Friday, September 14, 2012

Masa dan hobi berkebun

Lepas hari raya, banyak masa digunakan utk.mengemas perkakas dapur yg telah digunakan untuk majlis kenduri dan majlis hari raya.Kesibukan ini membuatkan tapak semaian terbiar, sayur2 yg sedia ada habis dimakan belalang dan bahang mentari.Apa pun terpaksa juga paksakan diri memberi sedikit masa utk.aktiviti  berkebun yg telah sebati dalam emosi diri.

Sawi ini.terbiar tak sempat nak makan atau sudah berlebihan, berkitar semula utk.menghasilkan benih...ia memang cantik.

sawi bujang dari benih proses sendiri
cepat tumbuh dan cepat pula berbunga lagi utk benih generasi ke2.

Sawi ini tak habis dimakan benih dari generasi pertama,main tabur je..banyak dah jadi bunga.

Ini sawi semaian yg paling junior, nampaknya kalau tak habis di sayur akan jadi bunga juga ni.

Selepas ditinggalkan oleh peminat2nya, ia terus berbunga menemaniku melewati sunyi sendiri2.Agaknya kalau bunga ini bisa berbicara, ia pun akan bertanya ke mana pergi putera puteri dalam rumah itu.


benih yg ku perolehi dari kedai pet shop.hidup tapi bunganya tak besar pun.mungkin masalah baja dan tanah.

 seorang rakan pernah bertanya ada kah bunga ini hollyhock, saya dah bandingkan gambar ini dgn gambar hollyhock dari images google. kalau ikut rupa..macam benar.

HOLLYHOCK


ini terbiar..tapi hidup subur.cantik kan.

bunga kertas berbunga lebat,disulami bunga2 butang.Bunga kertas warna ungu, pokok asalnya ku tanam sempena ulang tahun birthday  ir junior dan dr.rashid yg ke 8 tahun, masa tu mereka darjah dua.pokok asalnya dah berusia 15tahun, masih ada dan ku tanam dipenjuru pagar, sedang berbunga lebat.


bunga yg ini, pokok asalnya ku tanam sempena ulang tahun birthday 'ayu' yg ke 9 tahun masa tu dia darjah 3..pokok asalnya masih ada, tanam di penjuru pagar dah berusia 15 tahun. Menjadi kemestian bagiku, masa lalu, ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak, akan ku tanam pokok bunga kertas yg berbeza warna utk.mereka.  Masing2 akan ada pokok bunga kertas  atau pokok2 mawar@ros utk.mereka.


Ini pokok belalai gajah, yg khabarnya sangat mujarab utk ubat ubatan.Ini 'Ir' yg bagi aku tanam, benih pemberian seorang kawannya.

Ini ranting2 bunga ros yg sempat ku ambil, semasa lawatan ke kaki kinabalu..sedang nampak tunasnya, harap jadi pokok ros yg berbunga subur.
Ok lah banyak gambar entry kali ini.
Salam ceria dan mesra selalu.Assalammualaikum.





13 comments:

ummuaidan said...

Salam kak..wah jelesnya..canteknyerr bungerrr..tak reti lah kak nak congak usia rashid atau ayu dgn usia bunga tuh heehe..pokok asal tuh sngat lama usianya...campur pulak ngan usia ayu, rashid kan byk pulak umur mereka tak logik pulak kan..hehehe..sorry lah buzy body psl usia anak akak pulak...
ok tahniah atas lingkaran yg indah..memang indah

suka suka said...

tanaman sbg kenangan ulangtahun kelahiran...teringat arwah MIL...

Puteri Purnama said...

salam dik,
hehehe nak teka umo, mudah tu lapan tambah 16, je..,sembilan tambah tujubelas.

Iyalah k mar, itu kaedah nenek moyang dulu2, kalau anak lahir mereka tanam pokok kelapa. tepi2 rumah..saya ubah sikit je, ganti pokok bunga..
syikologi nya..walau jauh mana dan sibuk mana pun anak2, mereka akan tetap balik ke rumah, sebab pokok2 tu panggil mereka, mereka pula nak balik rumah tengok selain ibubapa, nak tengok pokok mereka..entah betul atau tidak,ikatan dan kemesraan keluarga semakin kuat. Hehehe itu lah halmisalnya kata nenek moyang.

Puteri Purnama said...

alamak, patut ummuaidan tak dapat kira, salah umo pokok asal tu. pokok kertas yg asal berusia 15 tahun utk kedua2nya..hehehe..

ummuaidan said...

ala..pening la kak nak kira nie..ok, rashid 23, ayu 24? betul? tp dlm gambar diorang nampak mcm dalam usia 17-22 jer...rashid pun nampak mcm masih budak2 remaja.heheh ...

Puteri Purnama said...

awet muda ibu dan anak.hahaha..betul tak.

ayut said...

banyak yerrrrr...gigih jugak nk mnjaga ye gini :)

Puteri Purnama said...

memang penat dik, tapi puas hati bila dapat hasilnya.Ayut pun cubalah, mulakan dgn pokok yg mudah hidup..dalam bekas yg kecil, contoh 5 butir sawi tabur atas tanah dlm pasu kecil, perhatikan setiap hari, siram sampai ia membesar.Ada sesuatu mengalir dalam hati yg.indah.Cubalah k.

Puteri Purnama said...
This comment has been removed by the author.
Puteri Purnama said...
This comment has been removed by the author.
Aida Awie said...

cantiknya bunga... suka tgok bunga butang, mengingatkan saya zaman kanak2 di rumah nenek. main masak2 dgn sepupu sambil mengerjakan bunga2 nenek utk dibuat lauk pauk kami. hihi..

MEKSDIVA said...

salam pn yg baik budi.sudikah pn jual benih2 bunga yg pn ada.bunga butang dan lain2.wasap sy ya 0148132350

MEKSDIVA said...

salam pn yg baik budi.sudikah pn jual benih2 bunga yg pn ada.bunga butang dan lain2.wasap sy ya 0148132350