Sunday, October 21, 2012

Aku ingin ke sana

Sepanjang siang tadi cuaca suram, diikuti hujan lebat  dan sesekali angin disulami kilat yang hanya berkelip didada langit.  Kuntuman  bunga mawar menunduk menanti saat luruh lantaran tidak tahan mengendong air hujan yang bertakung disetiap helai kelopaknya.
Semua pokok2 bunga aku dari semua jenis tidak sihat, labu kundur baka besar, sudah mengampai atas tanah, mungkin tidak akan sempat mencapai umur matang.Buahnya kelihatan kuning membusuk.

Persekitaranku mewakili emosi dan kesihatan diriku.
Esok isnin, hari berkerja.Ada aktiviti kurikulum sokongan kepada bahasa.  Pengisian program membaca 1 Malaysia yg akan berlangsung serentak pada 24 oktober, jam 9.30 pagi, bacaan serentak seluruh negara.

Perasaan ingin mandi, menyelam dalam air laut yang masin, telah tertunda.Cuaca ini tidak mengizinkannya, petang esok kalau ada peluang aku akan ke sana, walau sebentar, walau aku seorang.. Aku akan ke pantai desa nelayan tempat aku mula mula bertugas dulu.Pantai Rampayan Laut.

Aku benar2 ingin melihat ombak dan pantai.Buat sementara aku tumpang tengok ombak di vedio ini.
Lagu dalam klip vedio ini..benar2 buat aku teringat ayah dan ibu..mungkin kerana demam ini..
Jom tengok ombak Laut



1 comment:

Nudabuffy said...

Kak Mas pandai berekspresi dengan kata-kata. Suka membaca tulisanmu, meresap ke jiwa.