Friday, December 7, 2012

macam macam

Saat ini ada ruang utk online, 7 desimber jam 10.50 malam.
Masih rehat dirumah ibu mertua, siang malam kami asyik berkepit, pagi2 lepas sembahyang subuh seawal jam 7 pagi kami pergi ke kebun durian, kutip buah durian gugur.Banyakkk..

Ibu@'cik' rajin kopek isi durian buat lempuk atau tempoyak.  Kalau dia terbangun jam dua pagi, jam 2 pagi juga aku akan terbangun menemaninya,hemm..bila dia kopek durian tu isinya molek2, dia akan sogok dengan aku, suruh makan, aku akan mengelak.tapi berulangkali dia kata isi durian tu molek, utk.tidak menghampakan, aku bantailah durian tu walau pun tengah malam..ada tak orang makan durian jam 2 pagi? ke aku je?..tapi berbaloilah, ditempat aku, durian sangat mahal, sekilo mencecah rm 15 atau 20.maknanya 1biji hingga ke 3 biji harganya mencecah sekitar rm 60 atau 80 ringgit.

30 november 2012, sempatlah aku bersama 'ir', anakanda irfan dan irfa amirah, ke pamerah MAHA 2012.ya Allah, lautan kereta bersesak2, kami sampai ke tapak pesta sekitar jam 2.30 petang.Tak dapat masuk, parking kat luar, hanya aku dan irfan berjalan kaki meneruskan perjalanan meninjau apa yg.istemewanya tentang pesta pameran ini.Tersangatlah jauhnya  .Banyaklah aku teringin nak beli terutama bunga2 orkid yg murah2..sepasu besar yg dah berbunga lebat harganya cuma rm 15 ke rm 40.pokok buah-buahan jambu, mangga, laici,longan hanya 8 ringgit.Kalau beli macammana nak bawa balik naik kapal terbang?..takkan nak menipu lagi..hahaha..

Banyak gambar nak kongsikan dalam blog ini, tapi bila nak muatkan gambar, ada masalah lah pula, keluar ayat2 cinta ni...
 
" Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota."

Justru itu, mungkin sampailah masanya "dalam lingkaran ini," di putuskan menjadi satu garisan lurus.
Kalau tambah ruang dan bayar, memang boleh..tapi rasanya tak berbaloi.
Dalam lingkaran ini, benar2 mengandungi catatan kenangan..ada kenangan bersama ibu.
Wajar kah ia dihentikan?..ada sepi yg.tak terlukis.Tak ada ceria memikirkan situasi ini.

Ok lah dah tengah malam,bumi pahang ini sejuk saat ini. Selamat malam kamu yg.ada dalam ingatanku.
Assalammualaikum.

7 comments:

suka suka said...

waalaikumsalam dan selamat malam..cara nak selesaikan whoops tu..ada dalamblog k mar ..ada 2 link ..study2 la...nanti praktikkan

ummuaidan said...

Selamat malam kak..seronok2 baca tiba2 ada whooops pulak..jgnlah tutp kedai..nanti takder berita lingkaran lak..cuba ikut nasehat kak mar tuh...settle kan..

Puteri Purnama said...

Salam k mar, salam ummi.
terimakasih.

Dede Thea said...

Ternya durian di Malaysia itu mahal,,sama juga di Indonesia,bentuk kecil namun harga mahal,aku suka sekali akan durian,,,

Puteri Purnama said...

salam Dede Thea,
ditempatku saja durian sangat mahal, di semenanjung malaysia, durian murah.Terimakasih sudi melawat dan komennya.

Dede Thea said...

Puteri apa kabar?,ikut menyimak artikel ini,nice post,,,salam hangat,and salam persahabtan dari jauh,,,

Hidayah Salim said...

salam puan, itu hari 'malware', ni whooops pulak...alamak puan janganlah sayang...