Thursday, October 25, 2012

23 -24 oktober, pantai ini dan aku

Saat ini dah jam11.30 malam..masih dalam lingkaran 24 oktober.Kelmarin 23 oktober hari selasa.Jam 11.30 malam seperti saat ini, Rashid lahir kedunia ini.Dia anak lelaki sulung aku..Irfan lahir, sejam kemudian melalui pembedahan..Dr. cuma bimbang Irfan lemas, lalu mencadangkan pembedahan itu.Irfan lahir sekitar jam 12.50 malam, menyebabkan tarikh lahirnya dicatatkan sebagai 24 oktober.

Maka tercatatlah takdir mereka anugerah dari Allah.Walau mereka kembar, namun mempunyai tarikh lahir yg.berbeza..dan kesannya mereka mempunyai personaliti yg.berbeza.Rashid menceburi kedoktoran, Irfan menceburi perguruan...mereka anak kembar aku.

Saat ini juga filem hindi sedang ditayangkan bermaksud 'kadang-kadang gembira, kadang kala sedih'..
Jam 4.00 petang siang tadi, aku ke pantai Rampayan Laut.Hanya ditemani anakanda Alul, ke pantai itu.Terlalu sunyi tempat itu, tapi pokok2 ruh, pantai dan ombaknya masih sama..seperti dulu..cuma laut sedikit berkelodak sebab air hendak pasang...dan kelodak air pasang itu mengingatkan aku pada ayah..saat aku selalu mengikuti ayah ke laut menjala udang kertas dan menangkap ketam nipah.

Sempatlah aku mandi seorang seorang..
Di pantai ini pernah ada tapak kaki aku saat remaja, saat aku bergelar ibu, dan tapak kaki anak2 kecil aku dari dulu hingga kini..tempat ini menyimpan banyak kenangan.
Kenangan aku saat ini...saat menikmati ombak laut sendirian..



Pokok2 ruh ini, banyak dah tumbang, masa kami selalu ke pantai ini, aku gantungkan buai anak aku diantara cabang pokok ruh itu..Ir akan jaga anak kecil dalam buaian, sementara aku bersama anak2 yg masa tu baru sekitar tahun 1 hingga tahun 6..akan mandi..akulah hero, selalu tunjuk cara terapung dan menyelam.Masa tu ada seorang yg.sangat istemewa..namun dia telah pergi menemui Allah saat usia masih remaja'Norlela Ayat'
Saat ini aku juga teringat dia.





Saat ini sangat menenangkan, aku semakin sihat.

Aku boleh berenang walau seorang seorang.
Bila dah masuk laut..mula menyelam tanggallah segala tudung..air masa ni terasa suam.Mata hari mula berwarna keemasan...maklumlah dah hampir jam 5.00 petang.Puas aku mandi seorang-seorang.

                                       Jemu anakanda Alul menunggu agaknya, dia pun sibuk melayan perasaan.  Anakanda aku ni baru semalam balik dari KL..baru habis exam.Nasib baik dia ada, dapatlah jadi driver dan juru foto dari kamera yg asal ada ni..namun yg penting ..hajat aku nak ke laut dan mandi telah tercapai, alhamdulillah.
yang antik mengenai pantai ini..ialah haiwan ini..ada masa kalau terlalu panas mereka akan turun mandi..kalau mereka turun mandi, petanda udang geragau akan mendekat ke pantai, begitu juga ikan bilis tamban..masa nilah orang luar akan datang berkampung di pantai menangkap udang' geragau dan bilis'.


Ok..sampai jumpa lagi.

5 comments:

suka suka said...

best duk kat laut...

ummuaidan said...

Alhamdulillah dah semakin sehat akak..dan tercapai impian mandi laut...selamat menyambut hari raya korban yer..byk lembu2 kat pantai tuh blhlah piilih mana satu atau sema buat korban kan...heheh

suka suka said...

best nya tangkap udang dn tamban ya..dahla tak pandai berenang....puteri boleh terapung lagi...

Azye said...

bestnya pegi pantai =)
semoga makcik bahagia selalu...

Puteri Purnama said...

Salam Ummi, k Mar dan Azye.

Memang best dapat tengok laut dan mandi diair masin.Laut suatu alam yg berbeza dengan daratan. Dengarkan deruan ombak, perhati gerakan air yg berpusar kehulu kehilir..mereka sangat sibuk..ia seakan akan mewakili pergerakan waktu jam yg tak kelihatan..ini yg.selalu kita terlepas utk.menghayatinya. hehehe..aku sembuh oleh pemandangan begini.