Saturday, October 27, 2012

27 Oktober..disebalik janji, baik dan buruknya?

Hari ini masih dalam mod raya.Kelmarin hari jumaat, ramai tetamu berjanji nak datang, tapi alasan sembahyang jumaat.. ramai berjanji nak datang hari ini.Dah orang beria ia nak makan masakan kita,
tak kan kita kata tak boleh datang, kalau ditolak mudah saja..bagi alasan nak kemana2 kan.

Tapi bila teringat ayat ini..'sesungguhnya Allah maha mengetahui segala isi hati', maka ku kosongkan fikiran, aku pun terima janji2 mereka yg kata nak datang berhari raya, aku pun sediakanlah masakan yg aku mampu buat.

Mereka kata nak makan tom yam campur.aku buat satu periuk besar, udang siap kupas kulit lagi..sedaplah juga..dah nak hidang pd.tetamu..
Aku tunggu dari jam 10 pagi, sebab kami dah berjanji nak makan tengahhari bersama dirumah aku..oklah..malangnya aku tunggu sampai jam 1 petang, tak datang juga.Call dan sms pun tak ada.

Jam 1.30 petang aku anak beranak kena ikut rombongan menghantar pertunangan anakanda Nawal.Selesai acara jam 4.00 petang.Aku berada dirumah sempat lagi dalam hujan lebat round rumah jiran antar daging korban.Ir buat korban utk, anakand Lia, Aida dan Suhaila.
Balik rumah tetamu yg berjanji tak juga sms, jauh sekali utk.datang.Hemm apa pun, apa buruknya berjanji ye?..

........................................................................
Nak hiburkan hati aku perhati jelah mawar merah dihalaman rumah sedang teruk dilanda hujan yg.mendera.  Tapi pemandangan ini cantik sekali, mawar yg basah kuyup dan titis air yg enggan jatuh,ingin kekal bertakung dikelopak mawar merah yg.terus berjuang mempertahankan seri wajahnya.


                         
                                              Ikan menyorok kesejukan agaknya.Ehh ikan pandai sejuk ke?..hehehe...kalaulah ia pandai berkata2.seronok agaknya berbual dgn makhluk yg.satu ini.
 Aku jemur benih bunga2 ini, saat jam 10 pagi tadi, adalah panas matahari, bila aku jalan terlupa nak alih, apa lagi basah juga akhirnya.
Ini benih terung, jemur dalam kertas, lupa angkat...habis basah, harap2 esok ada panas matahari.Sihat benih terung aku ni.
 Ok lah.Salam ceria.

5 comments:

Umm AA said...

Salam kak...so mereka tak datang langsung lah yer? tak baik kan mcm tuh..tak tepati janji & menyusahkan orang & tak bertanggungjawab lak tuh...issshhh...benih telang akak bg tuh dah bercambah daaa..tak lama lagi bolehla buat sirap biru yerr..hehe

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
Kata org, jangan berjanji kalau tak ditepati. Kalau org mungkir janji dgn kita memang blh sakit hati tapi kita kena sabar. Itu pun dikira dugaan.

Puteri Purnama said...

Iya mereka tak datang.Ada 3 keluarga berjanji nak datang tu.
aku tak sakit hati pun cuma the whole
day macam ada benda aku ternanti nanti..dah lah baru sembuh. Tak apalah dugaan kan.

Puteri Purnama said...

Walaikumsalam Adry.
Entahlah Adry, manusia zaman sekarang ni, janji dah seperti perkara mainan.Terlalu sedikit orang yg akan mengotakan janji dalam segala sudut.Benar lah ini juga dugaan.Sabar je lah kan. Terimakasih sudi melawat.

mat jon said...

takpe kak, yang penting bunga ros akak tu memanggg canteekk...suka la saya tengok