Sunday, October 21, 2012

PeLBa gA i Rasa Ini

Sepanjang malam tak dapat tidur cara normal..
batuk masih menghantui tidur ku meski demam selesemaku sudah reda.
Hari ini sabtu 20 oktober, dalam samar subuh, aku buat sarapan pagi mee hoon goreng ayam.

Dalam hati nak pergi ke pantai, nak mandi berenang dilaut sambil melihat mata hari terbit.  Kaedah ini salah satu cara aku untuk menyembuhkan kesihatan diri, aku suka berenang dan menyelam.
Zaman kanak2 aku, seingat aku..kalau aku sakit ayah akan bawa kami mandi disungai pada awal pagi.
Ayah ajar berenang..dan menyelam
.Antara adik beradik, aku lah yg.paling lasak, walaupun aku anak perempuan bungsu dari 7 orang adik beradik, tapi kalau ayah turun ke laut, aku mesti bertegas nak ikut dan disertai abang aku yang no.4.

Ayah menebarkan jalanya diatas 'biduk' @perahu kecil yg.dibuat sendiri oleh ayah, asal dari sepohon pokok besar 'pokok kupang', batang pokok kupang di ukur panjangnya, lalu ayah pahat dibantu oleh abang no.4, abang Hamidun.Masa itu tak ada mesin, ayah guna pahat yg matanya cuma selebar  4inci, tukul dan kapak.
Berbulan masa diambik utk menyiapkan perahu itu.

Lebar perut perahu itu cuma 3 kaki lebih.Panjangnya dalam ingatan aku mungkin sekitar  12 kaki.Macam tulah..ayah akan duduk dihadapan aku duduk ditengah dan abang Hamidun diburitan.
Biasanya ayah akan membawa kami keluar ke kuala sungai, yg airnya, rasa payau..bila air pasang air menjadi masin, pokok2 bakau akan terlihat rata dan sama tinggi.Bila air surut, akar2 bakau akan kelihatan berceracak, warna hitam..masa nilah tugas aku dan abang Hamidun, turun kepantai dicela2 akar pokok bakau akan mengutip siput bulat dan siput sedut.Banyak siput, sekejap saja untuk kutip dua baldi besar.

Ayah akan memasang 'bintur' atau menangkap ketam nipa, yg menyorok dalam lubang dicelah akar bakau.
Bila air pasang semula kami akan berkayuh pulang, membawa tangkapan ketam nipah, udang kertas dan segala jenis siput yg aku suka.

Ayah menjala dari atas perahu, biasanya perahu akan berguling, terumbang  ambing, kalau tak biasa, memang takut..tapi aku biasa, abang juga biasa..tak takut air dalam, kenapa? hehehe sebab ayah dah ajar berenang dan menyelam sejak kecil2 lagi..saat meninggalkan permukaan laut, langit sudah menebarkan warna emas kemerahan, berjalan kaki pulang ke rumah dengan hasil tangkapan yg.tidak menghampakan. Biasanya akan sampai ke rumah sekitar jam 10 malam..masa tu aku sekolah rendah mungkin seawal darjah 1 hingga darjah 4.  Darjah 5 aku dah bersekolah dibandar hingga darjah 6.Tingkatan 1 hingga maktab terus blah keselatan tanah air disemenanjung malaysia.

Maknanya semua memori aku mengikut ayah ke laut, aku buat masa aku benar2 dialam kanak2.
Kalau aku sakit, ibu akan ambikkan pelepah keladi hutan, panjang ikut ukuran dahi aku, ibu pipiskan batang pelepah keladi itu dan tekapkan didahi aku.  Sekejap demam ku sembuh.  Tapi peliknya, pelepah keladi hutan, kalau aku sihat afiat..terkena air pelepah keladi hutan, akan menjadi bisa dan bengkak kulit dibuatnya.  Maknanya..keledi hutan bila disentuh oleh orang sihat, akan jadi racun, kalau dibuat ubat untuk orang sakit akan jadi penawar.Hingga hari ini, perasaan pelik masih tebal dihatiku.

Dalam keadaan aku seperti hari ini, banyak cara perubatan yg ibu ajar terlintas dihati, tapi aku tangguhkan lagi kerana ubat hospital tak habis lagi..cuma aku ingin ke pantai untuk mandi dan menyelam..seperti dulu.  Ubat aku cuma keluar rumah, turun ke laut main ombak, berenang dan menyelam, atau masuk ke hutan..ikut ibu, petik sayur2 pucuk hutan, terutama rebung bambu manis, pucuk paku , cendawan tanah, entah apa apa lagi..termasuklah memetik buah2 ranum tomatilo.
Hari ini aku nak buat semua itu, tapi bila sarapan pagi dah siap, hujan turun lebat sehingga jam 3 petang pun mata hari tak keluar lagi.

Tak cukup dengan itu, kalau aku pergi..ayah tidak ada bersama ku.Ibu tidak ada lagi bersama ku.
Aku tak ada siapa2 yg.memahami apa yg aku cari dipantai itu..tak akan ada siapa memahami aku, kenapa aku suka mereda hutan kampung.  Yang ada dalam rumah ini, datang dari latar belakang yg berbeza..meski mereka anak2 aku..tapi mereka membesar depan TV dan komputer, makan makanan tersedia dari pasar.  Terbiasa menaiki kereta perdana, naza citra atau BMW atau apa apalah.

Latar yg berbeza, menjadi jarak untuk saling tidak memahami.
Pendidikan yg berbeza menjadi asas untuk saling menghasilkan ilham yg menjarakkan lagi ruang..

Apa pun, rasanya ayah dan ibu aku telah berjaya mendidik aku menjadi insan yg berguna dan membuat mereka bangga.  Tapi jauh disudut hati, aku rasa aku tak sempat berbuat apa2 utk.ibu ayahku..jauh sekali utk membalas jasa mereka.
Kami tak sempat bergembira..tapi aku masih sempat mengurskan mereka sewaktu aku benar2 diperlukan, iaitu menyediakan persiapan kamar tidur utk.mereka berehat untuk suatu tidur yg.panjang.

Hingga kini aku masih terasa2 bagaimana ayah ajar aku mengapungkan diri diatas permukaan air, menyelam dan terjun2 dari tebing tinggi.Hahaha bestnya..saat dibawa kawalan ayah ibu.
Anda bagai mana?

Mari lihat slot ini..pengetahuan mendidik seperti ini telah ada dikalangan nenek moyang kita, cuma hari demi hari ia dilupakan termasuklah diri aku.  Aku tak ajar pun ilmu ini kepada anak2 aku, sehingga bila dilihat semuala seolah2 penemuan baru.

Jom layan vedio ini.



Orang ternama.

2 comments:

ummuaidan said...

Manisnya kenangan sewaktu kecil kan..kalau tidak melalui semua itu mcm tiada sweet memories mcm budak2 zaman sekarang tahu tgk tv ngan video games..hmmm
seronok akak yer ayah mengajar byk benda ms kecik wpun anak pompuan malah dibawa kelaut juga..
..akak bykkan2 lah berehat..inshaallah akan bertambah sehatlah sikit hari ini..beransur-ransur..ok, take care..

suka suka said...

try minum madu pagi-pagi gunakan sudu plastik dan selawat...mudah-mudahan segera sembuh..