Friday, May 25, 2012

Lobak Putih semaking layu


cuaca sangat panas, lobak puti isinya semangkin membesar, daun nya semakin layu.
Tak tahu apa nak buat, nak cabut semua tak akan habis dimakan.biar begitu saja takut rosak isi didalam.
Tanam sikit takut tak cukup..macam2 hal kehendak manusia.aku lah diantaranya.

Hari ini hari terakhir sekolah..miming dah sampai rumah.Alhamdulillah seronok dengar dia berceloteh..tak lah aku sunyi sangat..ada kawan berborak ..
Tengoklah lobak putih ni.

Gambar ni di ambik 4 hari yg.lalu..hari ini lobak tu tambah besar dan daunnya mula layu walaupun tiap petang aku siram.

Jom layan gambar.

Pokok bunga matahari  warna bercampur hidup subur.Tanda 2 bunga nak keluar tak ada lagi.

Tembikai baki buah hari itu, masih ada, belum matang lagi.

Sawi tak habis makan, sampai berbunga.


Ini semaian bunga matahari baka besar..harap2 dapat tengok bunganya masa hari raya nanti untuk menceriakan suasa lebaran.20 pokok aku semai,,hanya tumbuh 16 pokok, 4 pokok lagi mungkin diganggu anak siput atau semut...tak apa sedekah.


Ini betik sekaki harap2 bulan puasa nanti dapat dituai hasilnya utk hidangan buka puasa sekeluarga.
Bunga ini masih bergilir2 berbunga..sentiasa memenuhi sekeliling rumah.ada lima warna bunga ni.


hasil tuaian hari ni, ada pucuk labu manis, sawi bujang dan sawi Dwarf 330..entah itulah nama sawi keriting tu.

5 comments:

Dede Tajidin said...

sungguh kreative kamu Putri,aku suka sekali lihat perempuan pandai bertani / berkebun,,

Puteri Purnama said...

hahaha..mengisi masa lapang DD.
dari buang2 waktu utk menonton tv, lebih baik tanam sayur dan bunga2 utk.menambah kesejehtraan hati.betulkan?
terimakasih sudi melawat.

hernyhafiz ^_^ said...

buat jeruk asin boleh tak? nanti bulan puasa boleh buat goreng masa sahur...

hernyhafiz ^_^ said...

buat jeruk asin boleh tak? nanti bulan puasa boleh buat goreng masa sahur...

Puteri Purnama said...

salan hernyhafiz,
betul juga kan buat jeruk asin, tapi masalahnya tak tahu resepi jeruk asin.Herny tolong kongsikan resepi, boleh?..terimakasih.