Thursday, August 23, 2012

Inilah Hasilnya.


Assalammualaikum.

salam ceria selalu.Agak lama tak menulis catatan harian dihalaman 'dalam lingkaran ini'
Tentulah kesibukan menjadi halangannya, setiap saat ingin saja dihabiskan bersama keluarga yg kebetulan tahun ini dapat berkumpul, dan menambah cerianya suasana hari raya.

Hari ini hari raya ke 4,  namun saat ini dah jam 1.30 pagi dah masuk hari raya ke 5 ..ku ambil kesempatan menulis sedikit catatan dan kongsikan gambar perkembangan labu air @labu putih yg di tanam beberapa minggu yg lalu.

Sewaktu menanam aku berdoa dan mengharap, akan  dapat menikmati hasilnya bersama anak2 yg.berkumpul saat hari raya dan cuti sekolah.Yah..doa itu tetap juga Allah tunaikan.Alhamdulillah..menitis airmata bila merenungkan hal hal sebegini.

Jom layan gambar.

Labu air ini mengeluarkan banyak buah,Pendebungaan buat cara manual.
Kawan2 kalau nak tanam sayur dari jenis labu atau kundur, kena tanam berpasangan, maksudnya tanam dua pokok berdekatan, barulah tak ada masalah kekurangan bunga jantan atau bunga betina.
Pokok labu ni, aku tanam dua pokok, nampaknya pengeluaran bunga jantan dan betina seimbang. seolah2 dua pokok ini saling mengerti, pokok yg satu keluarkan bunga betina, pokok yg satu lagi keluarkan bunga jantan, ini lah yg .terjadi dan hasilnya, :-)






Ini hasil sawi  jenis daun panjang, benih dari blog ' tanam sendiri'. masih dalam proses pembesaran.

Ini sawi yg disemai dalam pasu panjang hari tu, selepas dialih kan diatas batas , ia hidup subur dan dah boleh dituai hasilnya.


Ini sawi benih dari yg.diproses sendiri yg pernah dikongsikan dalam entry yg lepas.dah tumbuh dan dapat hasilnya.



Ini sawi yg bakal menyusul, tanam banyak agar sepanjang berkumpul sekeluarga, sayur tak putus, puaslah makan, kalau sekadar nak goreng mee..ahh sawi dah menunggu.Tanam berperingkat2 selang seminggu untuk satu2 kawasan, beginilah hasilnya.


Ini yg.paling junior. ini main tabur je..rasanya tak payah alih.

tomato ni, menghasilkan banyak buah..banyak kali dah menikmati hasilnya.

pucuk kesom, dah berkali2 petik buat laksa.Alhamdulillah.Semua bahan kalau sekadar serai, daun limau purut, kesom, pudina, kemangi...semua tu..ada dalam kawasan pagar ni, tapi kena rajin menjaga kesihatan mereka.

Musim hari raya..tapak lingkaran ini, menjadi tumpuan keluarga menikmati warna bunga.




ok lah semoga bersama lagi, masih dalam mod cuti sekolah.
25 ogos nak bermalam di kaki kinabalu, insyallah..nak menikmati udara rimba.
Ceria selalu.

12 comments:

ummuaidan said...
This comment has been removed by the author.
ummuaidan said...

salam kak..wah cantek umah, kebun pun cantekk...tgk tu mengata orang dia punyer sayur lagi besar dan subur..malah lebih bagus drp made in fiji...selamat bermlm dikaki, bermlmlah dipuncak lg best..hehehe

Puteri Purnama said...

hehehe ..kalau kat puncak tak larat mendaki kut..ah pasal subur..sebab tanah dah ditukar, banyak kerja, kalau kat fiji, tak payah tukar tanahkan, bersihkan gembur ,siram, baja dah sedia utk bertanaman kan.Tempat akak ni, kenal pasti tempat nak tanam, buat relung batas, ambik tanah berkarung2, gaul pasir, gaul tanah hampas kelapa sawit atau tanah sisa arang ( dari kilang memperoses arang kayu), baja dan siap..rehat seminggu dua..tanam.Tapi hasilnya ok.

Masih ramai anak saudara datang rumah, nak biskut raya..layan.

suka suka said...

Selamat hari raya ....satu kepuasan menikmati hasil tanaman..kita tumpang tengok je..masih mood raya ni...ada lagi program jalan-jalan raya ni..

olive said...

Wah, sangat subur semua tanaman puteri purnama!!!! suka!! who is the lucky one jadi jiran u ah?

Puteri Purnama said...

hai olive, goodmorning.
kedua2 rumah tu, saya punya..
Jiran luar pagar, hehehe..selalu intai dan tanya2 sawi saya..bila lembu masuk pagar dia tak tolong halau pun.manusia.

Kak Mar suka suka,

selamat hari raya..jom jalan2..ke taman bunga, cari anak pokok.Salam ceria.

Azye Ameerza said...

wahhhh..alhamdulillah...bunga makin mekar di kebun bunga .....cantikk....=D

Puteri Purnama said...

hehehe alhamdulillah ..jemputlah datang rumah..boleh dapat benih percuma.

shafirul suffian said...

selamat hari raya.. bunga dalam gambar dua last tu... yang sekuntum warna ungu tu...adakah itu hollyhock...???

Puteri Purnama said...

salam puan,
saya tak tahu apa nama bunga tu, saya dapat benih dari sibu, sewaktu menghadiri taklimat.cantik bunga tu.

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Mashaallah...geramnya tengok..
Saya baru mula semai sawi n salad.
Rumah teres je xde kawasan tanah.
Saya tanam dalam pasu..harap membesar dgn sihat & kuat :)
drshikinzainal.blogspot.com

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Mashaallah...geramnya tengok..
Saya baru mula semai sawi n salad.
Rumah teres je xde kawasan tanah.
Saya tanam dalam pasu..harap membesar dgn sihat & kuat :)
drshikinzainal.blogspot.com