Tuesday, October 2, 2012

kenapa?

 Hari ini 2 oktober.
Bulan oktober selalu dalam penantian ku.
Kenapa?
kerana Rashid dan 'Ir junior' lahir dalam bulan oktober, kerana Irfa Amirah lahir dalam bulan Oktober, kerana Irliani lahir dalam bulan oktober.
Sewaktu mengandungkan mereka, aku menjadi sangat rajin..rajin berkebun, rajin membasuh dan rajin cuci kereta.
Bila mereka lahir, aku jadi 'malas' kenapa begitu ya.
Ahh hari ini aku rasa sangat malas.Balik dari kerja, sekitar jam 1.15 petang, aku tidur, aku malas masak.
Ada rasa malas dalam hati ku.Malas malas malas.Entah lah..
Apa pun saat ini aku dah siap masak utk.malam, sayur2 labu air yg banyak tu, aku dah selesai agihkan pd. kawan disekolah dan saat petang ini agihkan pd. jiran2.

Kemarin balik dari sekolah, minta tolong 'ir', petikkan buah labu air yg memanjat pokok limau purut.
Dan dia terpaksa guna tangga, sempatlah ambik gambar kekasih ku itu...hehehe..

'Hati hati abang'..hanya itu yg mampu ku kata.







senyum ketika memetik hasil, inilah kenangan saat bersama.suatu ketika dulu, tak terbayang pun, aktiviti seperti ini akan sempat dilakukan bersama.Ahh kenangan catatlah seadanya, utk.sebuah memori yg kekal..
Salam ceria.

9 comments:

Umm AA said...

Malas atau moody selalunya boleh memeri 'lampu merah' kak..heeh..
Mendera abe kelate yer..nasib baik takder aper2 kalau tak nanti akan berkata "abangggg...."hehehe

Adry@Daun said...

Hehe...takdok kerenggo ko atah pokok limau purut tu? Kalu ada abis la digigitnya cik abe cikgu... Labu air tu buat sayur bening mmg sedap.

dedetea66 said...

Indah nian sepertinya,jika mengenang masa lalu,masa-masa indah bersamanya,hihih
jadi ingin kembali ke masa lau,hahaha

Malay-Kadazan girl said...

Wah challenging juga nak ambik labu air ya. Lumayannya.

Puteri Purnama said...

hemm ummuaidan agaknyalah,lampu merah, bulan merah, saya suka mawar merah,,hehehe..pssts kite je faham cerite ni kan.

Puteri Purnama said...

Adry,
Nasib baik abang setuju ambik buah labu tu, kalau tidak..alamat sampai ketualah duduk kat atas sana, ikut saya cantas pokoknya je yg merayap tu.

Puteri Purnama said...

hahaha DD, bahasa kita tetap serumpunkan, indah sekali.
Terimakasih sudi singgah dan komennya( ah yg.ini saya tiru ayat kamu hehehe)

Puteri Purnama said...

Assalammualaikum kadazan girl.
ya begitulah.Dapat juga pengajaran, lain kali jangan tanam sayur ni dekat pokok, tak boleh dilarang pokok ni..hehehe.
Terimakasih sudi melawat.

Nudabuffy said...

Kak, 2 Oktober tu birthday saya.. heheheh