Saturday, October 27, 2012

27 Oktober..disebalik janji, baik dan buruknya?

Hari ini masih dalam mod raya.Kelmarin hari jumaat, ramai tetamu berjanji nak datang, tapi alasan sembahyang jumaat.. ramai berjanji nak datang hari ini.Dah orang beria ia nak makan masakan kita,
tak kan kita kata tak boleh datang, kalau ditolak mudah saja..bagi alasan nak kemana2 kan.

Tapi bila teringat ayat ini..'sesungguhnya Allah maha mengetahui segala isi hati', maka ku kosongkan fikiran, aku pun terima janji2 mereka yg kata nak datang berhari raya, aku pun sediakanlah masakan yg aku mampu buat.

Mereka kata nak makan tom yam campur.aku buat satu periuk besar, udang siap kupas kulit lagi..sedaplah juga..dah nak hidang pd.tetamu..
Aku tunggu dari jam 10 pagi, sebab kami dah berjanji nak makan tengahhari bersama dirumah aku..oklah..malangnya aku tunggu sampai jam 1 petang, tak datang juga.Call dan sms pun tak ada.

Jam 1.30 petang aku anak beranak kena ikut rombongan menghantar pertunangan anakanda Nawal.Selesai acara jam 4.00 petang.Aku berada dirumah sempat lagi dalam hujan lebat round rumah jiran antar daging korban.Ir buat korban utk, anakand Lia, Aida dan Suhaila.
Balik rumah tetamu yg berjanji tak juga sms, jauh sekali utk.datang.Hemm apa pun, apa buruknya berjanji ye?..

........................................................................
Nak hiburkan hati aku perhati jelah mawar merah dihalaman rumah sedang teruk dilanda hujan yg.mendera.  Tapi pemandangan ini cantik sekali, mawar yg basah kuyup dan titis air yg enggan jatuh,ingin kekal bertakung dikelopak mawar merah yg.terus berjuang mempertahankan seri wajahnya.


                         
                                              Ikan menyorok kesejukan agaknya.Ehh ikan pandai sejuk ke?..hehehe...kalaulah ia pandai berkata2.seronok agaknya berbual dgn makhluk yg.satu ini.
 Aku jemur benih bunga2 ini, saat jam 10 pagi tadi, adalah panas matahari, bila aku jalan terlupa nak alih, apa lagi basah juga akhirnya.
Ini benih terung, jemur dalam kertas, lupa angkat...habis basah, harap2 esok ada panas matahari.Sihat benih terung aku ni.
 Ok lah.Salam ceria.

Friday, October 26, 2012

Untuk Mereka yang sangat bererti dalam hidup aku.Restu, Miming & Acit.

Tak perlu berbicara, dengar kan lagu ni..saat kita tidak bersama..semoga saling mengerti dan memahami, sebuah sayang dan putaran rindu. Untuk miming khususnya..hehehe i luv u. ming..
Kesenyapan akan menjarakkan ikatan antara jiwa.Pesoyo kau maku Ming2.
System of a down - Lonely day (lyrics)








Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H

Assalammualaikum.
Selamat menyambut hari raya aidiladha 1433H, buat semua teman teman dihalaman maya. maaf andai ada yg.keterlaluan.Doa dan ingatan mesra semoga hidup kita semua sentiasa diberkati Allah.
Meski ahli keluarga tak dapat berkumpul, peluang menunaikan sholat hari raya aidiladha bagi tahun ini tetap direbut.Aku , aida dan suhaila ikut 'ir' dan Ir'JR' ke masjid.Ada rindu dihati kami dalam senyap untuk Restu Miming dan Acit yg.jauh dimata dekat dihati.  Aduhi rindunya hati ini.


Kami sampai awal di masjid, belum ramai orang, selesalah cari tempat.














ok. Assalammualaikum.

Thursday, October 25, 2012

23 -24 oktober, pantai ini dan aku

Saat ini dah jam11.30 malam..masih dalam lingkaran 24 oktober.Kelmarin 23 oktober hari selasa.Jam 11.30 malam seperti saat ini, Rashid lahir kedunia ini.Dia anak lelaki sulung aku..Irfan lahir, sejam kemudian melalui pembedahan..Dr. cuma bimbang Irfan lemas, lalu mencadangkan pembedahan itu.Irfan lahir sekitar jam 12.50 malam, menyebabkan tarikh lahirnya dicatatkan sebagai 24 oktober.

Maka tercatatlah takdir mereka anugerah dari Allah.Walau mereka kembar, namun mempunyai tarikh lahir yg.berbeza..dan kesannya mereka mempunyai personaliti yg.berbeza.Rashid menceburi kedoktoran, Irfan menceburi perguruan...mereka anak kembar aku.

Saat ini juga filem hindi sedang ditayangkan bermaksud 'kadang-kadang gembira, kadang kala sedih'..
Jam 4.00 petang siang tadi, aku ke pantai Rampayan Laut.Hanya ditemani anakanda Alul, ke pantai itu.Terlalu sunyi tempat itu, tapi pokok2 ruh, pantai dan ombaknya masih sama..seperti dulu..cuma laut sedikit berkelodak sebab air hendak pasang...dan kelodak air pasang itu mengingatkan aku pada ayah..saat aku selalu mengikuti ayah ke laut menjala udang kertas dan menangkap ketam nipah.

Sempatlah aku mandi seorang seorang..
Di pantai ini pernah ada tapak kaki aku saat remaja, saat aku bergelar ibu, dan tapak kaki anak2 kecil aku dari dulu hingga kini..tempat ini menyimpan banyak kenangan.
Kenangan aku saat ini...saat menikmati ombak laut sendirian..



Pokok2 ruh ini, banyak dah tumbang, masa kami selalu ke pantai ini, aku gantungkan buai anak aku diantara cabang pokok ruh itu..Ir akan jaga anak kecil dalam buaian, sementara aku bersama anak2 yg masa tu baru sekitar tahun 1 hingga tahun 6..akan mandi..akulah hero, selalu tunjuk cara terapung dan menyelam.Masa tu ada seorang yg.sangat istemewa..namun dia telah pergi menemui Allah saat usia masih remaja'Norlela Ayat'
Saat ini aku juga teringat dia.





Saat ini sangat menenangkan, aku semakin sihat.

Aku boleh berenang walau seorang seorang.
Bila dah masuk laut..mula menyelam tanggallah segala tudung..air masa ni terasa suam.Mata hari mula berwarna keemasan...maklumlah dah hampir jam 5.00 petang.Puas aku mandi seorang-seorang.

                                       Jemu anakanda Alul menunggu agaknya, dia pun sibuk melayan perasaan.  Anakanda aku ni baru semalam balik dari KL..baru habis exam.Nasib baik dia ada, dapatlah jadi driver dan juru foto dari kamera yg asal ada ni..namun yg penting ..hajat aku nak ke laut dan mandi telah tercapai, alhamdulillah.
yang antik mengenai pantai ini..ialah haiwan ini..ada masa kalau terlalu panas mereka akan turun mandi..kalau mereka turun mandi, petanda udang geragau akan mendekat ke pantai, begitu juga ikan bilis tamban..masa nilah orang luar akan datang berkampung di pantai menangkap udang' geragau dan bilis'.


Ok..sampai jumpa lagi.

Tuesday, October 23, 2012

Macam senang je kan.

Windows Box - Advanced



Masih demam dan tak dapat tido.Aku jalan2 tengok youtube.Aku suka slot vedio ni..
Agaknya kertas yg dia buat alas tanah tu, jenis apa ye..kalau ada aku nak beli.

Yang ini hebat...aku nak cuba  kalau aku sihat,





Ini jimat ruang.


Ini lagi senangkan, tak payah gaduh ngan siput..dan rumput liar, walau aku demam, kerja2 yg gini boleh buat ni..jom cuba.


Sunday, October 21, 2012

Aku ingin ke sana

Sepanjang siang tadi cuaca suram, diikuti hujan lebat  dan sesekali angin disulami kilat yang hanya berkelip didada langit.  Kuntuman  bunga mawar menunduk menanti saat luruh lantaran tidak tahan mengendong air hujan yang bertakung disetiap helai kelopaknya.
Semua pokok2 bunga aku dari semua jenis tidak sihat, labu kundur baka besar, sudah mengampai atas tanah, mungkin tidak akan sempat mencapai umur matang.Buahnya kelihatan kuning membusuk.

Persekitaranku mewakili emosi dan kesihatan diriku.
Esok isnin, hari berkerja.Ada aktiviti kurikulum sokongan kepada bahasa.  Pengisian program membaca 1 Malaysia yg akan berlangsung serentak pada 24 oktober, jam 9.30 pagi, bacaan serentak seluruh negara.

Perasaan ingin mandi, menyelam dalam air laut yang masin, telah tertunda.Cuaca ini tidak mengizinkannya, petang esok kalau ada peluang aku akan ke sana, walau sebentar, walau aku seorang.. Aku akan ke pantai desa nelayan tempat aku mula mula bertugas dulu.Pantai Rampayan Laut.

Aku benar2 ingin melihat ombak dan pantai.Buat sementara aku tumpang tengok ombak di vedio ini.
Lagu dalam klip vedio ini..benar2 buat aku teringat ayah dan ibu..mungkin kerana demam ini..
Jom tengok ombak Laut



PeLBa gA i Rasa Ini

Sepanjang malam tak dapat tidur cara normal..
batuk masih menghantui tidur ku meski demam selesemaku sudah reda.
Hari ini sabtu 20 oktober, dalam samar subuh, aku buat sarapan pagi mee hoon goreng ayam.

Dalam hati nak pergi ke pantai, nak mandi berenang dilaut sambil melihat mata hari terbit.  Kaedah ini salah satu cara aku untuk menyembuhkan kesihatan diri, aku suka berenang dan menyelam.
Zaman kanak2 aku, seingat aku..kalau aku sakit ayah akan bawa kami mandi disungai pada awal pagi.
Ayah ajar berenang..dan menyelam
.Antara adik beradik, aku lah yg.paling lasak, walaupun aku anak perempuan bungsu dari 7 orang adik beradik, tapi kalau ayah turun ke laut, aku mesti bertegas nak ikut dan disertai abang aku yang no.4.

Ayah menebarkan jalanya diatas 'biduk' @perahu kecil yg.dibuat sendiri oleh ayah, asal dari sepohon pokok besar 'pokok kupang', batang pokok kupang di ukur panjangnya, lalu ayah pahat dibantu oleh abang no.4, abang Hamidun.Masa itu tak ada mesin, ayah guna pahat yg matanya cuma selebar  4inci, tukul dan kapak.
Berbulan masa diambik utk menyiapkan perahu itu.

Lebar perut perahu itu cuma 3 kaki lebih.Panjangnya dalam ingatan aku mungkin sekitar  12 kaki.Macam tulah..ayah akan duduk dihadapan aku duduk ditengah dan abang Hamidun diburitan.
Biasanya ayah akan membawa kami keluar ke kuala sungai, yg airnya, rasa payau..bila air pasang air menjadi masin, pokok2 bakau akan terlihat rata dan sama tinggi.Bila air surut, akar2 bakau akan kelihatan berceracak, warna hitam..masa nilah tugas aku dan abang Hamidun, turun kepantai dicela2 akar pokok bakau akan mengutip siput bulat dan siput sedut.Banyak siput, sekejap saja untuk kutip dua baldi besar.

Ayah akan memasang 'bintur' atau menangkap ketam nipa, yg menyorok dalam lubang dicelah akar bakau.
Bila air pasang semula kami akan berkayuh pulang, membawa tangkapan ketam nipah, udang kertas dan segala jenis siput yg aku suka.

Ayah menjala dari atas perahu, biasanya perahu akan berguling, terumbang  ambing, kalau tak biasa, memang takut..tapi aku biasa, abang juga biasa..tak takut air dalam, kenapa? hehehe sebab ayah dah ajar berenang dan menyelam sejak kecil2 lagi..saat meninggalkan permukaan laut, langit sudah menebarkan warna emas kemerahan, berjalan kaki pulang ke rumah dengan hasil tangkapan yg.tidak menghampakan. Biasanya akan sampai ke rumah sekitar jam 10 malam..masa tu aku sekolah rendah mungkin seawal darjah 1 hingga darjah 4.  Darjah 5 aku dah bersekolah dibandar hingga darjah 6.Tingkatan 1 hingga maktab terus blah keselatan tanah air disemenanjung malaysia.

Maknanya semua memori aku mengikut ayah ke laut, aku buat masa aku benar2 dialam kanak2.
Kalau aku sakit, ibu akan ambikkan pelepah keladi hutan, panjang ikut ukuran dahi aku, ibu pipiskan batang pelepah keladi itu dan tekapkan didahi aku.  Sekejap demam ku sembuh.  Tapi peliknya, pelepah keladi hutan, kalau aku sihat afiat..terkena air pelepah keladi hutan, akan menjadi bisa dan bengkak kulit dibuatnya.  Maknanya..keledi hutan bila disentuh oleh orang sihat, akan jadi racun, kalau dibuat ubat untuk orang sakit akan jadi penawar.Hingga hari ini, perasaan pelik masih tebal dihatiku.

Dalam keadaan aku seperti hari ini, banyak cara perubatan yg ibu ajar terlintas dihati, tapi aku tangguhkan lagi kerana ubat hospital tak habis lagi..cuma aku ingin ke pantai untuk mandi dan menyelam..seperti dulu.  Ubat aku cuma keluar rumah, turun ke laut main ombak, berenang dan menyelam, atau masuk ke hutan..ikut ibu, petik sayur2 pucuk hutan, terutama rebung bambu manis, pucuk paku , cendawan tanah, entah apa apa lagi..termasuklah memetik buah2 ranum tomatilo.
Hari ini aku nak buat semua itu, tapi bila sarapan pagi dah siap, hujan turun lebat sehingga jam 3 petang pun mata hari tak keluar lagi.

Tak cukup dengan itu, kalau aku pergi..ayah tidak ada bersama ku.Ibu tidak ada lagi bersama ku.
Aku tak ada siapa2 yg.memahami apa yg aku cari dipantai itu..tak akan ada siapa memahami aku, kenapa aku suka mereda hutan kampung.  Yang ada dalam rumah ini, datang dari latar belakang yg berbeza..meski mereka anak2 aku..tapi mereka membesar depan TV dan komputer, makan makanan tersedia dari pasar.  Terbiasa menaiki kereta perdana, naza citra atau BMW atau apa apalah.

Latar yg berbeza, menjadi jarak untuk saling tidak memahami.
Pendidikan yg berbeza menjadi asas untuk saling menghasilkan ilham yg menjarakkan lagi ruang..

Apa pun, rasanya ayah dan ibu aku telah berjaya mendidik aku menjadi insan yg berguna dan membuat mereka bangga.  Tapi jauh disudut hati, aku rasa aku tak sempat berbuat apa2 utk.ibu ayahku..jauh sekali utk membalas jasa mereka.
Kami tak sempat bergembira..tapi aku masih sempat mengurskan mereka sewaktu aku benar2 diperlukan, iaitu menyediakan persiapan kamar tidur utk.mereka berehat untuk suatu tidur yg.panjang.

Hingga kini aku masih terasa2 bagaimana ayah ajar aku mengapungkan diri diatas permukaan air, menyelam dan terjun2 dari tebing tinggi.Hahaha bestnya..saat dibawa kawalan ayah ibu.
Anda bagai mana?

Mari lihat slot ini..pengetahuan mendidik seperti ini telah ada dikalangan nenek moyang kita, cuma hari demi hari ia dilupakan termasuklah diri aku.  Aku tak ajar pun ilmu ini kepada anak2 aku, sehingga bila dilihat semuala seolah2 penemuan baru.

Jom layan vedio ini.



Orang ternama.

Friday, October 19, 2012

Kalau ini Boleh MembantuYang Dah Hancur Tanpa Warna.


Salam buat Ummu Aidan. 
Hemm tak ada apa lagi yg dapat dikatakan benih2 bunga yg dikirim itu sudah tidak dapat dikenali warnanya.  Saya pun main tanam je bunga2 ni dan malas nak mencari2 namanya.
Sebab saya suka warna dan bentuk2 tumbuhan...saya tak perlukan nama, kecuali bila perlu.
Saya tanam bunga yg mudah tumbuh dan berkitar semula menjadi benih.

Cara nak kenal benih yg dah hancur tu, bandingkan sajalah ya, bentuknya.dgn  gambar ni buat panduan .
Dalam surat khabar tu, dah tak ingat lah, benihnya macam ni kan.Ada 5 warna, sebab tu diasingkan kalau tak silap
 
ini hasil bunganya kelihatan seperti daisy tapi ada 5 warna.

 



 Yg ini pula benih bunga yg oren dan kuning dibelakang tu,' marygold.'Asal benih beli kat s market.

                                         Ini benih sayur buah kundur.
                                            Ini gambar sayurnya.sayur labu kundur, tahan disimpan bertahun dan wangi.
                                           
                                            Ini benih limau purut, asal dari kelantan.Semailah semua, nasib baik tumbuh.
                                           Ini benih bunga mata hari baka op, benih asal dari blog tanam sendiri.
                                           besar bunganya ada di kongsikan dalam entry yg lepas2.
                                             ini benih bunga telang.
Ini bunganya. boleh buat sirap biru. bila tambah jus limau, ia bertukar warna .

Ini benih bunga permata cincin.
 
                                             ini bentuk bunganya.cantik tanam rapat2

yang dalam plastik atau dalam tisu macam benih sawi, benih bunga balsam@keembong,,ada 4 warna tu.yg.paling saya suka warna merah ni..

Yang benih betik sekaki, benih kacang panjang tak menjalar, labu manis, itu ummi kenalkan.
Hehehe, labu fiji lagi besar2kan.
Apa pun, kalau saya tempat ummi..kalau dah keadaan macam tu baik tidur2, nonton tv.Apa lagi kalau budaya disana perempuan digalakkan bergantung penuh pd.suami..kan best gitu, kalau ada dimakan makan sama2,,kalau suami tak ada apa dibawa makan, sama2 puasa..hahaha lucu idea ni.

Ok lah rehat banyak2.Jangan pedulikan bunga2 tu...yg penting ikan masin dan bilis yg sangat susah didapati disana tu selamat sampai dan boleh stok.Saya bimbang ikan tu tak sampai, sebab yg membungkus  benda2 tu, cikgu2 kat sekolah.yg saya minta antar kat pos seorang ustaz,, ustaz tu pula pas lagi kat pekerja kedai dia, pekerja tu pula pas lagi kat kawan pemain bola..cucu kepada ketua menteri sabah..last2, laporan isi bungkusan tu 'kain masjid'...dia call ustaz tu apa isi bungkusan , ustaz kata 'ikan masin'..salah dengar.Perasan tak kat reset pos laju yg ditampal kat bungkusan tu..punya saya cemas..hampir sia2 niat kita bersama kan.Hahaha apa pun ..salam mesra selalu.ok lah, jaga diri ya..assalammualaikum.

Tuesday, October 16, 2012

Tak sihat

15 oktober. aku tak sihat, namun terpaksa juga pergi kerja., namanya juga kaki tangan awam.
Hari ini aku ke hospital, rekod kesihatan aku semua bagus.Kalau semua normal, kenapa aku sakit.
Demam selesma aku membawa ke sesak napas, doktor kata aku salah ubat..tapi tekanan darah aku normal..cuma batuk sepanjang malam membuatkan aku tak dapat tidur.

Dr.Saijan dah beri aku ubat, banyak jenis RM 45 kena bayar.Aku ragu makan ubat ubatan tu..banyak jenisnya .saya jenis jarang sakit dan biasanya tak ambik ubat.
Minggu lepas, sahabat baik meninggal dunia secara mengejut, hari ini 16 oktober, pangkat abag ipar meninggal dunia 'bapa surayah', ada dua kematian hari ini, satu saudara pangkat pakcik.
Kematian demi kematian berlegar dipersekitaran...banyak tanda tanya dihati ini.Terasa kematian itu dekat sekali, cuma tak tahu bila.

Aku nak dengar lagu ini.Jom dengar lagu.  Lagu ini juga untuk hiburan Ummuaidan di bumi fiji.
 dan rakan2 blog yg ada masa untuk dengar2 lagu. 

Salam sayang  Semoga terhibur.







Saturday, October 13, 2012

aktiviti hari ini..

malam tadi dapat slot vedio ini, awal pagi terus buat.Berjaya.Nak ambik gambar, tapi kemera suhaila angkat dulu, mereka ada aktiviti melawat ke zoo lokwai, kota kinabalu.  Dapatlah rasa butter buatan sendiri, sedap sapu roti bakar..jom cuba sendiri.Esok pagi nak buat lagi.

Homemade Butter in just 3 minutes- English

Wednesday, October 10, 2012

Sahabat didepan mata.

Hari ini 10 oktober , hari rabu yang telah mencatat sejarah.
Hari ini, buat pertama kali 'lia' menghadiri temuduga utk.sebuah jawatan.  Peserta diminta berada dipusat temuduga seawal jam7.45 pagi..untuk peperiksaan bertulis, sebelum ujian lisan.
Bertolak dari rumah seawal jam5.40 pagi, suasana masih gelap kerana awan tebal sedang bersarang dilangit subuh.Sesampai di daerah lebuh raya Pekan Tuaran, hujan sangat lebat dan terjadi kesesakan lalu lintas'jem', ala ala di bandar raya kuala lumpur.Bila tengok jam dah hampir 6.30 pagi.

Sesampai di aeria kota kinabalu, minyak kereta pula, menunjukkan tanda tangki kosong.Oooo..tak ada jalan terpaksa singgah pula isi minyak. Aku tak berani tengok jam.  Hanya mampu menenangkan 'lia'..walau apa pun terjadi, aku pastikan dia dapat mengikuti temuduga itu..hehehe janji seorang cikgu.

Terlalu banyak kereta, mujurlah 'ir' junior ,yg. menjadi pemandu ketika itu, dia gunakan sepenuhnya kemahiran memandu di jalan raya yg penuh sesak dan hujan mencurah dgn.lebatnya.  Aku hanya mampu berdoa dan berzikir, semoga kami selamat sampai ke pusat temuduga sebelum pintu dewan dikunci.
Akhirnya sampai juga,alhamdulillah..10 minit sebelum jam7.45 pagi.Sempatlah Lia tarik nafas dan melangkah dgn.yakin.

10 oktober juga, ulang tahun kelahiran sahabat aku sejak dibangku sekolah rendah 'NOORAISAH' yg.jelita.
ah, penuhlah gambar2 cerianya di fb, sana. Aku hanya ingin mengucapkan utk. Noor, lewat halaman aku ini,
'Tahniah, dan selamat ulang tahun kelahiran, semoga segala usaha berhasil dengan jayanya, seiring bertambahnya usia, Allah bersama mu selalu'..amin.

Sempena hari ini, petang sempatlah singgah membeli makanan ikan, terlihat seekor ikan kap warna kuning yg.cantik, aku terus beli rm10.  Aku lepaskan dalam kolam hiasku yg.agak terbiar.

Sempatlah ambik gambar.Jom layan gambar.
Sahabat didepan mata.

Nak hadir temuduga, sempat gambar2, patutlah lambat, lalui sebagai pengajaran.

Cantikan kap ini, warnanya kuning.



Kehadirannya dialu alukan oleh penghuni lama.Mula menghulur persahabatan.

Mereka selalu berkumpul bila aku santai ditepi kolam, boleh diusap badan mereka.Kami selalu bersalaman.


Cantikkan dia ni..

Mereka ini menjadi sahabat ku, dari alam yg berbeza.Selalu didepan mata.


Ok lah sampai jumpa lagi.Assalammualaikum.

Sunday, October 7, 2012

Oktober ini.

                                                                  



Hari ini 7 oktober hari ahad.

Kemarin 6 oktober sabtu.

Kemarin pagi sabtu, ada insan yg sedang bergembira, ketawa bersama isteri dan anak anak, bertegur sapa dengan saudara mara.  Kemarin tengah hari ada insan yg sedang sibuk membuat perancangan untuk menceriakan hati anak  dan isteri tercinta.Namun kemarin jam 4 petang ada insan bergelar isteri dan anak yg sedang ceria,sedang  menghadapi suasana binggung dan terkejut.
Dan kelmarin senja ada insan bergelar sahabat meninggalkan dunia ini dengan suratan takdirnya yg telah ditentukan sejak azali lagi.

Malam tadi ada airmat yg tertitis, saat menerima berita saat suami seorang sahabat pergi memasuki kamar tidur yg.panjang..dan ia tidak akan bangun lagi sehingga dikejutkan kelak dari tidur panjang yg lena itu.
Pagi ini di ahad ini,  aku berkunjung menatap wajah seorang sahabat yg ditinggalkan suami tercinta.
Tak ada bicara antara kami, hanya air mata.Saat bersimpuh disisi jenazah, sempat ku menatap beberapa gambar kenangan yg masih tergantung diruang tamu yg dihias indah.

Hati ku seakan berbisik "telah pergi rano karno mu ini, meninggalkan kamu sahabatku"
yahh beginilah dia sahabat setugas aku, kami bersahabat, suaminya juga menjadi sahabat kepadaku, keluarga ini tidak asing kepadaku dan anak anak ku.Kami selalu bergurau , dia memuja suaminya, dia memberi tahu ku suaminya ada jolokan iras wajah bintang filem indonesia 'rano karno', dan dia pula selalu mengusik aku dengan mengatakan 'ir' aku mirip penyanyi tanah air 'd.j.dave'...ah senda gurau itu benar2 membuat kami akrab. 

Tapi hari ini pagi tadi aku tak dapat melihat anak matanya dengan jelas, lantaran aku seperti mimpi,
sahabat baik ku telah ditinggalkan suami tercinta, cepat benar mereka berpisah.'Kematian' ini memisahkan pasangan yg.sedang bercinta.  Hati menjadi sebak, airmata tergenang,lalu tumpah entah atas dasar apa.

Selagi ada saat bersama nikmatilah, jangan dipersiakan..walau sesaat..selalulah bersama dan duduk disisi insan yg kita miliki 'suami@isteri', kerana itulah milik peribadi yg kita ada, yg bersikap sementara..sementara bersama.
                 LAGU INI MERAKAM EMOSIKU SAAT INI.

Tuesday, October 2, 2012

kenapa?

 Hari ini 2 oktober.
Bulan oktober selalu dalam penantian ku.
Kenapa?
kerana Rashid dan 'Ir junior' lahir dalam bulan oktober, kerana Irfa Amirah lahir dalam bulan Oktober, kerana Irliani lahir dalam bulan oktober.
Sewaktu mengandungkan mereka, aku menjadi sangat rajin..rajin berkebun, rajin membasuh dan rajin cuci kereta.
Bila mereka lahir, aku jadi 'malas' kenapa begitu ya.
Ahh hari ini aku rasa sangat malas.Balik dari kerja, sekitar jam 1.15 petang, aku tidur, aku malas masak.
Ada rasa malas dalam hati ku.Malas malas malas.Entah lah..
Apa pun saat ini aku dah siap masak utk.malam, sayur2 labu air yg banyak tu, aku dah selesai agihkan pd. kawan disekolah dan saat petang ini agihkan pd. jiran2.

Kemarin balik dari sekolah, minta tolong 'ir', petikkan buah labu air yg memanjat pokok limau purut.
Dan dia terpaksa guna tangga, sempatlah ambik gambar kekasih ku itu...hehehe..

'Hati hati abang'..hanya itu yg mampu ku kata.







senyum ketika memetik hasil, inilah kenangan saat bersama.suatu ketika dulu, tak terbayang pun, aktiviti seperti ini akan sempat dilakukan bersama.Ahh kenangan catatlah seadanya, utk.sebuah memori yg kekal..
Salam ceria.