Saturday, September 15, 2012

Tak cukup masa

Hari ini 15 september, hari sabtu nampak redup.3 hari cuti ni nak penuhkan masa dgn.aktiviti mengemas rumah dan tapak2 semaian yg telah berminggu terbiar.Sebelum aktivit merumput pagi2 lagi sempat ambik gambar.

Jom layan gambar.

Pokok tomatelo, terbiar..buah yg ranum habis berguguran.



Betik sekaki, sentiasa membekalkan buah yg masak.Petik yg separuh masak dan peram.Puaslah makan dan bekalan tak pernah putus sejak ada 5 pokok betik ni, gilir2 buahnya ranum.




Bunga telang induk asal dari blog tanam sendiri, semai dalam polybag,letak bawa tangki niat nak semai..terus terbiar, dia pula panjat tu tangki..benihnya tersangatlah banyak.Mungkin ini juga terpaksa dicantas.


sampai saat ini, bunga ini masih terbiar dan tak sempat tanam terus ke tanah, sampai berbunga sendiri dan terbiar.
.
Bunga ini pokok asal beli dari nusry di kl..bila cantas dahannya dan buang tepi pagar, hidup pula tak sampai hati nak tebas.
kawasan ni lokasi bawah tingkap bilik2 tidur..dulu niat nak tanam rosmary(pokok penghalau nyamuk, tapi tak hidup, lalu ganti dgn.pokok2 bunga kertas..apa lagi jadi semaksamun, ini baru siap ku bersihkan.Mungkin nak tanam sawi  pula atau bayam dan terung.
                   

Ini pokok bunga teratai putih dan merah.Masih tak tanam lagi..pasu besar dah lama beli, tapi berkurangnya masa, semuanya masih terbiar.Hemm nak buat macam mana kan.Aku sayang pokok teratai ni.pemberian anak saudara sempena 16 mei yg lalu.

Sampai jumpa lagi, nak pegi merumput dan gembur tanah. salam mesra.Assalammualaikum.

8 comments:

shafirul suffian said...

bunga yang warna merah terang tu cantik.. nampak mcm bunga seri pagi... patch utk tanam bunga wangi tu elok juga ditanam pokok kemuning... jadikan bunga pagaran... rajin berbunga... harumnya pun semerbak waktu pagi...

ummuaidan said...

kak...betik tuh nampaknya mcm betik malaysia yg ade orng mesia yg tinggal sini dl tanam -panjang dan besar...pastuh orng sini amek benih & tanam, ade sekali bg kitorang ..
tp ade sejenis betik kat sini namanya hawaiiaan pawpaw..tak besar sgt..warna hampir merah..isi ranum - mmg manis & sedap..kitorng tengah sibuk nak tanam, tak tumbuh2 pun lg..

ayut said...

betik tu tanam 1 pokok pon dh byk kan kak...tomatelo tu pokok apa kak?syur ke buah ke?nk kata tomato bukan...

Puteri Purnama said...
This comment has been removed by the author.
Puteri Purnama said...
This comment has been removed by the author.
Puteri Purnama said...

Assalammualaikum yut,
tomatilo tumbuhan liar, dulu tak ambik kisah tumbuhan ni, tapi bila tuan punya blog'tanam sendiri' kongsikan info mengenai pokok ni..saya pun cuba2lah beri perhatian,ohh buahnya manis sekali dan wangi.nak tau banyak mengenai pokok ni terus ke blog tanam sendiri k.Terimakasih sudi melawat.

Puteri Purnama said...

shafirul suffian, assalammualikum.
Terimakasih beri info nama bunga tu.Bunga kemuning ada saya tanam, sekarang ni tengah fikir2, nak tanam kemuning atau bunga harum's'malam, tapi bunga yg ini belum ada dalam koleksi saya.

Puteri Purnama said...

Ummi,
nanti kongsikan benih betik hawai tu ye.Benih2 bunga pelbagai jenis dan warna sedang dikumpulkan.Nanti akan sampailah tu dibumi fiji.Tungguu..hehehe..rasa tak sabar pula nak tengok bunga2 dihalaman dalam lingkaran ini berkembang dihalaman kepulauan kecil tu.