Wednesday, October 10, 2012

Sahabat didepan mata.

Hari ini 10 oktober , hari rabu yang telah mencatat sejarah.
Hari ini, buat pertama kali 'lia' menghadiri temuduga utk.sebuah jawatan.  Peserta diminta berada dipusat temuduga seawal jam7.45 pagi..untuk peperiksaan bertulis, sebelum ujian lisan.
Bertolak dari rumah seawal jam5.40 pagi, suasana masih gelap kerana awan tebal sedang bersarang dilangit subuh.Sesampai di daerah lebuh raya Pekan Tuaran, hujan sangat lebat dan terjadi kesesakan lalu lintas'jem', ala ala di bandar raya kuala lumpur.Bila tengok jam dah hampir 6.30 pagi.

Sesampai di aeria kota kinabalu, minyak kereta pula, menunjukkan tanda tangki kosong.Oooo..tak ada jalan terpaksa singgah pula isi minyak. Aku tak berani tengok jam.  Hanya mampu menenangkan 'lia'..walau apa pun terjadi, aku pastikan dia dapat mengikuti temuduga itu..hehehe janji seorang cikgu.

Terlalu banyak kereta, mujurlah 'ir' junior ,yg. menjadi pemandu ketika itu, dia gunakan sepenuhnya kemahiran memandu di jalan raya yg penuh sesak dan hujan mencurah dgn.lebatnya.  Aku hanya mampu berdoa dan berzikir, semoga kami selamat sampai ke pusat temuduga sebelum pintu dewan dikunci.
Akhirnya sampai juga,alhamdulillah..10 minit sebelum jam7.45 pagi.Sempatlah Lia tarik nafas dan melangkah dgn.yakin.

10 oktober juga, ulang tahun kelahiran sahabat aku sejak dibangku sekolah rendah 'NOORAISAH' yg.jelita.
ah, penuhlah gambar2 cerianya di fb, sana. Aku hanya ingin mengucapkan utk. Noor, lewat halaman aku ini,
'Tahniah, dan selamat ulang tahun kelahiran, semoga segala usaha berhasil dengan jayanya, seiring bertambahnya usia, Allah bersama mu selalu'..amin.

Sempena hari ini, petang sempatlah singgah membeli makanan ikan, terlihat seekor ikan kap warna kuning yg.cantik, aku terus beli rm10.  Aku lepaskan dalam kolam hiasku yg.agak terbiar.

Sempatlah ambik gambar.Jom layan gambar.
Sahabat didepan mata.

Nak hadir temuduga, sempat gambar2, patutlah lambat, lalui sebagai pengajaran.

Cantikan kap ini, warnanya kuning.



Kehadirannya dialu alukan oleh penghuni lama.Mula menghulur persahabatan.

Mereka selalu berkumpul bila aku santai ditepi kolam, boleh diusap badan mereka.Kami selalu bersalaman.


Cantikkan dia ni..

Mereka ini menjadi sahabat ku, dari alam yg berbeza.Selalu didepan mata.


Ok lah sampai jumpa lagi.Assalammualaikum.

8 comments:

suka suka said...

amboi..boleh salam-salam dengan ikan lagi...istimewa puteri ni..didoakan anakandamu beroleh kejayaan..

smRose said...

sihatjer rupa ikan tu...hehehe

ummuaidan said...

Ikan cantek, adik yg pegi interview pun cantek jugak..hehee.ikan nie akak tak goreng buat makan kerr..mcm sedap jer nampak..

wani sc said...

cantik lah ikan tu macam keemasan kuningnya.
ummuaidan: punya lah sayang orang tu kat ikan dia, awak boleh tanya nak goreng ke tidak. hahahaha

Puteri Purnama said...

salam k mar,
ya ikan dalam kolam ni jinak. terimakasih atas doa itu.amin.

Puteri Purnama said...

sm Rose,
mau tak sihat, makanan mereka lebih mahal dari beras.Terimakasih sudi melawat.

Puteri Purnama said...

hehehe ngidam ek, kejap lagi aidan ada kawan. kalau kes ni, kita boleh kirim khusus dari kolam hias 'dalam lingkaran ini'.

Puteri Purnama said...

salam wani,
cantik kan, jom buat kolam.