Wednesday, July 11, 2012

Sempat ke?


Hari ini 11 julai, hari rabu yg.redup.

Tak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan ramadan, kita akan bersama sama menunaikan ibadat puasa..tentunya kehadiran ramadan ini sangat2 ku tunggu, kerana kehadirannya membolehkan aku membawa anak2 gadisku ke masjid yg berdekatan dengan rumah untuk menunaikan sholat tarawih seperti tahun2 lepas, seronok sangat.lepas berbuka puasa dan sembahyang maghrib kami sekeluarga bergegas ke masjid, meredah suasana samar malam yg masih mudah..ahh ada indah dihatiku.Rasa tak sabar pula.

Dalam bulan puasa sudah tentu aktiviti berkebun akan terhenti..kecuali mungkin hari minggu, awal pagi mungkin ada sedikirt masa.

Dalam usaha menyediakan sayur2 utk bekalan bulan puasa, tak banyak yg dapat disediakan.
Hanya sedikit seperti dalam gambar2 terbaru ini.Jom tengok gambar.

Labu air baru keluar sulur paut, sempat ke dipetik hasilnya dalam bulan puasa nanti?
Bersama labu air ini ku tanam juga pokok terung jenis bulat dan kari.Sempat ke dapat hasilnya awal hari raya nanti?

doa dan harapan ku ia akan dapat dinikmati oleh ku sekeluarga, orang Banglore mungkin akan pulang, Restu dan miming juga akan pulang..tentu seronok kalau ahli keluarga ku dapat menikmati hasil tanaman usaha sendiri ini.






Ada pokok betik sekaki dan cili padi 2 pokok dan tomato.

Tomato ni dah menampakkan hasil, semoga tidak diserang penyakit.


Ini labu manis yg sengaja dibiarkan tua utk.mendapatkan benihnya.Dah cukup tua ke?..kalau tak cukup matang benih tak akan tumbuh.Ini boleh buat pengat utk.berbuka puasa.Benih asal dari blog 'Tanam Sendiri'..Terimakasih tuan Iskandar.Ni lah labu manis tu.Cantik kan.Dah boleh petik ke?


Ini pula labu manis kiriman yg.tersayang 'Ayu'..dah boleh diagihkan benih ni dgn keluarga dan kawan2 seperti kehendak dan harapan Ayu dalam surat dulu.Ok kan.


Ini pula dah lama tunggu tapi tak ada sebiji pun yg masak, ramai dah member boking benih.
Agaknya sempat tak makan hidangan berbuka puasa nanti?..Hanya Allah yg.tahu..alhamdulillah.Rendah pokok ni.

Ahh ini baka bunga mata hari jenis besar.Tapi bunganya, tak kembang besar mana, nampak kecut.dan rendah. apa pun alhamdulillah...



Ok lah..sampai jumpa lagi salam ceria selalu.Salam mesra selalu.Assalammualaikum.

12 comments:

Nudabuffy said...

comelnya pokok betik. Senanglah nak pilih dan petik bila dah masak nanti.

Puteri Purnama said...

hehehe betul tu puan..yg mentah tu pernah dah petik buat kerabu betik, eh sedap tau.Tak rugi tanam banyak2 keliling rumah.Lepas dah besar macam ni tak payah jaga.

Nudabuffy said...

kalau boleh tanam dalam pot, dah lama saya tanam.. heeeeeeeeee

Adry@Daun said...

As salam,
Kalau tgk tnh spt dlm foto, tnh jenis krg subur tp pkk yg ditanam nmpk elok dn subur. Org yg menanam jenis tgn sejuk ni. Rajin berkebun ni mmg bagus sbb berbudi kpd tnh ada hasilnya, bdn pn sihat.

Puteri Purnama said...

hahaha betul tu Nudabuffy, tanam dlm pot je, tapi kalau ada kawasan hanya seluas 3'x3', cukup lah ruang tu..utk sepokok betik se kaki ni.

Puteri Purnama said...

wassalam Adry@Daun,
Tangan sejuk?..aduhai..kalau lah you nampak bagai mana sengsaranya saya gemburkan tanah tu + pasir sungai+ tanah arang sampai tapak tangan tumbuh kematu(mengeras)eee Tuhan saja yg.tahu, sengsara dan penatnya..tanah tu nampak kuning lapisan atas je, bahagian dalamnya tanah dah gembur dan dah diolah..tabur lapisan tanah bukit tu supaya pokok tak rebah..
dah minat sangat..tak kisahlah tapak tangan mengeras tu..

doakan sayur2 saya menjadi ye..nanti saya kongsikan benih kalau dah menjadi.

Adry@Daun said...

Tanah berbatu tu sebagai lapisan penutup rupanya. Berfungsi sbg penghalang hakisan dan menguatkan struktur tnh. Memang rajin la kalau mcm ni. Saya pn dlm proses utk membuat kebun kecil tepi rumah. Benih pkk dh ada, batas baru dibuat. Nk tnm peria, sawi, petola, cili, bendi, terung dll..

Puteri Purnama said...

Alhamdulillah.cepat2 tanam mana lah tau sempat utk bulan puasa nanti, kalau sawi sekejap je tu..jom tanam sawi.

hernyhafiz ^_^ said...

sedap buat somtam tu betik...

Puteri Purnama said...

hehehe hernyhafiz, kongsikanlah resepi somtam tu.akak kalau betik selain betik masak,buat kerabu je..resepi lain tak pernah cuba.

Adry@Daun said...

Buat kerabu pn sedap..

Puteri Purnama said...

Adry@Daun..bunga betik dan pucuk betik pun ubat hehehe, sedap buat ulam juga.