Saturday, June 16, 2012

cabaran angin kencang

16 jun hari ini, hari ini Miming tersayang akan balik ke IPDA.Ada sunyi dihatiku.Namun perpisahan tidak terelak..hidup perlukan pengorbanan.Kejayaan mereka adalah kejayaan ku jua.Aduhai..ada airmata yg.ingin tumpah.Sangat rindu dgn.restu dikl, dan orang di Banglore itu.Salam sayang dan doa utk.koorang semua.

Cerita bunga matahari baka warna bercampur.Ingatkan benar2 ada warna jalur2 merah..tapi cuma garisan lingkaran berwarna merah membezakannya dgn.baka op.Tapi Alhamdulillah walau tak ada warna, diberi aku kelebihan saiz yg.ketara.

hari ini, kuntum yg besar sekali itu sudah berkembang sepenuhnya.Ada banyak serangga.
Beberapa hari ini, angin terlalu kencang..pokok2 itu hampir patah, terpaksalah aku membuat tiang sokongan utk.membantu bunga itu bertahan.Semoga bunga itu sempat melalui proses mencipta biji benih yg.bermutu tinggi. Ada penantian dihatiku.Hanya berserah pada Allah..kerana itu semua dibawah kekuasaannya.

Bunga berkembang dan dicabar angin kencang..hampir patah bunga ini.






Dah kembang sepenuhnya,cuma tunggu benih menua.


menunggu bunga mic clor akan berkembang mungkin beberapa hari lagi.



Ini pokok matahari dari baka op, ini dari benih pertama, dari tanaman pertama dulu.

Hijau kan.




Ok lah salam sayang dan jumpa lagi.Assalammualaikum.

4 comments:

wani sc said...

cantiknya kak. macam ladang sunflowers :D
betik sekaki tu baka rendah ye? ada simpan benih tak? ngeeee

Puteri Purnama said...

Memang rancangan nak penuh kan setiap ruang dgn sunflower tu, tapi fikir balik cuma dapat cantik, hasil tak ada, so sedang2 aje lah..betik sekaki tanaman pertama ni, benih oder dari 'blog tanam sendiri'.hehehe terima kasi sudi melawat.

lynnhelite said...

yg kat luar warna warni tu bung apa? senang nak jaga dan tahan panas?

Puteri Purnama said...

Benar Lynn,
bunga2 tu semua tahan pansa dan mudah dijaga asal disiram selalu.saya tak tahu nama bunga2 tu secara sainsnya.Saya tanam ikut suka.kuntum2nya bila dah tua jadibenih.Terimakasih sudi melawat.