Saturday, May 19, 2012

Panasnya cuaca 19 mei ini

Hari ini sempat menghadiri majlis persandingan anak cikgu Zamzain @ bapa awang.
Persandingan anak kedua cikgu ini berlangsung di dewan Masyarakat Majlis Daerah Kota Belud.
Ramai tetamu hadir. Selain keluarga, semua sahabat guru dan kaki tangan pejabat turut dijemput.

Pengantin perempuan ini rakan sepermainan anak2 aku sewaktu  mereka kecil dari usia tadika hingga tamat darjah 6.Mereka bermain bersama2, pergi kelas mengaji sama2 dan hari sabtu ahad bermain sama2..main basikal.Bila mereka siap main, mesti Ayu bawa kawan2 ni naik rumah, seperti biasa aku dah siapkan meehon goreng dan air sirap utk menjamu tetamu2 kecil itu.

Ahh itu cerita 15 tahun yg.lalu..kini ramai rakan sepermainan anak2 aku, mula melangkah ke alam rumah tangga.Alhamdulillah.Tahniah kepada keluarga cikgu Zamzain kerana berjaya menyediakan majlis yg.besar ini.

Cuaca terlalu panas..balik dari majlis, sempatlah aku beramu bunga2..dan mandi berendam dalam tab mandi aku ini..relex..ahh..nyaman sekali..Alhamdulillah.


Antara gambar yg sempat di abadikan.
Ibubapa dan adik pengantin perempuan..nining..cantik kan.

Pelamin dan meja vip dihias indah.Kami tak sempat tunggu mempelai bersanding, nak balik cepat cuaca  panas sangat.

Para tetamu mula memenuhi dewan..ramai.

lepas makan nasi dan lauk pauk, makan kuih dan kek lagi..irne aida, irna suhaila dan irliani, santainya.

Balik dari majlis, badan terasa sangat panas..

Aku berendam dalam tab ni..segar sungguh dan wangi lagi.Alhamdulillah, mawar2 ku masih sudi membekalkan bunga untuk keperluanku.


sampai disini.Assalammualaikum.Rashid ke Manipal, selamat bercuti dan ceria selalu.Miming balik minggu depan ..semoga sawi2 tu sempat tunggu kau balik ming..



1 comment:

shafirul suffian said...

waahh...seronok mandi bunga kat rumah je..tak yah gi spa pun. jimat semua.