4 mei, jumaat hari ini.
waktu hidup sendirian, dalam pencarian mengumpul ilmu bekalan menghadapi dunia hidup dewasa, tentunya ilmu dunia dan sedikit sangat ilmu akhirat.
Ilmu dunia dikumpul 6 tahun sekolah rendah,7 tahun sekolah menengah, 3 tahun maktab perguruan, 5 tahun universiti,, wahh 21 tahun, lamanya menuntut ilmu dunia secara formal.Ilmu akhirat di tuntut secara formal??..berapa jam, berapa bulan, berapa tahun?..mungkin yg.bersekolah aliran agama islam sepenuhnya, mungkin sampailah secara resminya menghitung belasan tahun atau lebih, tapi diri ku?..
Aku sejujurnya tak ada belajar pembelajaran agama Islam ku secara formal dalam waktu yg seimbang seperti aku belajar ilmu dunia yang tersebut di atas.Kalau ada ianya pembelajaran yg.diselitkan, ala kadar oleh penyusun kurikulum negara..itu saja..kalau ada yg.lebih itu atas usaha sendiri, bimbingan ibu bapa, dan perbincangan dengan sahabat, saudara mara..bila sedikit belajar sedikitlah impaknya.
Sebab tu agaknya Allah tidak menghitung banyak mana dan lama mana ilmu agama dipelajari, yg diterima di sisi Allah seikhlas mana 'hati' beriman kepadanya dan rasul2nya dan mencintai kekasihnya, Nabi Muhammad SAW..
Persoalan timbul, susah sangat kah nak ikhlaskan hati mencintai Allah dan Rasulnya?
Tapi soal ikhlas hati, hanya Allah yg.tahu, kita diminta hanya berserah diri..panduan nak ikhlaskan hati dapat dilihat melalui amalan2 seharian yg termaktub panduannya dalam al quran dan di huraikan melalui ucapan, keterangan dan jalan perlaksanaan oleh Rasulullah s.a.w.
Soalan berapa ramai memahami dan mengetahui petunjuk dari al quran?..membaca hadis Rasulullah dan mengikutinya?..
Diri aku?..
Selama hidupku dari bergelar anak, selalu berazam jadi anak yg baik, belajar sungguh2, jaga maruah keluarga, sayangi ayah dan ibu, berazam membalas jasa ayah ibu, jangan buat ayah dan ibu menangis,
kalau ayah dan ibu sakit..mesti bantu, kalau ayah ibu dah pergi ke alam barza, sentiasa mendoakannya..
Fasa itu sudah aku lalui dan berjaya ..Alhamdulillah.Persoalan timbul banyak mana kejayaan itu disisi Allah?..Bila boleh tahu markahnya?..nanti saat hari perhitungan di padang mashyar..( Allah kata, Tunggulah..dan kamu adalah diantara yang menunggu )..ahh ini semestinya suatu penantian.
Fasa ke 2 dalam Hidup ku.
Awal disimber, disuatu tahun bertuah dalam hidup ku, aku telah memilih pasanga hidup ku, 'first love' jatuh cinta saat dimaktab..hingga ke ikatan pernikahan.Alhamdulillah aku berjaya mengharungi dunia remaja tanpa mencacatkan diriku..kini aku bergelar'isteri'.
Tanggung jawab, seronok kerana aku mengurus hidup sesorang yg.aku sanggup pertaruhkan nyawa aku, untuk membantu membina hidup ini dalam semua aspek.Perasaan cinta dan kasih sayangku padanya melebihi perasaanku pada ayah dan ibuku.Salah kah perasaan sebegitu?
Aku dapat pasangan ini aku minta terus dari Allah, aku sebut ciri2 orang yg.aku suka secara fizikal dan mentalnya.Allah makbulkan doa itu.Alhamdulillah.
Fasa ke 3, aku sebagai IBU
setahun bergelar isteri, kini aku dah bergelar 'ibu'.
Gurauan di sekolah menengah, menjadi nyata bila aku selalu berdoa dan bersenda, anak sulung , ku minta seorang puteri, lojiknya alasan itu, bila aku mati awal..anak gadisku akan jaga 'suamiku' bila dia tua dan jatuh sakit, kerana anak perempuan boleh diharap dalam bab sakit .alhamdulillah, doa ini juga Allah makbulkan.Dan seterusnya, doaku ingin melahirkan anak lelaki, kalau boleh anak kembar.
Percaya atau tidak, doa ini juga telah Allah makbulkan.Seorang kawan masa di maktab, selalu menegurku kerana aku suka makan pisang kembar, katanya, nanti aku akan dapat anak kembar, kebetulan masa itu waktu sahur di bulan ramadan, aku sambut kata katanya sebagai doa, anak kedua ku lahir anak lelaki kembar tidak seiras,Alhamdulillah..kini sikembar itu seorang menuntut doktor perubatan, seorang menuntut di maktab perguruan..Alhamdulillah, besarnya nikmat pemberian Allah.
Dan lahir lagi 4 orang puteri..dengan personaliti yg.berbeza..Alhamdulillah.
Beban Tugas dalam Tiga Fasa hidup
Penat? Letih, Sengsara, kecewa, merana, sakit hati, terbeban, rasa dibuli?, panas hati, kecil hati, merajuk hati?..jawapannya : TIDAK! tidak pernah sama sekali!!..
Hebatkan hehehe alhamdulillah..Soalan teman2, macam mana puan 'handle'?
Jawapan dan kesimpulanku mudah iaitu 'apa bila jatuh cinta, telitikan pasanganmu, benarkah itulah pasangan yg.kamu mahu, bukan hasutan nafsu?..kalau dah yakin, mohonlah pada Allah agar jodoh dipertemukan, bila doamu termakbul, peliharalah pemberian itu, hargailah dengan ikhlas kerana dia pemberian Allah kepada mu.Insyallah jika ini tersemat dalam hati, semua kesakitan tidak akan terasa.
Setiap doamu akan Allah makbulkan.Insyallah.
Ujian Allah atau hasutan syaitan?
'Sedangkan lidah lagi tergigit' ungkapan ini..dalam aku mengharungi 3 fasa diatas, langsung aku tak layan.Tak ada istilah itu dalam hidup ku, aku tak pernah hiraukan siapa gigit siapa, semuanya ku anggap keseronokan dan cabaran dalam usaha membina keluarga yg.cemerlang dan harmoni.
Tak pernah aku melihat dan mempersoalkan apa2 juga perkara yg.boleh merosakkan hati perasaan 'dia' yang menjadi kesayanganku melebihi kasih sayang ku kepada ayah dan ibuku.
Masa berlalu usia bertambah, kenapa emosi kesunyian dan kesepian ini mengugat ego?..
Hati telah pandai mempersoalkan 'adat' dan perilaku sesama insan?..
Hati kecil selalu menyoal 'pernah kah aku memiliki cinta 100% tanpa dusta?'
Pernahkah aku dihargai?.
Kenapa persoalan bodoh ini bersarang dihatiku, yg selalu ku jaga agar tidak hitam menjadi daging busuk?..Ujian Allah atau hasutan syaitan?..
Setiap kebaikan akan dikira oleh Allah sebagai pahala untuk laluan menghuni syurga..tapi masihkan ada pahala kalau dalam hati dah timbul syakwasangka..yg sentiasa terbawa dalam tidur.
Kalau aku melakukan atau melaksanakan tugas yg berat2, contoh berkebun, berjengah mata berjam2 dan berhari2 menyiapkan tugas dan projek sekolah, atau membersihkan rumah atau menjaga anak2 kecil bertahun2..atau apa2 kerja berat seperti tugas seorang buruh kasar, aku tersenyum gembira dan hati rasa puas melihat hasilnya, tetapi kenapa hati aku rasa sangat terbeban dan terluka dengan satu rasa iaitu 'terasa tidak disayangi dan dihargai'..kenapa???..hasutan syaitan atau ujian Allah?.
..masih menjadi persoalan dan sentiasa menanti jawapan..entah sampai bila..
Penantian ini akan sampai jawapannya setelah, diperlihatkan kitab itu..lulus atau gagal.Kalau gagal mesti ada sebabnya, selagi hidup terpaksalah aku menyoal diri dan sentiasa menanti jawapan.
Namun kasih sayang ini seperti ini lah, dulu kini dan selamanya.
...seperti bunga mawar,
bila dilihat ia berwarna,
bila disentuh ia lembut
bila dihidu ia wangi,
bila dibaja ia subur,
bila terbiar akan layu dan mereput.
Itulah aku.
Seikhlas hati dijumaat ini.
Mawar ini bibit dari Padang Besar..masih bertahan hidup kerana aku sentiasa mencintainya.
Ini mawar kampung'mudah hidup' tak banyak perangai.
Mawar ini sungguh harum'merah jambu'..asal keturunan dari 'afrika'..seadanya pengubat hati sendu.Tak apalah.
hujan lebat membantu pertumbuhan tumbuhan2 yg ingin terus hidup, meski dikasari dan dianiaya oleh manusia.
1 comment:
Floria 2012
Tempat: Waterfront, Presint 2, Putrajaya
Tarikh: 30 Jun - 8 Julai 2012
Waktu melawat
Isnin - Khamis : 9pagi - 10 malam
Jumaat - Ahad : 9pagi - 12 tengah malam
bila cuti sekolah?
tp tema tahun ni ialah bunga kertas (bougainvillea)
Post a Comment