, esok pos, insyallah.
ketam nipa masak lemak rempah kari adabi. Ketam ni masih remaja, manis isinya.
Ini labu kundur yg.mengeluarkan banyak putik, tapi tetap tak menjadi, bila dah besar macam ni..mula rosak.
bintik2 hitam pada gambar dibawah ini, sebenarnya semut, entah apa yg dia cari..menyumbang kepada kerosakan buah kundur siam aku ni.
yang ini, harap2 jadilah.
yang ini buah sulung bagi pokok ni, terlalu berat dah jatuh mengampai atas tanah, tak tahu sempat ke tidak menjadi matang.Besar buah ni..serta panjang.
                                                                      Hari sabtu dan ahad yg baru berlalu, aku dan Ir bersihkan rumput  di kawasan ini dibantu Aida yg.rajin.  Kami tanam dua pokok rambutan madu.Pokok ini dengan rasminya ditanam pd.jam6.20 petang,  hari ahad 4/11/2012.
                                                     
                                                     pokok2 mangga yg ini, aku dan ir tanam tahun lepas, rasanya tak lama lagi akan berbuah, dah pernah keluar bunganya sekali.
Ini pokok jambu madu, juga ditanam tahun 2011..bulan september.
                                          Ahh ini bunga cempaka yg ku beli dari nusery sungai buluh dibulan oktober tahun 2011, sempena menghadiri majlis konvo anakanda Ayu.  tongkol bunga sedang menunggu saat untuk berkembang, terlalu harum bunga ini.
 Hujan yang mencurah, ulam raja berpesta ria.Terlebih banyak pokok ulam ni..minggu depan terpaksa buang.

 Anak anak pokok betik sekaki yg disemai namun masih tidak dapat ditanam di tapak yg.kekal, tak cukup masa untuk menanamnya.


 Oklah..sampai jumpaa lagi.Assalammualaikum.






                                                           


15 comments:

hitomi lavender said...

Wah.byknya tanaman kt kebun puteri purnama..petola tu..he..sedap..kundur pun ada..emm.laman rmh sempit..xdpt nk bercucuk tanam byk pokok mcm puteri purnama huhu....sayuq ja la sya dpt tanam..ni pun dah pakat berebut tempat.. :D

ummuaidan said...

Salam kak...
pos ikan masin lagi yer..hehehe..terima kasih bebanyaklah..tak terbalas kami disini..

kari ketam nampak sedap tuh lama dah tak makan..banyak pokok buah2nya yer ..tak lama lagi dptlah merasa hasilnya..inshaallah

shafirul suffian said...

ketam nipah tu mmg sedap tu... kalau dapat yang besar lagi syok..

Puteri Purnama said...

salam ummi,
hehehe..kembali lagi penantianmu.
Ok lah, Fiji bila cuti sekolahnya.

Puteri Purnama said...

shafirul suffian, assalammualaikum terimakasih sudi melawat.

iya ketam nipa ni, kalau yg besar banyak telur merahnya..dulu senang dapat sekarang habis dibeli oleh pengusaha restoran besar2..org kampung makan yg.ada je.

Puteri Purnama said...

hitomi lavender salam dik.
Terimakasih sudi singgah.
Adalah tanam sepokok dua.Alhamdulillah.

Nudabuffy said...

Kak, macamana sebenarnya nak makan telur ketam.. kan dia dekat luar.. kena kutip dan masak sekali ke? atau masukkan terus je?

Nudabuffy said...

Kak, macamana sebenarnya nak makan telur ketam.. kan dia dekat luar.. kena kutip dan masak sekali ke? atau masukkan terus je?

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Jelesnya saya tgk petola ular yg cikgu tuai tu. Yg tu baru betul rupa petola ular tp petola ular saya jadi lain..
bunga cempaka putih(michelia alba) kena rajin pangkas sbb ia akan tumbuh merimbun dan jadi mcm pkk balak. Bunganya tu dipanggil tongkol mcm jagung...hehe.. Kudup bunga baru sedap bunyinya..hehe..

Pkk betik sekaki tu dah lbh sekaki tinggi nmpk gayanya. Dah berebut nk besar dlm bekas tu.

mat jon said...

pertama kali tengok petola ular tu, baru la tau rupa buahnya memanjang. tak sabar tunggu pokok petola saya membesar dan berbuah.

Puteri Purnama said...

salam Nuda, masak telur ketam, masak sekali arung ngan body nya.tak payah asingkan, kadang2 dia akan luruh dalam kuah. Telur yg.sedap ialah yg belum keluar..ia masih tersimpan dalam kulit belakan..bila masak ia keras dan warnah merah.Sedapp.

Puteri Purnama said...

Wassalam Adry.
Terimakasih sudi singgah. hahaha 'kudup' bunga cempaka, dah lupa perkataan tu.Terimakasih ingatkan saya. Tak cukup masa nak alihkan betik tu..sayangkan kalau tak tanam.

Puteri Purnama said...

Terimakasih Mat jon, sudi melawat kita. Kejap lagi petola ular tu akan menjalar, sediakan junjung utk dia memanjat, baru buahnya cantik.Sabar ye..hehehe..

Adry@Daun said...

Cikgu, petola ular tu plg sedap kalau masak lemak putih.

Puteri Purnama said...

Iyalah lain kali boleh cuba.Terimakasih kawan.