Sunday, September 23, 2012

Bila cuaca terlalu panas, ku mengharap hujan turun lebat.


Hujan lebat sepanjang malam terbawa ke pagi ini ahad 23 september, dah jam 8.00 pagi saat ini. 
Tak ada tanda tanda mata hari dapat mencela menampakkan wajahnya.Mata hari hanya mampu memancarkan cahaya suram lantaran kabus hujan terlalu tebal dilangit tinggi.  Awan hitam tebal, seperti akan turun hujan untuk berhari lagi.

Ada bimbang dihatiku.  Kalau hujan berterusan, air kolam hiasku akan penuh melimpah, saluran pengurangan air..belum pernah teruji, berfungsi atau tidak.Belum pernah hujan selebat ini.  Kalau air kolam melimpah,
ikan- ikan kap merah ku akan berpesta membebaskan diri mereka..aku akan berputih mata, menitiskan air mata, akan ada perpisahan anatara aku dan mereka.

Semaian sawi dan pokok2 sawi yang sedang berbunga rancak mungkin tidak akan menghasilkan benih, disebabkan gangguan air hujan terhadap debunga yg sangat penting untuk menghasilkan benih yang sihat dan bernas.

Apa pun hujan ini telah mengurung aku didepan pc, yang berkata kata tapi tak bersuara. Berkocak hati ini, ada rindu mendalam berbaur sepi.  Entahlah perasaan menyayangi ini membentuk aliran emosi yg lembut, membuatkan aku terasa amat sunyi dan rasa ingin menangis.  Apa pun aku sihat saja dan masih sibuk berangan nak buat sabun sendiri.

Bestkan lagu ini, jom dengar.






5 comments:

ummuaidan said...

Salam hujung minggu kak..jgnlah sedih..doa2lah agar tak seruis sgt.sini pun hujan hari ini..hujan2 nie seronok berkurung dlm umah yer.

ummuaidan said...
This comment has been removed by the author.
Puteri Purnama said...

assalammualaikum dik,

bila kau tegur aku, aku tambah rindu, terasa aku telah lama kenal ummuaidan. Dapat rasa suasana Ummi disana, dirantau itu. Apa pun salam persahabatan dan sayang selalu.

suka suka said...

Uish..dah ok kan..teruskan "sabun tu" bizi2kan diri..jgn terlebih bizi mcm K mar sudahla..sebelum gi kenduri tadi akak masih sempat mengulit kebun sekangkang kera tu..rasa mcm tak nak balik kl pulak..esok dah nak berangkat ke kk pulak..

ayut said...

:) bila dah itu mengisi masa lapang ye,klu teganggu ckit pon dh sedih...xpe..nnt rezeki len plak..tanah pon basah dh tak pyah siram pokok kak..hihihi.ikan kap tu jadi ye blh la di try berfungsi atau tak saluran tu :)